Harini cuti!!! Yeay!! *macam cuti setaun jer.* Alhamdulillah, dapat bersahur sama-sama family pagi tadi. Adik Amer pun ikot bangun sebab ayah suruh dia belajar puasa. Terkenang masa Yun 1st belajar puasa dulu. Yun start belajar puasa masa umur 7 tahun tapi biasalah time tu nama pun bebudak. Kat sekolah dah bantai minum air tapi kat rumah cakap lah puasa kat mak. Wakakaka... =P.
Sekarang ni Yun duk godek-godek sambil blogwalking blog kengkawan. Ye ar, nak makan puasa kot. Huhu.. Tetiba Yun dengar ada orang buka peti ais. Paling sebelah, Amer takde! Sah! Dia ler tu yang buka peti ais, mana de orang lagi kat rumah ni melainkan Yun dengan adik Amer jer. Mak dengan ayah pergi dating kat pasar borong cari lauk untuk berbuka karang. HuhuHU..
Tak lama lepas tu, dia masuk bilik Yun. Apa lagi, berlaku lah sesi interbiu dengan si kecik ni.
Yun: Adik minum air eh?
Adik Amer: Taklah. Mana ada. *sambil keluarkan lidah*
Yun: Okey. Tahan tau. Baru pukul 10. Nanti petang baru makan eh.
Adik Amer: Ok.
Wat muka kesian, macam aku kisah lah pulak kan. Hahaha.. Mudah-mudahan anak kecilku ini tahan sampai waktu berbuka karang.
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^