My Fellow Followers

Friday, May 31, 2013

Tazkirah Jumaat #7



Adab-Adab Menuntut Ilmu


  1. Niat yang ikhlas
  2. Beradab kepada orang yang memberi ilmu
  3. Bersabar dalam menuntut ilmu
  4. Tulis setiap apa yang dipelajari
  5. Rendah diri
  6. Menjauhi daripada kenyang berlebihan
  7. Tidur yang sedikit
  8. Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat




p/s: Last class untuk sem ni..Yippi!!



Thursday, May 30, 2013

First Giveaway by Ina and Ija




Dah dijemput, orang kata wajib kena join. Hahaha..Tarikh tutup 8 Jun 2013. Sempat lagi kalo korang nak join..:)



Surat cerai dah siap ditaip, selamat tinggal Mr FYP





Selama seminggu ni, duk menghadap Mr FYP. Lepas ni, dah boleh lepas dari 'cengkaman' dia. Kita dating dengan Mr. Final pulak. 



Ayark!!! Camne ley lupa ni??



Adus...Yun ley lupa harini besday ayah. Adoi..banyak sangat yang dipikirnya sampai lupa besday ayah sendiri. Ayah, Happy birthday. Semoga Allah SWT memberkati dan melimpahkan rezekiNya untuk kita sekeluarga..


p/s: Nasib ler Amer called bagitahu. Kalau tak esok baru tahu..

Friday, May 24, 2013

Tazkirah Jumaat #6



Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang telah diberikan. Semoga nikmat yang diberi tidak 'membutakan' hati ini untuk terus mengucap syukur pada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda : Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dikurniakan sesuatu dia bersyukur. Maka, jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya. (Hadith Riwayat Muslim)



Thursday, May 23, 2013

Segment Follow Mollow Dan Menang


Jom isi masa lapang join segmen ni.. :D



Klik banner untuk join sekaki.. (:



Pengikut Jenny Pa-Un yang ke-  1718. Wah, cantik seyh nombor. Hehehe...

Pengikut AmerCorner yang ke-2973.



Jumlah terkini pengikut-pengikut setia Yun adalah 214. Jauh beza dengan follower dorang kan. Hihi


Jom join. Hadiah sangat-sangatlah best. 

Hadiah Dari Jenny Pa-Un
   1. Camera Lomo Aquapic x1
   2. Topup Rm10 x1
   3. Topup Rm5   x2
   4. Blog Review   x10
   5. Bloglist sampai 31.12.13.  x10.


    Hadiah dari AmerCorner.
    1. Camera lomo aquapic x1.
    2. Topup RM5 x4
    3. Review Blog  x5.
    4. Bloglist sehingga 31.12.13  x10.


Tarikh tutup adalah pada 21hb Jun 2013. Sempat lagi if u'olls nak join sekaki..

p/s: Baru perasan yang kita ni 'berjiran'. Entah-entah pernah selisih dekat Unaco Desa Ilmu. Hehehe..


Yelah, ikutlah cakap ayah tu!



Masa duk tunggu kelas Puan Nurul tengahari tadi, Yun duk lah bersembang dengan member. Lepas tu, tetibe.. truttt, truttt, truttt.. Hokey, phone ai bunyi. Almaklumlah, phone ai phone murah so memang agak 'classic' lah kan dia punya nada tu. Eh, ayah call ghupenya.

Ayah : Dah kemas-kemas barang ke?

Yun : Belum lagi. Nanti lah baru kemas.

Ayah : Barang-barang tu semua nanti ikut naik kargo ke macamana?

Yun : Eh, , taklah. Hantar guna pos laut. Kalau naik kargo, mahal kot. Sekarang 15kg dah RM25.

Ayah : Kalau pos laut, berapa?

Yun : Tak pasti pulak. Nantilah orang pi tanya. Nak bawak balik semua ke?

Ayah : Bawa yang mana penting je lah. Baldi-baldi tu tak payah bawak balik. Sedekah je kat junior.

gambar hiasan

Yun : Heater dengan iron pun bagi dorang ke? (dalam hati dah tak best sebab beli mahal lepas tu nak kena bagi orang pulak. Mana boleh. >.<)

Ayah : Iron je bawa balik. Heater tu bagi orang. Bawa balik pun nak buat apa? Nanti kira semua berapa dengan tiket. Nanti ayah masuk duit.

Yun : Hokey doki.

Ini baru ayah Yun. Dia taknak Yun bawa balik banyak barang. Lepas tu, Yun called mak pulak sebab Yun tahu mak mesti suruh bawa balik barang-barang tu. Kalau boleh, semua yang Yun ada kat sini, semua nak dibawa balik.

Yun : Mak, ayah tak bagi bawa balik semua barang. Cuma bawa balik iron je. Heater dengan baldi bagi orang.

Mak : Tak payah nak mengada. Beli memahal, nak bagi orang. Bawa je balik semua. Kalau boleh, dengan berus, berus bawa balik. Jangan nak tinggal-tinggal.

Yun : Lorh, kok baldi pun nak bawa balik? Kat rumah kan dah ada baldi? (malas sebenarnya nak memikul. Haha)

Mak : Alah, bukan ko yang pikul pun. Kapal yang bawa. Bawa je semua. Heater tu ada gunanya kat sini. Mak masak air guna heater je nanti.

Yun : Tapi...ayah cakap tak payah bawa balik.

Mak : Yelah, ikutlah cakap ayah tu! Semua nak tinggal. Beli pakai duit, nak tinggal-tinggal.

Yun : Erkk..okey-okey. Orang ikut cakap mak. Hehehe...



gambar hiasan


Hahaha... Dah agak dah, mesti disuruh bawa balik punya. Bukan Yun taknak bawa balik sebenarnya cuma segan woo..Bawa baldi bagai masuk airport. Hilang kecomelan Yun nanti. Hoho. Kalau nak pos guna laut, takut sampai darat, tinggal baldi jer, barang dalam baldi hilang. Seminggu kot baru sampai Semenanjung. Itu belum kira sampai rumah lagi. Mau dalam 3 minggu baru sampai. Kalau bawak ikut kargo, memang selamat cuma itulah segan....hehehe...