My Fellow Followers

Showing posts with label unimas. Show all posts
Showing posts with label unimas. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Blackout lagi?



Hoho...ini entri tiada kena mengena dengan isu blackout masa PRU13 haritu. Nak dijadikan cerita tadi pagi, Yun pergi kelas seawal jam 9 pagi walaupun kelas Arab Yun start pukul 10 pagi. Alkisahnya sebab Yun nak  singgah fakulti dulu ambil surat jawapan latihan industri. Punyalah excited nak pergi ambil surat sampai sanggup naik tangga ke tingkat 3. Dengan penuh keayuan dan penuh berhati-hati, Yun panjatlah tangga sampai tingkat 3 dan bila sampai je office, punya terkejut beruk Yun dibuatnya. Beruk pun tak terkejut macam Yun taw. Rasa macam nak menangis pun ada masa tu. Kenapa?

Yun terpandang notis kat pintu office.

"The office will be closed due to electricity problem and will be opened after the electricity problem has been solved. We are truly sorry for any convenience."
Patutlah tadi Yun tengok kemain ramai lecturer duk mengajar kat lobby FSS. Rupanya takde api. Dengar cerita elektrik takde dari petang semalam dan dijangka esok pun takde. So, nak taknak kena lah datang fakulti Isnin ni sebab nak ambil surat jawapan tu. Dan ini bermakna Yun kena turun dari tingkat 3 guna tangga. Sampai level G, Yun dah tercungap-cungap. Nasib ler pagi tadi tak tergerak hati nak pakai heels. Kalau tak, ada gak yang berkaki ayam turun tangga. Haha..

p/s: Tak sabar nak menghabiskan belajar. Hihi

Sunday, May 5, 2013

Bila Dah Takde Kerja...




Bila kebosanan mula menguasai.... ni lah jadinya.. :P

p/s: Takde keberanian nak buat video. Haha


Tuesday, April 30, 2013

Surat khabar lamaa! silap... kertas exam lamaaa!!



Di kala student foundation mula kemas-kemas barang nak balik kampung, Yun pun mula menjalankan aktiviti mengutip kertas-kertas yang dorang buang. Nie baru sikit tau. Ada lagi cuma Yun ambil yang ni jer. Belum campur dengan peralatan mandi dan basuhan yang diorang tinggalkan. Apa lagi, cekup r. Jangan membazir, kan membazir tu amalam syaitan. So, baik ambil kan dari dibuang. Hahaha.


Jual dapat $$ ni. 

Student foundation yang duk berdepan dengan Yun bagi Yun satu beg penuh dengan barang makan. Hahaha.. Hamek ko, sebelum ni kemain taknak tegur. Tapi bila dah nak habis, barulah nampak 'pemurah' di situ.

Bak kata kawan Yun, 

"Student foundation ni kaya, tak macam student degree"

p/s: Bila student foundation takde, line kemain laju. Boleh ler download cerita banyak-banyak.. Ahaks..


Bila Student Social Science Buat Kerja Student IT



Bila student Social Science kena buat website untuk subjek perkomputeran. Nampak agak 'girly' kan? Hahaha.. Nasiblah kat sorang student lelaki yang satu kumpulan dengan kitorang tu.
┗(^0^)┓

gambaran 'home'



'Form' untuk mendaftar jadi "sukarelawan".



'Form' untuk "sukarelawan" bagi maklumbalas.

  
Ini baru draft yang kawan Yun buat untuk website kitorang. Kitorang kena buat satu website yang mendatangkan keuntungan. Kiranya website ni boleh menarik minat orang untuk menderma lah. Nama website kitorang pun "Harapan Kasih". Memang besar sangat-sangatlah 'harapan' kitorang untuk tengok website ni jadi website yang sebenar-benarnya website. Hahaha.
°\(^▿^)/°


Kalau tak, nampaknya kitorang ni memang student Social Science yang sememangnya takde bakat untuk tukar ke program IT. Dah macam tikus repair labu pun ada.
(シ_ _)シ


p/s : Buat website ni ajer, tak tido semalaman. Huuu ٩(×̯×)۶


Monday, March 25, 2013

Pie? Kak Ngah? Oh My Allah!!


Yun baru start kerja kat kiosk bawah Cais tadi. Itupun Anis yang me'rekomen' kat bos dia. Nama bos dia Pie. Tak tahulah nama betol Shafie kot. Sementara tunggu Anis masuk pukul 2, Yun jalan-jalan lah memerhati segala benda yang ada kat kiosk tu and Yun terjumpalah Kak Dayang yang dulu pernah jadi supplier kamiorang masa Yun jaga kiosk kat CTF 4 semester lepas. Tetibe dia cakap kat Yun.

Kak Dayang: Kitak dah jumpa belum bos kitak?
Yun: Belum gik. Kamek baru masuk hari tok. Kenak kak?
Kak Dayang: Owh.. Untung kitak kerja sitok. Nya handsome. Akak panggil nya Kak Ngah.
Yun: Kak Ngah? Nya bukan laki-laki ka kak? Kenak akak panggil nya Kak Ngah.
Kak Dayang: Nama timangan.

Lepas tu, Kak Dayang terus balik lepas dia settlekan urusan kuih-kuih dia kat situ. Yun makin tak sabar nak jumpa dia coz Anis bagitahu bos Yun lelaki. Then, masa Yun datang semula kiosk lepas solat Zohor, tetiba datang lelaki yang agak-agak ermmmm..jugaklah tegur Yun.

Mamat ehem-ehem: Hah, ang ni ka kawan Anis tu? Nama ang sapa?
Yun: Err.. yer. Nama saya Azie. (Dalam hati: Siapa pulak mamat sotong ni sibuk-sibuk nak tahu sal aku?)
Mamat ehem-ehem: Ha, baguslah. Ni tuk ang. *sambil hulur pastri kat Yun*

Lepas tu, dia pi join venture dengan kawan-kawan dia. Datang Adam. Dia ni partner Yun untuk hari pertama Yun kerja. Yun tanya dia, siapa tadi tu. Adam jawab.

"Tu lah Pie a.k.a Kak Ngah yang Kak Dayang cakap tadi."

Oh My Allah, Yun tahu yang bos Yun lembut coz Anis pernah bagitahu tapi serius Yun tak tahu selembut itu. Serious seriau hokey!


p/s: Tak tahu kenapa Yun takut ngan golongan ni walaupun takde niat apa-apa.

Thursday, March 21, 2013

Gara-gara miss communication





Hehe..comel gak lukisan Yun kan? Hakhakhak.. Kegembiraan kami tak terhenti sampai situ apabila tiba-tiba kelas yang pada mulanya kitorang ingat tak ada, rupa-rupanya ada. Dan.....sebenarnya Pn Nurul bukan tak ada cuma dia cakap dia masuk lewat sikit sebab ada hal dekat FSTS tapi itu Indian girl, she heard wrongly and sampaikan mesej yang salah kat kitorang. Kitorang yang dah balik memang tak lah nak datang balik kan? Lagi-lagi bila dapat tahu class dah setengah jam berakhir..

Natijahnya??? Hanya 20 orang je yang hadir sedangkan jumlah asal kelas tu adalah 112 orang. Yun nampak budak tu esok kat fakulti, siap dia. Yun gulung-gulung dalam kain sari. >.<

p/s: Pasal movie review punya pasal, demam2 pergi tapi dah jadi macam ni, sabor je la...


Friday, March 1, 2013

Guna Juga Akhirnya ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


3 barang untuk RM50. Kamus untuk subjek Arab jer dah RM29. Yang buku nota dengan sticky note tu Yun main ambil je sebab nak cukupkan RM50. Kalau tak, kena pakai money cash. Rugi woo, de baucar tak mau guna. Huuu~

p/s: Baki RM200, nak beli apa ek?



Wednesday, February 27, 2013

Baucer Buku Pada Pelajar... Berbaloi ke?




Tahun lepas punya baucar. Warna biru, tak cantik. :P


Haritu, lepas kelas Yun pergi lah ambil baucer buku 1 Malaysia kat Research Room, Level 2, FSS. Kawan cakap tahun ni PM bagi baucer RM250 tak macam tahun lepas cuma RM200. (hokey, nampak sangat tak tengok perbentangan bajet ritu. huhuhu)..

Tahun ni punya baucar, nampak sikit macam duit. Huhu

Inilah dia. Hambik kau, siap dengan ucapan PM lagi. Kau hado? Meh Yun nak share sikit pe PM cakap.
"Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini akan melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara."

Ramai sebenarnya yang keliru dengan pemberian baucar ni. Kenapa? Sebab tak semua kos pengajian di universiti menggunakan buku. Ambil aje contoh Yun, Yun bukan guna buku sangat pun. Jadi baucar tu banyak habis beli barang-barang sekolah adik Yun yang masih kecil tu. Ada lebih, Yun rembatlah novel 2-3 buah. Itu masa baucar RM200. Sekarang, dah jadi RM250. Nak beli hape?

Seorang senior Yun ada bertanya pada seorang pekerja di sebuah kedai buku (kalau tak silap kat POPULAR), dia tanya kot-kot baucar tu dapat digunakan untuk beli peralatan komputer such as hard disk, mouse, etc. Jawapan yang diberikan pekerja tu, boleh tapi 200 ringgit hanya boleh digunakan untuk membeli buku dan peralatan belajar sahaja. Baki 5o ringgit baru boleh beli barang-barang macam yang Yun cakap tadi. 

Aiyoooo....buku apa aje kitorang nak beli? Abis-abis pun novel. Kamus? Tahun lepas punya kamus pun ada takkan nak beli lagi kot? Ada kawan Yun cakap kenapa baucar tu tak boleh digunakan untuk membeli tiket pengangkutan awam such as bas, train or yang macam belajar jauh ni tiket flight misalnya. Kan berbaloi. Kekadang bila pikir, betul gak cakap mamat ni. Berpandangan ke depan sungguh dia.


p/s: Setakat ni masih tak usik baucar sebab memikir nak beli apa. Ada cadangan?


Tuesday, December 25, 2012

Best Actress of the Year and it MINE (≧◡≦)

Assalamualaikum....





Muahahahahaha....Percaya tak? Percaya tak? Sampai sekarang Yun masih tak percaya taw.. Tapi sekurang-kurangya bukan perempuan gedik tue yang dapat. Hehehehe...(~ ̄▽ ̄)~



Thursday, November 15, 2012

Doa Memulakan Perjalanan (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...


Hari ini Yun bersama group mates akan bergerak ke Lundu/Sematan untuk fieldwork project kami. Perjalanan ke Kampung Tanah Hitam, Sematan dari Samarahan agak panjang (Yun lupa berapa jam). Sebelum memulakan perjalanan, mari kita sama-sama memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya perjalanan kami semua dilindungi. (✿◠‿◠)




Wednesday, November 14, 2012

Rezeki Kita dah ditentukan oleh Allah SWT (。◕‿◕。)

Assalamualaikum....(✿◠‿◠)



Pernah dengar tak hadis nie? Rasulullah SAW bersabda;
"9/10 daripada rezeki itu adalah datang dari perniagaan." (Riwayat Tirmizi)
Tadi Yun singgah fakulti untuk ambil surat dan lepas tu Kak Mimi ajak pergi karnival jualan anjuran students FSS yang ambil EBX. Wah, macam-macam jenis makanan ada. Ada nasi lemak seri pengantin (kebetulan owner kedai tu bakal pengantin), nasi ayam, nasi ambang, mee goreng, dan macam-macam lah lagi. Tak tertulis Yun kat sini.

Bagus juga sebenarnya subjek EBX ni sebab ia mendedahkan students kepada suasana perniagaan. Macamana mereka nak tarik pelanggan supaya datang tempat mereka dan membeli barang jualan mereka. Kadang-kadang sampai adegan tarik menarik sebab nak kawan datang kedai mereka. Tapi sayangnya Yun tak sempat nak ambil gambar dan abadikan situasi tu dengan korang semua. Takpelah, may be next time.

p/s: dulu jual nasi kerabu tapi tak makan sebab tak makan budu. (⋋▂⋌)



Sunday, November 11, 2012

Blackout...o(≧o≦)o

Assalamualaikum...



Seriously dalam sejarah sepanjang Yun belajar kat sini, hari ni lah first time the whole Kuching blackout! Yun dengan kawan tadi plan nak dinner kat luar tetiba blackout. Kitorang fikir cuma dalam UNIMAS saja rupa-rupanya bila keluar saja dari pagar utama, seluruh kawasan Desa Ilmu terpadam!

Tapi sebab perut dah menyanyi-nyanyi minta diisi, akhirnya kami orang pakat makan burger je. Semua kedai dah gelap and sebab bimbang keselamatan kitorang kalau menunggu, jadi lepas beli burger terus kitorang balik.



p/s: keselamatan semua siswa/i UNIMAS dah tak selamat macam dulu.





Saturday, November 10, 2012

Tawakaltu ala Allah

Assalamualaikum....

Esok Yun bakal menduduki peperiksaan pertengahan semester. Walaupun dah pernah ambil masa semester-semester lepas, Yun rasakan paper esok sangat-sangat mencabar. Apa pun, Yun dah berusaha yang terbaik dan hanya berserah kepada Allah SWT.

Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi ‘l-’aliyyi ‘l-’aẓhīm





Wednesday, August 8, 2012

Miss Google? ~(*-.-*)~

Assalamualaikum~

Sedar tak sedar dah 19hari kita berpuasa kan? Alhamdulillah...semakin dekat dengan Aidilfitri maka semakin dekatlah hari pembebasan syaitan yang selama ini dibelenggu dengan rantai. Hari-hari yang semakin hampir dengan Aidilfitri nie lah sepatutnya kita isi dengan amalan-amalan seperti solat di waktu dinihari, membaca Al-Quran sebab who knows kita dipertemukan dengan Malam Seribu Bulan yang sememangnya kita nantikan tu kan? InsyaAllah jika kita dipilih menjadi insan yang bertuah itu olehNya.

Owh..bukan nie sebenarnya nak kongsi. Yun dapat satu nama gelaran baru masa dalam kelas Warisan dan Budaya tadi. Budak-budak nie semua panggil Yun 'Miss Google'. Why? Sebab cuma Yun yang tahu sal seni budaya Zapin dengan Kuda Kepang. Member dalam group Yun tu semuanya budak-budak Sarawakian so mereka bukan tak tahu cuma tak pasti dengan seni persembahan di Semenanjung.

Well, sedap jugak kan nama 'Miss Google' tue? hehehe...ni je sebenarnya nak bagitahu.. Tak de pe pon sebenarnya.. Bubye.. See u later on..

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Lembaran Baru


Assalamualaikum....






Fuh! Fuh! Fuh! *sambil buat aksi tiup habuk*. Lamanya Yun tak menulis di sini kan? Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan. Dah 4 hari umat Islam menyambut puasa tapi baru hari ini Yun tergerak hati nak kemaskini blog Yun. 

Nak tahu,,bulan Ramadhan tahun nie la tahun yang paling sayu untuk Yun dan keluarga Yun sebab buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut puasa tanpa atok di sisi. Tahun ni juga Yun tak dapat sambut puasa bersama keluarga sebab masih lagi di sini, di UNIMAS sebab Yun ambil short sem. Takpelah sekurang-kurangnya dapat Yun hilangkan rasa sayu puasa tanpa arwah atok.

Puasa di UNIMAS? Sama jer macam tahun-tahun sebelum nie cuma tahun nie berpeluang lah sambut dengan adik-adik Asasi batch 2012/2013. Baru 4 hari berpuasa tapi dah bermacam pengalaman yang Yun tempuhi. Paling best masa bangun sahur, yelah di Sarawak waktu sahurnya pukul 3 pagi sebab imsak pukul 5 pagi. Seawal 3 pagi, fizikal dan mental mesti kena bersiap sedia sebab akan ada tukang kejut sahur tak official kat Kolej Seroja nie. Tak tahu lah kalau hamba Allah tersebut diamanahkan untuk kejut semua penghuni kan. Tapi,,biasanya bila 'siren tak official' tu berbunyi, Yun makin tarik selimut. Pukul 4 atau 4.30 pagi baru Yun bangun. Biasanya menu Yun untuk bersahur segelas nesvita dengan sepaket biskut. *Aik, diet ke Yun.*

Waktu berbukanya pula mestilah awal kan walaupun tidak seawal kawan-kawan di UMS. Seawal pukul 5 petang ramai dah berduyun ke bazaar Ramadhan di Desa Ilmu. Semalam Yun dengan kawan-kawan Yun; Jenny, Mith, Steph dan Joyce pergi bazaar dan alang-alang tu mereka semua nak berbuka puasa dengan Yun. Tapi,,yang Yun rasa nak gelaknya mereka beli makanan mengalahkan Yun yang berpuasa. Yun cuma beli 2 cucuk hati ayam panggang sebab makanan lain macam tak menarik selera Yun tapi Steph? Kiri kanan dengan plastik makanan. Akhirnya, kami pergi kedai Sajian Kampung dan Yun pesan Nasi Goreng Daging untuk berbuka sebab takkan Yun nak berbuka dengan 2 cucuk hati ayam panggang aje kan? Seriously, kalau korang tengok meja kami semalam memang penuh.

Apa pun, Yun seronok dapat berbuka dengan kawan-kawan non Muslim Yun. Walaupun mereka tak puasa macam kita, tapi mereka ada rasa hormat. Sama-sama tunggu waktu berbuka dengan Yun. Sekurang-kurangnya terubat rindu tak dapat berbuka dengan keluarga tersayang. 

Balik raya? Ermm,,,malam raya baru Yun sampai di bumi Johor. Barulah nampak macam betul-betul belajat di overseas kan? hehehe.. Okay lah,,,dah masuk waktu berbuka pun,,tak elok melambatkan berbuka. Dimulai dengan basmallah..Selamat Berbuka untuk warga Sabah dan Sarawak dan untu warga Semenanjung, sila baca ayat ini 30 minit kemudian..^^

wasalam.

Saturday, May 7, 2011

Hari Hari terakhir di Sarawak part 2

AssalamualaikumMySpace

Kurang daripada 24jam Yun akan 'terbang' meninggalkan Sarawak tapi kenapa macam takde semangat nak balik nie? Yun tengok kengkawan yang lain bukan men excited nak balik tapi Yun leh lagi selamba badak sumbu jewk. Kalau orang lain, flight petang tapi sekarang dah tido tapi Yun still jadi burung hantu sedangkan flight pukul 10.40 pagi esok. Nak ke airport pukul 8.30pagi.

Cuti semester 4bulan tapi barang yang bawak balik macam nak balik hari jewk. Okay la, Yun rasa baik Yun masuk tido sekarang lau tak kelewatan lak esok. Bye2 Kolej Seroja, Bye2 UNIMAS, Bye2 Sarawak.MySpace Johor, here I come.

p/s: Malam nie panas bukan main. Pasang kipas laju pun tak terasa.MySpace

Sunday, February 20, 2011

SUKMALINDO at UNIMAS

Location: Universiti Malaysia Sarawak
Date: 21-26 Oktober 2010

Nk tgok cmne dak2 Malaysia 'melibas' dak2 Indonesia mse Sukmalindo? Tengok pic nie. Nie mse game sepak takraw jewk. Sbnrnyer byk lg p aku cme upload mse game nie jewk k. P kan, aku de tgkp cintan ngn mmt indon nie. Giler cute dowh muke die.ahahahahha.. Die main tuk game futsal p aku xde lak pic die. Cian sungguh. Aku jd tukang sorak tuk Malaysia, lau aku jd team sorak Indonesia mmg dh bnyk pic aku amek ngn mmt 2 ajer.kikikiki.. K, nie picnyer.

team Malaysia

team Indonesia

tukang sorak tuk team Indonesia. Smuanya dak2 UNIMAS gak..hehhehe









ha, nie la tukang sorak tuk Malaysia.

suke aku tgok abg nie,ley 'terbang' siot..kikiki



gambar pas menang..ceh,bangga seyh..;)
bergambar ngn team Indonesia. \(^o^)/

Sampai skunk, aku egt lagi sorak yg kitorang jerit2 sampai ilang sore tue.

Go Malaysia, Go Malaysia
Don't break my heart Malaysia
Opps ah o yeah (2x)

Lawak an? heheheh..P semangat cmnie la yg kite nak. Walaupun berlainan negara, kite tetap serumpun. ^^