My Fellow Followers

Showing posts with label tazkirah jumaat. Show all posts
Showing posts with label tazkirah jumaat. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Tazkirah Jumaat #11

Assalamualaikum...

Tengok last entri. Bulan 5. Hamekk ko Jah. 4 bulan tak hapdate blog. Takpe kita start dengan tazkirah dulu eh sebab Nurul nak cari idea dulu.

Friday, August 30, 2013

Tazkirah Jumaat #10





Senang kata, jangan risau kalau masih tiada jodoh kerana Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Yang penting, kita sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan insan yang telah ditentukan untuk kita.


P/S: Last day in PDKj....sedih tapi happyyyy~~ Hakhakhakhakhakhak

Friday, July 19, 2013

Tazkirah Jumaat #9



Sedar tak sedar dah masuk 10 Ramadhan kita berpuasa kan? Semoga setiap ibadah yang kita lakukan ini mendapat keredhaan dariNya. In Sha ALLAH.

Sabda Rasulullah SAW: "Pada setiap malam bulan Ramadhan, ALLAH SWT berfirman tiga kali: "Apabila ada orang yang meminta, maka Aku akan tunaikan permintaannya, jika ada orang tyang meminta ampun, maka Aku akan ampun." Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah SAW: "Dikunjungi bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, ucaplah selamat datang atas ketibaan bulan ibadat yang penuh berkat dan rahmat, maka layanlah tetamu yang sedang datang itu." Riwayat Tabrani 

p/s: Dalam ofis dah berkumandang lagu-lagu raya yang dorang amek dalam koleksi Yun. Hehehe~


Friday, July 5, 2013

Tazkirah Jumaat #9






Okey, cukup dengan Izzue Islam. Sekarang time for tazkirah Jumaat pula. Sedar tak sedar, Syaaban bakal menutup tirai dan Ramadhan bakal menampakkan muka. Ya Rabbi, rindunya dengan Ramadhan. Rindu sebab Ramadhan tahun ni adalah tahun pertama Yun akan berpuasa bersama keluarga selepas 4 tahun berpuasa di perantauan.


p/s: Tak sabar nak jumpa Ramadhan. Semoga ALLAH panjangkan umur untuk jumpa next Ramadhan. In Sha ALLAH.



Friday, June 28, 2013

Tazkirah Jumaat #8



Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa di Jumaat penghulu segala hari. Hari kelima Yun berpraktikal di Pejabat Daerah Kulaijaya. Dan pukul 8.00 sampai 8.30 pagi tadi ada Majlis Membudayakan Al-Quran. Kata kak Zal, memang tiap-tiap hari Jumaat semua kakitangan kat sini akan buat aktiviti membaca Quran. Tadi, kitorang baca Surah Fussilat, ayat 1 sampai 11. Lepas tu, ustaz yang mengetuai bacaan Quran tadi ceritakan serba sedikit mengenai peristiwa di sebalik surah ni. So, Yun nak berkongsi dengan korang semua. 

Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

A001
Haa, Miim

A002
Turunnya kitab ini dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

A003
Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

A004
Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

A005
Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkaus serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "

A006
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain).

A007
"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".

A008
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

A009

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam.

A010
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

A011
Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut- patuh dengan sukarela"



Selamat beramal kawan-kawan.. Semoga amalan kita hari ni mendapat berkah dari ALLAH SWT. In Sha ALLAH.. =)

Friday, May 31, 2013

Tazkirah Jumaat #7



Adab-Adab Menuntut Ilmu


  1. Niat yang ikhlas
  2. Beradab kepada orang yang memberi ilmu
  3. Bersabar dalam menuntut ilmu
  4. Tulis setiap apa yang dipelajari
  5. Rendah diri
  6. Menjauhi daripada kenyang berlebihan
  7. Tidur yang sedikit
  8. Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat




p/s: Last class untuk sem ni..Yippi!!



Friday, May 24, 2013

Tazkirah Jumaat #6



Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang telah diberikan. Semoga nikmat yang diberi tidak 'membutakan' hati ini untuk terus mengucap syukur pada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda : Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dikurniakan sesuatu dia bersyukur. Maka, jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya. (Hadith Riwayat Muslim)



Friday, May 17, 2013

Tazkirah Jumaat #5



Sejak dua tiga hari ni, Yun selalu gagal dalam mengawal perasaan. Terutama bila melibatkan hati. Sempena bulan Rejab dan hari Jumaat, penghulu segala hari ni. Yun ingin share sesuatu yang berguna dengan korang semua.


Pesanan Imam Al Ghazali dalam membersihkan hati daripada penyakit riak, bangga, ego, etc.

  • Bila berjumpa dengan orang yang lebih tua, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana mereka lebih lama hidup dan telah banyak amalan yang dilakukan.
  • Bila berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana dosa mereka sangat sedikit berbanding dengan dosa kita yang telah lama hidup dari mereka.
  • Bila berjumpa dengan orang yang melakukan maksiat, hendaklah berkata bahawa mereka itu jahit tentang dosa dan pahala sedangkan kita melakukan maksiat sedangkan kita mengetahuinya.
  • Bila berjumpa dengan ulama' atau orang alim, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana mempunyai banyak ilmu berbanding kita yang kekurangan ilmu.

Terima kasih kepada albesuty


Friday, May 10, 2013

Tazkirah Jumaat #4



Kelebihan membaca surah al-Kahfi.

Banyak kelebihan membaca surah al-kahfi ni. Antaranya pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat dan dijauhi daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal. Yun kongsi beberapa hadis yang Yun share daripada iluvislam :

Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripadanya Al-Dajjal." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Al Nasai, Al Tarmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Al Darda'i. Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim dan Al Nasa'i)

 Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada NAbi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan akhir surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (Hadis Riwayat Ibnu Katsir) 





Salam Jumaat dan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab :)

p/s: Class cancelled last minute. Terpaksa stuck dalam lab tunggu next bus pukul 4pm.



Friday, December 23, 2011

Tazkirah Jumaat #3

Assalamualaikum....

Hari Jumaat, penghulu segala hari datang lagi...Tazkirah arini de kena mengena dengan hubungan persahabatan...

"Sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu...dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu.."
-Saidina Ali r.a-

 p/s: oh,kawan-kawanku...Yun sayang kalian...*hug*

Friday, December 16, 2011

Tazkirah Jumaat #2

Assalamualaikum....

Something to share today...(^_^)

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"

p/s: best dapat celebrate besday roomate Yun tadi malam..1st and last maybe~


Friday, December 9, 2011

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum...


"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang paling tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

 p/s: Esok Yun ada conference tuk subjek ASEAN Politik. Doakan Yun mkay..:)