My Fellow Followers

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Tahniah sahabat...(◕‿-)

Assalamualaikum....


Sekadar pengkongsian di pagi hari. Sahabat Yun disahkan hamil. Alhamdulillah. Yun tumpang gembira untuk dia. Semoga Allah melindungi si ibu serta anak dalam kandungan daripada segala bahaya. Haih...nie yang nak cepat-cepat menikah nie. Kalau lah Yun boleh meminang si lelaki macam Saidatina Khadijah lakukan pada Nabi Muhammad SAW....(●*∩_∩*●)..



p/s: selalu berangan ada anak sendiri. >//<


Sunday, November 18, 2012

Yakin dengan janji Allah SWT (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...

Tika kita dalam kesusahan, siapa yang membantu kita? Ibu bapa? Kawan-kawan? Mungkin ya tapi sebenarnya mereka hanya perantaraan daripada Allah SWT. Terpulang kerana bagi Yun setiap kali Yun dalam kesusahan, mereka inilah yang membantu Yun. Ya, memang lah kita meminta kepada Allah SWT dan tahu kah anda Allah SWT membantu kita dengan 'menghantar' insan-insan seperti ibu bapa, kawan-kawan untuk datang membantu kita. Jadi?? Yakinlah pada Allah SWT dan janji-Nya. (◕‿◕✿)

Ayat 1000 Dinar yang sepatutnya kita dah hafal dan tersemat kemas dalam hati (◕‿◕✿)


Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dicukupkannya (keperluannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendak-Nya. Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah.

p/s : bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan keluarga yang sentiasa disisi tika suka dan duka.

Thursday, November 15, 2012

Doa Memulakan Perjalanan (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...


Hari ini Yun bersama group mates akan bergerak ke Lundu/Sematan untuk fieldwork project kami. Perjalanan ke Kampung Tanah Hitam, Sematan dari Samarahan agak panjang (Yun lupa berapa jam). Sebelum memulakan perjalanan, mari kita sama-sama memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya perjalanan kami semua dilindungi. (✿◠‿◠)




Wednesday, November 14, 2012

Rezeki Kita dah ditentukan oleh Allah SWT (。◕‿◕。)

Assalamualaikum....(✿◠‿◠)



Pernah dengar tak hadis nie? Rasulullah SAW bersabda;
"9/10 daripada rezeki itu adalah datang dari perniagaan." (Riwayat Tirmizi)
Tadi Yun singgah fakulti untuk ambil surat dan lepas tu Kak Mimi ajak pergi karnival jualan anjuran students FSS yang ambil EBX. Wah, macam-macam jenis makanan ada. Ada nasi lemak seri pengantin (kebetulan owner kedai tu bakal pengantin), nasi ayam, nasi ambang, mee goreng, dan macam-macam lah lagi. Tak tertulis Yun kat sini.

Bagus juga sebenarnya subjek EBX ni sebab ia mendedahkan students kepada suasana perniagaan. Macamana mereka nak tarik pelanggan supaya datang tempat mereka dan membeli barang jualan mereka. Kadang-kadang sampai adegan tarik menarik sebab nak kawan datang kedai mereka. Tapi sayangnya Yun tak sempat nak ambil gambar dan abadikan situasi tu dengan korang semua. Takpelah, may be next time.

p/s: dulu jual nasi kerabu tapi tak makan sebab tak makan budu. (⋋▂⋌)



Sunday, November 11, 2012

Blackout...o(≧o≦)o

Assalamualaikum...



Seriously dalam sejarah sepanjang Yun belajar kat sini, hari ni lah first time the whole Kuching blackout! Yun dengan kawan tadi plan nak dinner kat luar tetiba blackout. Kitorang fikir cuma dalam UNIMAS saja rupa-rupanya bila keluar saja dari pagar utama, seluruh kawasan Desa Ilmu terpadam!

Tapi sebab perut dah menyanyi-nyanyi minta diisi, akhirnya kami orang pakat makan burger je. Semua kedai dah gelap and sebab bimbang keselamatan kitorang kalau menunggu, jadi lepas beli burger terus kitorang balik.



p/s: keselamatan semua siswa/i UNIMAS dah tak selamat macam dulu.





Thursday, November 8, 2012

Banjir sudah~

Assalamualaikum....


Antara pesanan ringkas yang Yun dapat dari kawan Yun dan mak...

"Weyh, dah banjir ar area rumah aku. Nak tidur mana malam nie?"
"Rumah dah masuk air. Tidur dalam khemah la malam nie." 

Musim hujan macam nie memang tak boleh duga apa yang bakal terjadi. Tetiba Yun teringat banjir besar yang berlaku kat Johor dulu sampaikan Mersing jadi daerah terpisah sebab jalan yang menghubungkan ke bandar terputus.

p/s: Hilang ayam serama gara-gara banjir.. T_T



Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Lembaran Baru


Assalamualaikum....






Fuh! Fuh! Fuh! *sambil buat aksi tiup habuk*. Lamanya Yun tak menulis di sini kan? Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan. Dah 4 hari umat Islam menyambut puasa tapi baru hari ini Yun tergerak hati nak kemaskini blog Yun. 

Nak tahu,,bulan Ramadhan tahun nie la tahun yang paling sayu untuk Yun dan keluarga Yun sebab buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut puasa tanpa atok di sisi. Tahun ni juga Yun tak dapat sambut puasa bersama keluarga sebab masih lagi di sini, di UNIMAS sebab Yun ambil short sem. Takpelah sekurang-kurangnya dapat Yun hilangkan rasa sayu puasa tanpa arwah atok.

Puasa di UNIMAS? Sama jer macam tahun-tahun sebelum nie cuma tahun nie berpeluang lah sambut dengan adik-adik Asasi batch 2012/2013. Baru 4 hari berpuasa tapi dah bermacam pengalaman yang Yun tempuhi. Paling best masa bangun sahur, yelah di Sarawak waktu sahurnya pukul 3 pagi sebab imsak pukul 5 pagi. Seawal 3 pagi, fizikal dan mental mesti kena bersiap sedia sebab akan ada tukang kejut sahur tak official kat Kolej Seroja nie. Tak tahu lah kalau hamba Allah tersebut diamanahkan untuk kejut semua penghuni kan. Tapi,,biasanya bila 'siren tak official' tu berbunyi, Yun makin tarik selimut. Pukul 4 atau 4.30 pagi baru Yun bangun. Biasanya menu Yun untuk bersahur segelas nesvita dengan sepaket biskut. *Aik, diet ke Yun.*

Waktu berbukanya pula mestilah awal kan walaupun tidak seawal kawan-kawan di UMS. Seawal pukul 5 petang ramai dah berduyun ke bazaar Ramadhan di Desa Ilmu. Semalam Yun dengan kawan-kawan Yun; Jenny, Mith, Steph dan Joyce pergi bazaar dan alang-alang tu mereka semua nak berbuka puasa dengan Yun. Tapi,,yang Yun rasa nak gelaknya mereka beli makanan mengalahkan Yun yang berpuasa. Yun cuma beli 2 cucuk hati ayam panggang sebab makanan lain macam tak menarik selera Yun tapi Steph? Kiri kanan dengan plastik makanan. Akhirnya, kami pergi kedai Sajian Kampung dan Yun pesan Nasi Goreng Daging untuk berbuka sebab takkan Yun nak berbuka dengan 2 cucuk hati ayam panggang aje kan? Seriously, kalau korang tengok meja kami semalam memang penuh.

Apa pun, Yun seronok dapat berbuka dengan kawan-kawan non Muslim Yun. Walaupun mereka tak puasa macam kita, tapi mereka ada rasa hormat. Sama-sama tunggu waktu berbuka dengan Yun. Sekurang-kurangnya terubat rindu tak dapat berbuka dengan keluarga tersayang. 

Balik raya? Ermm,,,malam raya baru Yun sampai di bumi Johor. Barulah nampak macam betul-betul belajat di overseas kan? hehehe.. Okay lah,,,dah masuk waktu berbuka pun,,tak elok melambatkan berbuka. Dimulai dengan basmallah..Selamat Berbuka untuk warga Sabah dan Sarawak dan untu warga Semenanjung, sila baca ayat ini 30 minit kemudian..^^

wasalam.

Monday, March 5, 2012

The Crazy Evening

Assalamualaikum....

Hari nie mood Yun sangat baek nak share something dengan you ols. Petang tadi dalam sejarah, Yun together gether dengan Gwen ngan Stephanie gi lah joggging kat kawasan padang kawad. Mission kitorang nak abiskan 2 lap keliling padang kawad tapi.......


Baru setengah lap, Yun dengan Gwen dah 'pancit' dulu. Kitorang dah tak larat nak habiskan 2 lap cuma Steph ajer yang excited habiskan 2 lap. Tue pun sebab dia ada kelebihan sebagai ahli suksis. Memang lah berstamina giler kan? So, sementara nak tunggu Steph abiskan larian, kitorang abiskan bateri telefon snap picture kitorang sampaikan budak2 asasi yang ngah relax gelak2 tengok aksi kebudak2an kitorang. Hahahaha...muka lau chantek tak pe.(pedulik hapa, henfon kitorang kowt).

Abis jer larian + sit up = cool down, baru lah kitorang gerak. Gerak gi mana? Gi MAKAN!!!! ^^! Hahahaha...jogging tak seberapa, makan yang lebih. Compom lah badan makin 'sihat' lepas nie..;p

p/s: Sempat beli beg sama tadi..Sok nak melaram dalam class..

Friday, December 23, 2011

Tazkirah Jumaat #3

Assalamualaikum....

Hari Jumaat, penghulu segala hari datang lagi...Tazkirah arini de kena mengena dengan hubungan persahabatan...

"Sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu...dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu.."
-Saidina Ali r.a-

 p/s: oh,kawan-kawanku...Yun sayang kalian...*hug*

Thursday, March 31, 2011

"PENULIS SENJA TERAKHIR"

Assalamualaikum..
New update, new entri.
Do click here if you want to know the detail----->"Penulis Senja Terakhir"


Hurm,,actually I'm non of literary person.
But, Penulis Senja dah invite Yun kat FB tadi so tak salah if Yun nak cuba right?
Plus, the winner will get money. *dare tell me sape yang taknak duit? Even mad men pun ley siuman if dapat money.

Lagi satu, Yun tak pandai bermadah kata puitis-puitis nie. Yun lebih kepada cerpen or novel. 

Okay, done mumbling. Cerpen yang Yun post nie berkisar tentang Yun and kawan-kawan Yun. So, enjoy it because it is the true story.

"Sahabat hingga ke akhirnya"

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Jun 2009

"Err, awak student UNIMAS?" Aku memberanikan diri bertanya kepada seorang gadis yang sedang asyik membetulkan tudung.

"A'ah. Saya student UNIMAS. Awak pun student UNIMAS juga ke?" Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Syukur Alhamdulillah, aku jumpa seorang yang sama universiti dengan aku. Sekurang-kurangnya, aku punya kawan baru di tempat baru.

"Ambil course apa?" tanyanya lagi.

"International Studies. Awak?" Aku berharap agar dia pun sama jurusan dengan aku tapi rupanya harapan hanya tinggal harapan.

"Social Work." balasnya. Aku hanya mampu tersenyum. Melihatkan aku, dia turut membalas senyumanku.

Perbualan kami terhenti di situ tatkala ayah memanggil aku untuk bersarapan. Ya, aku ke Sarawak hanya ditemani ayah. Selepas bersarapan, kami menunggu di luar 'airport' untuk dijemput oleh senior-senior dari UNIMAS. Sekali lagi aku bertembung dengan gadis yang kutemui tadi.

"Assalamualaikum, jumpa lagi kita. Awak asal mana?" tanyaku.

"Waalaikumusalam. Pontian, Johor. Awak?"

"Eh, sama lah. Saya pun orang Johor juga tapi area Kulai." Seronok bukan main aku sebab dapat kawan satu negeri.

"Kulai? Orang Mawi la nie eh?" Adus, kenapa tiap kali aku bagitahu aku orang Kulai, orang kaitkan dengan Mawi?

"Eh, tak adalah. Mawi area Taib Andak. Saya area Bandar Putra." Dia hanya tersenyum mendengar jawapannku. Sekali lagi perbualan kami berhenti oleh kerana bas yang akan membawa kami ke UNIMAS sudah pun menunggu. Dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan dia. Kami tak banyak bercakap disebabkan keletihan semasa dalam penerbangan tadi.

"Err, kita still tak tahu nama awak." tiba-tiba die memecahkan kesunyian di antara kami. Aku pun baru teringat yang kami belum lagi memperkenalkan diri.

"Yalah, lupa nak perkenalkan diri tadi. Saya Nurul Aziemah. Awak buleh panggil saya Azie."
Aku menghulurkan tangan dan disambut olehnya. Dia tersenyum. Cantik senyumannya sebab ada tahi lalat di bibirnya yang membuatkannya nampak cantik.

"Saya Hamimahani. Panggil saya Mima.". Sebaik sampai di kolej kediaman, kami mendaftar bersama dan kami ditempatkan di bilik yang sama dan ke mana-mana pergi, pasti akan bersama.

Mac 2011..

Kini, hampir 2 tahun usia perkenalan kami.Tiada siapa menduga perkenalan di lapangan terbang membawa kepada hubungan persahabatan yang indah. Aku bukan sahaja mempunyai Mima (yang kini kupanggil Mami) sebagai kawan. Malah, aku juga mempunyai teman lain seperti Auni, Yus, Shima, Farhana, dan Siti.Mereka lah keluargaku sepanjang aku berada di bumi Sarawak ini.


"Azie, jom kuar malam nie. Kitorang nak kuar makan." panggilan Mima membawa jauh kenangan semasa kami mula-mula berkenalan. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. 

Kami masih lagi menjadi teman sebilik kerana masing-masing tahu perangai masing-masing dan agak sukar untuk kami menukar teman bilik yang lain. Aku berharap persahabatan kami semua akan terus berkekalan walaupun selepas tamat pengajian.

*******TAMAT*****

Ha, amacam? Okay tak? Tak ley panjang2 lau tak jadi novel karang. Nama pun cerpen, CERITA PENDEK Lau nak baca cerita yang lagi panjang, rajin2 lah klik kat cerita yang Yun tulis kat 'Hasil Nukilanku' tue. But, sorry to say la, cerita2 tersebut semuanya in English.

So, Yun nak tag mereka yang Yun rasa2 punya bakat dalam sastera nie.
Dark Virusz<---beliau mmg de bakat lau bab2 nie.;p



p/s : Sayang kawan2 Yun semua.MySpace



Saturday, March 12, 2011

Lelaki ker Perempuan ker???

Location : Dirahsiakan
Date : 11 Mac 2011
Time : Around 6pm

Salam bloggers,,,gudmonink..^^. My new story in my new life.
Semalam, adik angkat aku call. Dia kata nak jumpa aku. Aku yang memang nak kuar time, ajak lah dia sekali ikot. So, die pun amek aku kat kolej and then kuar la kan?

Dipendekkan citenyer, lepas sume dah carik barang keperluan sendiri, kitorang pun g ler menyinggah kat satu kedai area Samarahan memandangkan aku sehari suntuk tak jamah nasi. Tengah2 tunggu pesanan, timbullah dialog nie :

Adik angkat aku: Kak Yun, cantik lah die tue.
Aku: Yang mana? (sambil mata aku cari mana orang yang dia maksudkan.)
Adik angkat aku: Ala, yang pakai topi kat tengah tue. Tapi, die tue perempuan ker lelaki kak? Tak timbul pun t***k die?
Aku: Erk? Entah. Perempuan kot.
Adik angkat aku: Iee..tak selera Alif tengok. Muka cantik tapi jantan. Alif rasa die lelaki la kak.
Aku: O.o....( Hanya mampu menjungkit bahu)


Seriously beb, aku dengan adik angkat aku asek tengok jewk 'perempuan' tue. Masing2 dengan pendapat masing2. Last2, kuar sore jantan you!..Hahahahahaha... Bukan nak mengkritik or what. But, die memang cantik. Sangat2 cantik sampai adik angkat aku buleh puji die but once dah dengar sore die, adik angkat aku dengan selambanyer cakap, ' Muka cantik, menggoda iman tapi dengar suara? Ish, tambah dosa aku ari Jumaat nie.'



Description gambar : Yang lari tue Alif. Yang lagi sorang 'perempuan' yang keje kat kedai makan tue. Sorry....



Friday, February 11, 2011

110211-My Changing School = My Changing Friends

Terdetik hati nak story sal my changing school equal my changing friends sempena Friendship Day (actually aku xtahu pun tarikh sebenar friendship day nie). Starting from my primary school; dulu, aku sekolah rendah at Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Aku cuma ada sorang kawan, nama dia Najibah. Daknya lembut dan yang paling bangga kawan dengan dia nie, dia ngan abang dia wakil qari dan qariah Kelantan. ^^. Banyak kenangan masa dengan dia nie sebenarnya. Gara2 lewat nak ke kelas fardhu ain (kira macam sekolah agama dekat Johor), kitorang jatuh basikal masa turun bukit dan 'hadiahnya' kitorang kena denda.huhuhu. Tapi, after aku pindah sekolah ke Johor on 2001, kitorang terus lost contact. Aku cuba hubungi dia via number yang pernah dia bagi pada aku tapi tak dapat. Sampai sekarang, aku masih berharap dapat jumpa dia lagi. Entah2, dia dah kahwin.ngeh3..;p

lencana Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa (1996-2000). Tak sangka dapt jumpa lencana nie balik.;)
2001, aku berpindah ikut family balik Johor. Ayah yang keje sebagai pegawai tentera dah pun tamat perkhidmatan. So, he decided to move on to Johor bab dekat ngan family dua belah pihak. Kitorang yang anak2 nie, ikut je la. takkan nak duduk Kelantan sensorang kowt. Okay, aku pindah sekolah baru, Sek. Keb. Kulai or most known as SK Kampung Melayu, Kulai. Masa nie, aku belum ada kawan rapat sebab lidah aku still slanga bahasa Kelantan. Nak pulak dorang faham pe yang aku cakap.hehehe. Aku mula ada kawan bila aku naik sekolah menengah.

Lencana Sek.Keb. Kulai (2001)



Lencana Sek. Men. Keb. Kulai Besar (2002-2006)

Sek.Men.Keb. Kulai Besar (SMKKB) or orang panggil 'Sek. Men. Keb. Kandang Babi' (tak tahu per motif kena panggil camtu). Maybe sebab kat area Kulai Besar tue de kedai jual daging haiwan tue. Aku belajar at skool nie starting form 1 sampai lah tamat form 5. Masa skool nie, aku banyak involved dalam aktiviti sekolah (selalu gak la ponteng kelas, especially kelas Add Math;p). Nasib keputusan SPM  tak mengecewakan. Okay, masa taun nie (2002-2006), aku adalah kawan 4 orang yang quite close la. 3 daripadanya sekelas ngan aku. So, memang rapat la kitorang sampai terciptanya tagline 'FRIENDS 4EVER' among us. Tapi tagline tue hanya tinggal tagline sebab there are no such thing of FRIENDS 4EVER sebenarnya. Masing2 bila lepas SPM, dah bawa hal sendiri. Sorang dapat universiti, yang lagi  2 orang politeknik. Cuma aku dan sorang lagi kawan aku meneruskan perjuangan dalam tingkatan enam. Tue pun tak sama sekolah. Dia pergi kelas aliran sains tulen dan aku pulak aliran sastera. Nak kumpul cam zaman sekolah dulu, jangan harap ler. Aku pun teruskan lah ke tingkatan enam. Kat mana? Kat sekolah nie.

Lencana STARP (2007-2008)
Time belaja at STARP nie, aku tak ada close friend dan masa nie memang boleh nampak sikap assabiyah termasuklah dalam diri aku sendiri. Cuma after STPM, barulah aku rapat dengan 2-3 orang yang kekal sampai sekarang. Bayangkan, setaun kat sekolah tue; after exam bwu de close friend. Okay la tue daripada takdela langsung kan? hehehe..Syukur Alhamdulillah.

UNIMAS (sesi 2009/2010)

Jeng3... akhirnya aku berada di sini, UNIMAS. Time nie, aku ley consider aku punya kawan yang ramai but not of them my close friends. Ada certain2 jewk just like my photo above. Agak2 korang lah antara ramai2 kat atas tue (tak termasuk aku dan tukang snap gambar), sapa yang paling rapat dengan aku? Hehehe..I'm not going to tell you but you have to tell me. ^^

Thursday, February 10, 2011

100211-Shaye Tak Sombong!!!

Seriously, aku tak faham kenapa people label me as arrogant person. Aniyo!, I'm not that kind of person.>.<... Aku nka tegur korang semua tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Karang silap tegur, lain pulak jadinya. If korang nak tahu, aku ni pendiam orangnya kecuali dengan orang yang aku dah kenal lah. Lau orang yang aku dah kenal, jangan haraplah aku nak diam melainkan aku takde mood nak cakap pape.hehehe

Tegur2 lah aku nie if korang terserempak or selisih. Aku nie agak susah sikit nak senyum if orang tak senyum kat aku (sebab tue ker korang label aku sombong?). Ada sorang hamba Allah bagitahu aku yang aku nie kelakar walaupun aku tak pasti tang mana yang funny about me dan disebabkan label yang korang bagi pada aku, aku wat survey kat semua kawan2 aku. Aku tanya dorang and jawapan yang aku terima pelbagai. Ada yang cakap aku sebelum kenal, memang nampak sombong but once they got chance to know me, dorang classified aku sebagai a person who can change my mood based on the situation.

But, I have to admit aku tak ramai close friend except for dua tiga orang yang aku betol2 rapat lah.Mereka nie lah yang tahu camne personaliti aku baik dalaman dan luaran. If aku dalam kesulitan or anything, dorang nie lah yang aku cari selepas keluarga aku sendiri. Korang kalau belum kenal aku, baik belajar kenal aku sebelum boleh cakap aku nie sombong. Tagline aku 'SHAYE TAK SOMBONG.'

Thursday, January 6, 2011

060111-Gen2 to Viva

Gen2 to Viva... sungguh tak kusangka
kononnya dapat la merasa naik Gen2... akhirnya Viva yang menanti
tapi apa boley buat... kunci kereta tiba tiba tak jumpa
kawan di airport dah lama tunggu... nasib tak tido kat airport^^

Gen2 to Viva... Viva pun Viva lah
 janji dapat bergerak... janji Aida tak tido kat airport
tapi sebelum tue... bawa kereta hati hati ye
amanat abang zam tauke kereta... ala macam lah kami nak pergi race
tak apa la bang kami faham... kereta akak(*isteri dia)

Gen2 to Viva... Mie bawa cukup hati hati
kereta orang kan... susahnya nak menjaga
tak apa mie... Aida yang bayar sewa
aku dengan Yus... cuma jadi peneman ajer^^
dari airpot... ke kedai makan
dah puas berjalan... makan la pulak kan
tapi kali nie... bukan Aida yang tolong bayar
sendiri order... sendiri bayar lah..
hehehehe

Saturday, August 7, 2010

SAHABAT KARIB..

Aku pnya seorg kwn.LELAKI.Orang kata llki dan prmpuan xley jd kwn baik.Aku xpcye,sbnyer tgok aje kitorg.Aku kwn die dan die kwn aku.Hbgn kami xpnh mlntasi norma2 pshbtan.I love being his friend.Apa yg die lakukan utk aku mgkin org akn slhtfsirkan tp hkikatnye sgla apa yg dilakukan hnya ats nama PERSAHABATAN.He is special to me.There no one can replace his place as my friend.

But now,I'm truly hurt coz of him.Tindakannya kali nie amat2 mykitkan aty aku hgga aku mngis d dpn Yus.Tp die xslh.Die mmg xslh sb ni sume dh suratan drpd Ilahi.Aku xbley slhkn die tp aty aku sakit.Aku sdey,mrh sumenyer bcmpur aduk.Aku xmampu nk mrh die krn aku myanyanginya.Sayang seorg KAWAN.

Kalau aku tros cmni,die msti sdey.Aku kne kuat sb lau aku xkuat aku xkn dpt hrungi cbrn bgelar KAWAN.I'm so sorry FRIEND.Aku xley smbunyikn prasaan sdey aku bile tahu ko kemalangan.Dan lbey mykitkn bile aku org trakhir yg tahu.ORG TERAKHIR..YOU HAVE LOST YOUR MEMORY..all the memory between us have vanished forever..tapi pd aku,kngn 2 xpnh dan xkn trpdam dari ingatn aku wat slmanya....