My Fellow Followers

Showing posts with label practical. Show all posts
Showing posts with label practical. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday #4



28 haribulan....tinggal 2 hari lagi sebelum Yun berlalu meninggalkan Pejabat Daerah ni. Sepanjang Yun praktikal kat sini, macam-macam aktiviti Yun dapat ikut. Yang terbaru program Kembara Mahkota Johor yang baru jer habis semalam. Memang best lah semalam. Dapat tengok orang and yang penting dapat tengok my TMJ ♥♥♥

Dan 30 haribulan ni pula, Yun bakal terlibat secara tidak langsung dalam program Ambang Merdeka dan esoknya dalam perbarisan. At least Yun ada sedikit memori sebelum meninggalkan PDKj ni. :)


P/S: Perasaan kosong giler padahal dah nak tinggalkan PDKj

Tuesday, August 27, 2013

[Eksklusif] Kembara Mahkota Johor 2013



Yarabbi, kemain berhabuk blog Yun ni ek? Sorry geng. Agak sibuk kebelakangan ni. Tapi takpe, Yun tunjuk korang gambar sepanjang Kembara Mahkota Johor 2013 yang berlangsung pagi tadi. Layannnn~





Thursday, July 25, 2013

Penjawat Awam dapat RM500!!





Bebudak intern cam Yun ni xdapat ke? Hehehe...

p/s: Sebelum tamat intern tuntut duit raya kat abang-abang and akak-akak dalam ofis ni. Termasuklah inicik supervisor. =p



Monday, July 8, 2013

Bila Cik Yun kelaparan~








Sebelum ni memang tak pernah Yun keluar lunch sejak Yun start praktikal kat Pejabat Daerah ni. Mungkin sebab kat rumah, Yun dah breakfast so keinginan untuk lunch tu kurang. Tapi harini walaupun dah breakfast jejemput masa kat rumah, perut ni dah minta untuk diisi. Kononnya nanti nak turun pergi kafetaria kat bawah tapi tutup pulak.*kemain, kafe tutup harini padahal puasa lusa kot*. Masa tu, dah nak redha je, ye la datang pun drebar bas yang bawak, jadi macam malas lah kan nak balik and menyusahkan incik drebar. Takpelah, Yun puasa je la.

Tapi sekali Kak Yati ajak pergi lunch. Wah, apa lagi. JommmmmmMMMMM....



Alhamdulillah. Nak ambil gambar makanan yang Yun makan tadi, karang korang terkejut pulak. Hahaha... So, emoticon nie je la sebagai ganti. =p

p/s: Esok dapat join meeting Puspanita. Yang pasti incik supervisor ada.. Huhuhu


Wednesday, July 3, 2013

Bila Supervisor Takde





Hohoho... macam opis ni Yun yang punya especially bila incik supervisor tak masuk arini. Nasib ler sume kerja yang dia bagi pada Yun semalam dah disiapkan. So, rini kita berblogwalking sambil makan biskut kering. Akak-akak and abang-abang dalam opis ni dorang de kerja dorang sendiri so, tak dapat lah nak menolong. Hehehe

p/s: Dah nak dekat puasa ni, makin kerap pulak Pejabat Daerah buat meeting.


Tuesday, June 25, 2013

Aktiviti di hari kedua praktikal




Hehehe...inilah kerja Yun sekarang untuk hari kedua ni memandangkan incik supervisor Yun yang handsome tu ada meeting. Kita layan RunningMan dulu...Hohohohoho...


2nd Day at District Office.



Hari kedua praktikal di Pejabat Daerah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semalam Yun diberi tugas untuk buat slide presentation untuk meeting yang akan diadakan nanti. Itulah kerja pertama Yun lepas dari pagi Yun duk tercongok tak buat apa-apa. Hopefully dapatlah Yun join sekaki meeting tu. Yelah, nak tahulah juga camne public sector punya meeting.

Okey, done about practical. Semalam masa Yun on the way nak balik, Yun ditegur seorang anak kecil. Maybe dalam lingkungan 7 tahun macam tu.

Selamat petang ustazah

Hehehe...macam tak percaya. Yun tengok diri Yun atas bawah. Pakai baju kurung, beg laptop di sisi sambil pegang fail. No wonder she thought me as ustazah. Huhuhu.. Dan tadi pagi, masa nak ke bas stand, *terpaksa naik bas coz ayah masih tak benarkan Yun bawa motor* Yun terserempak dengan Cik Mail yang masa tu on the way nak balik rumah lepas hantar anak dia. Dia tanya,

Cikgu ajar sekolah mana? Sekolah depan tu eh?
Yun cuma mampu tersenyum sebab tak sempat nak balas pertanyaan dia. Yelah, karang tak memasal kena tinggal dengan bas. Tak ke naya. Hehehe... Dah la masa naik bas tadi selamba je jalan ke tempat duduk tanpa bayar tambang. Almaklumlah dah lama tak naik bas tambang. Nasib baik ler pakcik bas tu tak marah. Hohoho




Monday, June 24, 2013

1st Day at District Office




pinjam kat google image

Yuhuuuuuuu~ Alhamdulillah sekarang Yun dah pun bergelar pelajar praktikal kat District Office Kulai. pertama kali jejak kaki kat sini Yun ditemani ayah. Why? Bcoz dia tak bagi Yun bawa motor sendirian berhad. Hokeylah ai kena faham kan sebab my dad kan risau kat anak dia ni. Lalalalala...

Sampai kt DO ni, Yun kena tunggu dulu coz semua staff ada perhimpunan pagi (ai tot sekolah je ada, xtaw pula public sector pun kena ada buat perhimpunan pagi). Lepas tu, barulah Yun jumpa dengan En Azmee a.k.a my supervisor. Handsome kooooooo..... :P

Lepas tu, En Azmee perkenalkan Yun dengan staffs yang lain. One word. They are soooooooo friendly and i loike it. Dah abis kenal tu, akak2 ni semua ajak Yun pergi turun makan. Dan dari situlah baru Yun tahu yang bekas District Officer dulu suka baca blog and when he knew yang Yun ni blogger so he chose me. Omaigucci!!! Hahahaha...

Apapun, Yun harap hari pertama Yun kat sini dapatlah Yun cari bakal suami pengalaman dan if possible dapat terus diserap dalam jabatan ni kan. Hehehehe.. In Sha Allah. :)