My Fellow Followers

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Pie? Kak Ngah? Oh My Allah!!


Yun baru start kerja kat kiosk bawah Cais tadi. Itupun Anis yang me'rekomen' kat bos dia. Nama bos dia Pie. Tak tahulah nama betol Shafie kot. Sementara tunggu Anis masuk pukul 2, Yun jalan-jalan lah memerhati segala benda yang ada kat kiosk tu and Yun terjumpalah Kak Dayang yang dulu pernah jadi supplier kamiorang masa Yun jaga kiosk kat CTF 4 semester lepas. Tetibe dia cakap kat Yun.

Kak Dayang: Kitak dah jumpa belum bos kitak?
Yun: Belum gik. Kamek baru masuk hari tok. Kenak kak?
Kak Dayang: Owh.. Untung kitak kerja sitok. Nya handsome. Akak panggil nya Kak Ngah.
Yun: Kak Ngah? Nya bukan laki-laki ka kak? Kenak akak panggil nya Kak Ngah.
Kak Dayang: Nama timangan.

Lepas tu, Kak Dayang terus balik lepas dia settlekan urusan kuih-kuih dia kat situ. Yun makin tak sabar nak jumpa dia coz Anis bagitahu bos Yun lelaki. Then, masa Yun datang semula kiosk lepas solat Zohor, tetiba datang lelaki yang agak-agak ermmmm..jugaklah tegur Yun.

Mamat ehem-ehem: Hah, ang ni ka kawan Anis tu? Nama ang sapa?
Yun: Err.. yer. Nama saya Azie. (Dalam hati: Siapa pulak mamat sotong ni sibuk-sibuk nak tahu sal aku?)
Mamat ehem-ehem: Ha, baguslah. Ni tuk ang. *sambil hulur pastri kat Yun*

Lepas tu, dia pi join venture dengan kawan-kawan dia. Datang Adam. Dia ni partner Yun untuk hari pertama Yun kerja. Yun tanya dia, siapa tadi tu. Adam jawab.

"Tu lah Pie a.k.a Kak Ngah yang Kak Dayang cakap tadi."

Oh My Allah, Yun tahu yang bos Yun lembut coz Anis pernah bagitahu tapi serius Yun tak tahu selembut itu. Serious seriau hokey!


p/s: Tak tahu kenapa Yun takut ngan golongan ni walaupun takde niat apa-apa.

Sunday, May 1, 2011

Hari Hari terakhir di Sarawak part 1

AssalamualaikumMySpace

Heee,,,semalam Yun ngan kawan2 menghabiskan baki2 hari yang tinggal around Kuching.
Actually, masing2 time tue ngah kebulur sebab dari pagi tak makan. Jadi, sebabkan malas nak berjalan kaki gi DI kitorang pun sewa la kereta member and gi meronggeng kat Kuching.

Misi pertama gi makan kat Satok dulu. Lepas tue, kononnyer nak jejalan kat pasar malam tapi sebab time tue dah pukul 10.30, kitorang cancelled niat kitorang sebab assume yang pasar tue dah tutup. Jadi.....kitorang pun gi la meronggeng kat Waterfront. Hahahaha.

 Berlatar belakangkan bangunan Astana..



Actually time nie more to zoom kat Astana p kitorang gatal gak nak interframed..hahahahhaMySpace

De sasape nak amek kitorang jadi model tak? Hehehe..




Dewan Undangan Negeri Sarawak di waktu malam.. Yun suka tengok biasan dalam air tue. Chantek..^^!

Masa kitorang jejalan along Waterfront tue, kitorang nampak something yang bling2 kat langit. Sebab nampak cantik kan, kitorang pun gi la tengok and hasilnya....



Nampak cantik jewk bila dalam gelap..MySpace



Yun 'terbeli' menatang2 cute nie..Hahahahahaha..
Statement tak buley blah..terbeli. X_X


p/s: Pasni de part 2 lak. Time Yun gi beli barang2 nak bawak balik Semenanjung. Yeayyyy!!MySpace



Sunday, April 24, 2011

Selamat Pengantin Baru dan Nak 1 ke 2?

Assalamualaikum.
Dan jugak goooood morning...
2 ari tak update belog kesayangan Yun? Why? Exhausted sangat past two days.
Tapi Yun nak cite sikit kisah yang berlaku dua hari nie.

Kisah pertama berlaku hari Jumaat lepas masa dinner Malam Temasya Anugerah yang bertemankan Prince of Persia.Dinner pada malam tue memang superb sebab buat pertama kali kitorng held dinner kat hotel. Sebelum2 nie, mereka buat dinner dekat Dewan Unimas saja tapi tahun nie dinner dibuat di Hotel Penview. Nama pun dinner kan, mesti lah ada sikit aktiviti2 macam lucky draw, karaoke and of course makan2..^^!. Tapi Yun nak fokus more to sesi karaoke. Why? because it was fun and hilarious. Presiden dan bendahari kehormat kami, Abg Robert dan Doublin (I'm suppose to call both 'abg' but don't know why Yun call Doublin instead of Abg Doublin), nak menyanyikan lagu special for all of us. Siap buat gimik ni membelakangkan audience. Time tue, masing2 fikir, okay, dorang nak nyanyi lagu rock sekali.......SELAMAT PENGANTIN BARU,,,jengjengjengjeng,,,

Duh, masing2 dah terbahak2 tahan ketawa tengok dorang berdua. Gaya dah cantik macam nak nyanyi lagu rock, sekali nyanyi lagu kahwin. Alahai, sabor je la melayan dorang nie sume.

Kisah kedua pulak berlaku semalam kat rumah mak angkat Yun di Kampung Ulu Semera, Asajaya. Actually banyak scene2 lucu campur lawak Yun kat sana. Totally awesome dan meninggalkan kesan yang mendalam pada kawan2 Yun yang secara otomatiknyer menjadi anak mak Yun gak. Mak takde anak perempuan (anak perempuan dah pindah ikot suami kat Semenanjung), so bile abg angkat Yun dan Yun sendiri pergi umah mak bawak another girls, mak memang happy. Sampai jewk rumah mak, kitorang teros masak. Kitorang bakar ikan, masak lemak udang cili api. Pergh, memang masyuk. Mie dengan Yus orang paling happy sekali sebab nie la pengalaman pertama dorang datang umah mak angkat Yun. Lepas makan tengahari( kitorang makan tengahari dalam kol 4lebih), rehat2 and then kol5 petang camtu, kitorang gerak gi jetty. Ingatkan dapatlah tengok orang naikkan ikan tapi sebab kitorang datang lewat, so ikan2 sume dah dibawa ke pasar.


Dah puas tengok orang mancing, kitorang gi pasar sebab mak cakap mak nak beli lauk untuk makan malam. Mak beli ikan terubuk dengan ikan.... Yun lupe nama ikan tue.Hehehehe.. Okay, cite sal ikan terubuk. Mak tanya Yun, nak beli berapa? Yun dengan penuh confidennyer gi cakap 1 je la mak. Then, mak tanya lagi sebab mungkin mak ingat nanti tak cukup lau beli sekor jewk. Yun pun cakap la kat umah, de lagi 2 ekor ikan bakar nanti tak abis pulak tapi lau mak nak beli 2 ekor, t masak sekor jewk. Yang lagi sekor, simpan dalam peti ais. Pendek cite, time dinner ikan terubuk yang kononnya nak simpan dalam peti ais tue dah selamat 'disimpan' di dalam perut Yun. Hahahaha.. Natijahnyer? Yun kena perli dengan mak, abg n dak2 sengal Mie ngan Yus. Dush!(-.-")

Time balik la Yun paling tak suke. Mak menangis. Haish, Yun pun pe lagi meleleh la jugak. Okay, Yun ngaku dah lama Yun tak balik umah mak..Waaaaa...jahat kan Yun? Abg pun selalu perli Yun sebab tak balik jenguk mak. Bukan taknak jenguk, Yun tak tahu jalan gi umah mak..kikiki..;p Tapi papepun, Yun sayang mak walaupun just mak angkat dan yang penting skunk Yun dah tahu jalan gi umah mak. Sebelum kami balik, mak bekalkan kitorang pisang dengan sagun. Best tau. Kami sayang mak kami.


p/s: psni bile balik umah mak, abg tak dapat ikot sebab sem nie die last kat Sarawak tapi die tak sampai ati nak bagitahu kat mak yang kunjungan die semalam adalah kunjungan terakhir. Takot mak nangis.:(


Saturday, April 2, 2011

Perasmian Malam 1 Malaysia@Unimas

Assalamualaikum...
Holla..

Dush3,,semalam lepak giler.
Balik dari majlis perasmian 1 Malaysia@Unimas dah pukul 1130malam.
Lepas cleanup semua terus bam atas katil. Tak sempat nak BW pun..

Arinie, de majlis Malam Aspirasi pulak.
Lagi ler lepak sebab Yun salah seorang AJK untuk majlis malam nanti.
Mata pun dah nak tertutup nie tapi jap lagi de rehearsal.

Takpela Yun, just for today jerk.
Tomorrow dah takde pape, ley concentrate kat study and presentation.


Sebelum kuar, kenalah bergambar dulu ye tak?.. Oh yer, sila abaikan baju2 yang tersangkut kat birai katil tue..;p


Chantek kan topi I? Sedondon you dengan baju.hahahha... Padahal memang sengaja carik topi yang sama kaler dengan baju.





Cheater marah sebab mereka tak bagi dia kuar makan..;p


Cute tak? So, sape nak berkenalan, sila sms no anda ke no Yun 012********..lallalala...

p/s: Sayang sebab menteri tak bawak anak die...;p

Friday, March 25, 2011

Onet, Kami sayang kamooo..

Entri ini khas untuk sahabatku yang menyambut hari lahirnya harini, Miss Auni aka Onet.MySpace


Dear Onet,
Pertama kali mengenali kamoo,ku tahu kau seorang yang unik. Kau tidak seperti teman-teman yang lain. Kau punyai personaliti yang tersendiri. Sesiapa yang belum mengenali dirimu, pasti di hati mereka kau seorang yang sombong tetapi tidak bagiku, Farhana, Shima, Yus, Mamie dan Siti.

Selisih faham antara teman-teman dah menjadi asam garam dalam hubungan persahabatan kita. Sedangkan lidah pun boleh tergigit, apatah lagi kita yang telah bersama dari tahun pertama di UNIMAS ini. Kami semua sayangkan dirimu. Andai sepanjang persahabatan kita, ada kata-kata yang telah mengguris hatimu, maafkan kekhilafan teman-temanmu ini..

Onet,
Kami minta maaf andai surprise birthday malam tadi tidak seperti yang kau bayangkan. Hanya itu yang mampu kami sediakan untukmu, kawan. Doa kami agar kau diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan dalam hidupmu. Ketahui la kamu yang kami semua sayangkan Auni Najihah Binti Mat Aris.MySpace
Aku sayang kalian kerana kalian adalah refleksi diriku.



p/s : Friendship never ends with u~~MySpace

Wednesday, March 16, 2011

Contest lagi???---->Our memory photo contest

Akhirnya, aku join contest lagi setelah 'diracun' oleh dak kecik. This time, contest yang aku join milik cik ain. Okay, jangan bagi lelama, meh nak bagitahu syarat2 untuk join this contest.


  • Follower? Already done that. :)
  • Banner? Here it is. Wanna know detail? Just klik Our memory contest here. Okay, done.



  • My memory photo? Here you are. Done

Description about this photo: Was taken on 1st August 2008 just before STPM's final exam. Masa nie,  kami bebudak 6 Syariah 5 were celebrating our ustaz's birthday. So sweet right? Memula, nak wat surprise but don't know why, ustaz buley tahu pulak yang 'anak2' die wat surprise for him. Mungkin naluri kebapaan yang ada pada beliau yang buatkan die tahu apa yang kitorang nak buat kowt. Masa nie lah kami 'anak2 gadis' ustaz tunjuk skill memasak. Kami bawak kari ayam, rendang, puding jagung and macam2 lagi la. We preparing 'pulut kuning' instead of birthday cake. Kami jemput sume cikgu yang mengajar kami masa tue. Oh, yer, aku berada 4 dari kanan dan mesti pelik why cume dua boy dalam kelas nie? Sebab memang dalam kelas kitorang, lelaki cume 2 orang je and perempuan 19 orang. For sure, I miss the moment sebab all of us dah ikut haluan masing2 sekarang. Some of them kat UPSI, UKM, UiTM, UMS, UUM, UM and for my self UNIMAS.Ada gak di antara kami sekarang bergelar guru. Well, at least kami berjaya menjadi seorang manusia hasil daripada tunjuk ajar ustaz dan juga guru2 lain.:)

  •  And now, I'm going to tag my blogger's friends to join this contest as well.




     

Tuesday, March 15, 2011

IPAP midterm was over..now final exam in progress

Location : Atas katil dalam bilik no...tetttt...top secret.
Time : Baru balik dari IPAP midterm, tak sampai setengah jam dalam bilik.
Status : Compeleting my IE assignment before 1pm or else cik Diela marah..kikiki

Pusing kiri kosong, pusing kanan dinding, lol..Tamatlah sudah midterm tuk hari nie. So, sambil2 touch-up2 esemen IE nie sambil2 update blog. Ha, dah bace paper blom? Oh, ye ni bukan kisah letupan loji nuklear kat Jepun nuh. Bukan gak cite pasal Malaysia cube cari student kite kat Jepun. Aik, dah meletup loji tue baru nak cari ker? Kenapa tak cari masa tsunami berlaku?

Gambar adalah hasil copy dengan kerjasama pakcik Google.

Entry aku arinie berkisar kepada jaguh badminton negara yang juga pemain perseorangan badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Thanks to pakcik Google sebab bagi picture nie

Beliau menang straight set, 21-17,21-17 dengan pemain dari China Lin Dan. Akhirnya, Chong Wei berjaya membuktikan beliau bukan 'pemain no dua' di belakang Lin Dan macam yang orang2 duk mengata. Ala, Chong Wei, dorang tue jeles sebab dorang tak sehebat ko pun.


p/s : Nape aku rasa tajuk entry aku nie langsung takde kena mengena ngan apa yang aku post? lol. Wutever. Adios amigos, aku nak siapkan IE before aku kena fire dengan cik Diela. Ala, part aku dah nak siap, tinggal part die jewk yang lom siap.


Saturday, March 12, 2011

Lelaki ker Perempuan ker???

Location : Dirahsiakan
Date : 11 Mac 2011
Time : Around 6pm

Salam bloggers,,,gudmonink..^^. My new story in my new life.
Semalam, adik angkat aku call. Dia kata nak jumpa aku. Aku yang memang nak kuar time, ajak lah dia sekali ikot. So, die pun amek aku kat kolej and then kuar la kan?

Dipendekkan citenyer, lepas sume dah carik barang keperluan sendiri, kitorang pun g ler menyinggah kat satu kedai area Samarahan memandangkan aku sehari suntuk tak jamah nasi. Tengah2 tunggu pesanan, timbullah dialog nie :

Adik angkat aku: Kak Yun, cantik lah die tue.
Aku: Yang mana? (sambil mata aku cari mana orang yang dia maksudkan.)
Adik angkat aku: Ala, yang pakai topi kat tengah tue. Tapi, die tue perempuan ker lelaki kak? Tak timbul pun t***k die?
Aku: Erk? Entah. Perempuan kot.
Adik angkat aku: Iee..tak selera Alif tengok. Muka cantik tapi jantan. Alif rasa die lelaki la kak.
Aku: O.o....( Hanya mampu menjungkit bahu)


Seriously beb, aku dengan adik angkat aku asek tengok jewk 'perempuan' tue. Masing2 dengan pendapat masing2. Last2, kuar sore jantan you!..Hahahahahaha... Bukan nak mengkritik or what. But, die memang cantik. Sangat2 cantik sampai adik angkat aku buleh puji die but once dah dengar sore die, adik angkat aku dengan selambanyer cakap, ' Muka cantik, menggoda iman tapi dengar suara? Ish, tambah dosa aku ari Jumaat nie.'



Description gambar : Yang lari tue Alif. Yang lagi sorang 'perempuan' yang keje kat kedai makan tue. Sorry....



Sunday, February 27, 2011

Shaye bagi duit syiling buley kak?

Nak dijadikan cite, aku kuar gi makan kat Kedai Makan Idola, Samarahan ngan dak kaiyisyah and bebylicious. Semua gara2 dak beylicious ni boring duk kat bilik kowt 2 yang di ajaknyer kitorang kuar. Okay la an, buley gi makan sekali sebab cafe tak bukak time malam.

Aku order horlick panas ngan mee goreng special (takde r special sgt pn), kaiyisyah lak order teh tarik ngn mee goreng special gak. Dak bebylicious order jagung susu ngn nasi goreng kampung. Sambil makan tue, kitorang disajikan dengan cite KHURAFAT. Walaupun dh pernah tengok kat panggung wayang, dak kaiyisyah nie buley terperanjat pulak. Mujur die tak menjerit, lau x...tak tahu lah mana aku nak sembunyikan ketawa aku nie.hehehhe

After dah kenyang (jangan makan kenyang sangat, tak elok), nak gi bayar lah kan. Memula nak bayar not 50 p then tengok cashier tue cam xde $ kecik jewk so aku pn dengan selambanyer berkata kepada cik bebylicious:

Aku: Wey, bak $10 ko. $ aku besau sangat nie. T aku bayar pas gi 7E karang

Then, instead of bayar guna $ besar aku bayarlah guna $ kecik then sekali dak cashier tue ley cakap camnie kat aku:

Cashier: Alamak kak. Takde duit kecik lah. Shaye bagi duit syiling buley kak?
Aku: Erk? Err..buley lah. (-.-")

Korang bayangkan if aku bayar dengan not 50 td? Mau aku balik kolej dengan satu plastik penuh dengan duit syiling je karang. Hahahahha

Friday, February 18, 2011

*Antara KAWAN, SKANDAL atau KEKASIH---->maklum balas cik Kimi*

Ba caKk!! Arinie aku aka cik Kimi yg cute lg vogue nie nk cite cket sal entri dak nea yg sme tajuk ngn aku nyer entri. Aku nk bg pndgn jugak lak an. Ko egt ko sorg jewk ke yg buley bg pdgn cik nea. Eden pn buley gak.>.<

Okay, setiap org de pndgn tersendiri kan? Not pemandangan ye anak2..
Okay lah, based on my opinion yer (cer cite, cer cite *suare ramai)
Kawan menjadi skandal dan seterusnya menjadi kekasih? Apa masalahnyer? Xde masalah sbnrnyer selagi kawan anda itu berlainan GENDER. If same gender, obviously akn mnimbulkn spekulasi kan3?

Opps, back the the main topic of ours here; actually xde mslh bg aku. Alang2 dak nea nie dh bukak cite sal bnde nie, aku nk story telling cket sal friend of mine. Nama die Wani (bkn nme sbnr) n die de kwn nme Boy (pn bkn nme sbnr). Dorg nie dh kwn lme since hingus msh meleleh lg. So, mmg rpt giler r dak dua org nie. Mne dak Boy nie g, msti dak Wani nie ader (except going to toilet la ye). Dorang kwn smpai lah msg2 dh besor n luper aku nk ckp dak Boy nie dh de awekz. Awekz die sgt cun. Siyes, aku xtpu sb aku pnh jmpe p kerek cket r.

Dipendekkn cite, dak Boy nie sbnrnyer kurg selesa ngn kekerekan awekz die tue sbnrnyer so, die sllu hang out ngn Wani drpd ngn awekz sdrik even gi tgok wyg kt Tebrau tue pn ajk Wani (aku xnk lak die ajk >.<). Disebabkan dorg nie rpt, so diorg dicop scandalism oleh kengkwn yg len smpai awekz dak Boy nie jeles thap cipan n mnx ptus kt Boy. Last2 dari scandal tros jd kapel tros dak dorg nie.ahakz..;p

So, sape kata kwn xleh jd kekasih? Buley jewk n lg sng sb dh tau prgai msg2. But, nie juz pndgn aku hasil dri pmerhatian aku kt kwn2 aku tue. Skunk nie, dak Wani ngn Boy tue dh tunang mase new year aritu. Rasa ralat sb aku dh xde, if x aku ley interframed kt mjlis dorg tue.hehehehe

p/s :: kpd kwn aku tue, sowie sb cik Kimi gne citer korunk..hehehhe...Aku cyg korunk sgt2..mmmmuuuah!!!

Saturday, February 12, 2011

*Xtvt MENGAIS di Dalam CAIS..;p*

keadaan dalam CAIS. Pelik,nape xramai orang ek?
Arinie ari To-yoil (Sabtu) dan aku tak tahu nak watpe. Pagi2 aku celik bijik mata, rumate aku si Kaiyisyah tue dah hilang. Aku buley carik die sampai kat tempat basuh baju (kowt2 la die ngah membasuh ke kan) tapi lepas tue baru aku teringat. Arinie, die ngan geng2 Social Work die ader program kat Rumah Kanak2 kat Seri Aman. Patut ler aku carik tak jumpa ;p. So, after doing my morning tasks aku bersiap nak ke Cais sebab de discussion utk subjek Social Inquiry.


Group members aku. Selepas berdiskusi dan bergelak ketawa (walaupun dalam library), akhirnya kami bercadang nak wat teori feminism utk presentation kitorang nanti. Tapi kan, aku rasa lebih banyak cerita bende lain daripada bincang apa bende feminism tue. Ha, yang korang nampak ade iklan nuffnang tue kan Miss Blueky aku ar tue,hehhee.;p. Masa tue, aku ngah godek2 blog Kucing Utara. Sangat best sebab all about CATS..\(^_^)/ .Aku suke kucing sgt2 p kucing kesayangan aku mati sebab kena langgar.huhuu. Thanks yer en.Kucing Utara.^^

If korang nak tengok story sal kucing2, jenguk2 lah kat link die k? http://kucingutara.blogspot.com

orang carik maklumat, aku duk godek2 blog..^^
Aku bukan tak carik maklumat p mase nie, aku tunggu kawan aku sorang tue 'copy' kan extra info sebelum 'terbang' masuk dalam Miss Blueky aku nie. Blog yang terpampang tue blog aku nyer.hehehe. Lepas dah setel sume, baru ler aku gerak balik dalam kol 1 sebab member aku nie dengan confidentnyer bagitahu ada bas kol1 tapi last2? Sejam kitorang tunggu kat bus stand sebab bas cuma ader kol2. Sampai bilik jewk, lepas makan and solat aku terus BAM! Tedah kamek oh...huhuhu..

Another STALKER????O.o

Aku baru jewk story sal aku stalking guy yang muka dia iras Kamal Adli when my best friend sent me a message (about 3am in the morning), told me that a guy who used to stalks her is COMING BACK! Adwae!! >.<... Kawan aku nie tak suke orang stalks die sebenarnya (so unlike me ;p). So, bile de orang stalks die akan menggelabah macam orang tue series killer. And then, thank to that stalker aku kena dengar kawan aku marah2 dekat lelaki tue at least for two hours. TWO HOURS okay, not two minutes but TWO HOURS!.


Guy yang stalks kawan aku nie aku rasa die tergolong dalam kategori weirdo. Why? because he is weirdo. Die sanggup tunggu kawan aku balik kerja kat bus stand and will wait there until he can't see that bus anymore. Mungkin bagi korang akan anggap he likes my friend, right? No la, we don't think so sebab dulu die memang stalks kawan aku nie but then PUFF! missing in action and then PUFF again. Dah macam David Copperfield lak an die. Agak2 korang, what he really want from my friend? Aku dah tak larat nak dengar die maki hamun mamat tue. Nasib die call aku, bukan aku call die. So, lau tiba2 call end sebab out of credit pun bukan kredit aku.;p

Friday, February 11, 2011

110211-My Changing School = My Changing Friends

Terdetik hati nak story sal my changing school equal my changing friends sempena Friendship Day (actually aku xtahu pun tarikh sebenar friendship day nie). Starting from my primary school; dulu, aku sekolah rendah at Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Aku cuma ada sorang kawan, nama dia Najibah. Daknya lembut dan yang paling bangga kawan dengan dia nie, dia ngan abang dia wakil qari dan qariah Kelantan. ^^. Banyak kenangan masa dengan dia nie sebenarnya. Gara2 lewat nak ke kelas fardhu ain (kira macam sekolah agama dekat Johor), kitorang jatuh basikal masa turun bukit dan 'hadiahnya' kitorang kena denda.huhuhu. Tapi, after aku pindah sekolah ke Johor on 2001, kitorang terus lost contact. Aku cuba hubungi dia via number yang pernah dia bagi pada aku tapi tak dapat. Sampai sekarang, aku masih berharap dapat jumpa dia lagi. Entah2, dia dah kahwin.ngeh3..;p

lencana Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa (1996-2000). Tak sangka dapt jumpa lencana nie balik.;)
2001, aku berpindah ikut family balik Johor. Ayah yang keje sebagai pegawai tentera dah pun tamat perkhidmatan. So, he decided to move on to Johor bab dekat ngan family dua belah pihak. Kitorang yang anak2 nie, ikut je la. takkan nak duduk Kelantan sensorang kowt. Okay, aku pindah sekolah baru, Sek. Keb. Kulai or most known as SK Kampung Melayu, Kulai. Masa nie, aku belum ada kawan rapat sebab lidah aku still slanga bahasa Kelantan. Nak pulak dorang faham pe yang aku cakap.hehehe. Aku mula ada kawan bila aku naik sekolah menengah.

Lencana Sek.Keb. Kulai (2001)



Lencana Sek. Men. Keb. Kulai Besar (2002-2006)

Sek.Men.Keb. Kulai Besar (SMKKB) or orang panggil 'Sek. Men. Keb. Kandang Babi' (tak tahu per motif kena panggil camtu). Maybe sebab kat area Kulai Besar tue de kedai jual daging haiwan tue. Aku belajar at skool nie starting form 1 sampai lah tamat form 5. Masa skool nie, aku banyak involved dalam aktiviti sekolah (selalu gak la ponteng kelas, especially kelas Add Math;p). Nasib keputusan SPM  tak mengecewakan. Okay, masa taun nie (2002-2006), aku adalah kawan 4 orang yang quite close la. 3 daripadanya sekelas ngan aku. So, memang rapat la kitorang sampai terciptanya tagline 'FRIENDS 4EVER' among us. Tapi tagline tue hanya tinggal tagline sebab there are no such thing of FRIENDS 4EVER sebenarnya. Masing2 bila lepas SPM, dah bawa hal sendiri. Sorang dapat universiti, yang lagi  2 orang politeknik. Cuma aku dan sorang lagi kawan aku meneruskan perjuangan dalam tingkatan enam. Tue pun tak sama sekolah. Dia pergi kelas aliran sains tulen dan aku pulak aliran sastera. Nak kumpul cam zaman sekolah dulu, jangan harap ler. Aku pun teruskan lah ke tingkatan enam. Kat mana? Kat sekolah nie.

Lencana STARP (2007-2008)
Time belaja at STARP nie, aku tak ada close friend dan masa nie memang boleh nampak sikap assabiyah termasuklah dalam diri aku sendiri. Cuma after STPM, barulah aku rapat dengan 2-3 orang yang kekal sampai sekarang. Bayangkan, setaun kat sekolah tue; after exam bwu de close friend. Okay la tue daripada takdela langsung kan? hehehe..Syukur Alhamdulillah.

UNIMAS (sesi 2009/2010)

Jeng3... akhirnya aku berada di sini, UNIMAS. Time nie, aku ley consider aku punya kawan yang ramai but not of them my close friends. Ada certain2 jewk just like my photo above. Agak2 korang lah antara ramai2 kat atas tue (tak termasuk aku dan tukang snap gambar), sapa yang paling rapat dengan aku? Hehehe..I'm not going to tell you but you have to tell me. ^^

Thursday, February 10, 2011

100211-Shaye Tak Sombong!!!

Seriously, aku tak faham kenapa people label me as arrogant person. Aniyo!, I'm not that kind of person.>.<... Aku nka tegur korang semua tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Karang silap tegur, lain pulak jadinya. If korang nak tahu, aku ni pendiam orangnya kecuali dengan orang yang aku dah kenal lah. Lau orang yang aku dah kenal, jangan haraplah aku nak diam melainkan aku takde mood nak cakap pape.hehehe

Tegur2 lah aku nie if korang terserempak or selisih. Aku nie agak susah sikit nak senyum if orang tak senyum kat aku (sebab tue ker korang label aku sombong?). Ada sorang hamba Allah bagitahu aku yang aku nie kelakar walaupun aku tak pasti tang mana yang funny about me dan disebabkan label yang korang bagi pada aku, aku wat survey kat semua kawan2 aku. Aku tanya dorang and jawapan yang aku terima pelbagai. Ada yang cakap aku sebelum kenal, memang nampak sombong but once they got chance to know me, dorang classified aku sebagai a person who can change my mood based on the situation.

But, I have to admit aku tak ramai close friend except for dua tiga orang yang aku betol2 rapat lah.Mereka nie lah yang tahu camne personaliti aku baik dalaman dan luaran. If aku dalam kesulitan or anything, dorang nie lah yang aku cari selepas keluarga aku sendiri. Korang kalau belum kenal aku, baik belajar kenal aku sebelum boleh cakap aku nie sombong. Tagline aku 'SHAYE TAK SOMBONG.'

Sunday, February 6, 2011

050211-OMG,,,,I'm Crazy With Her O.o


Me and bebylicious.
Wallah! Hahahaha... We meet again. Remember what I told you guys before? Yeah,I will tell you how I'm going to upside down my world to the craziest world of mine. Where are we going? We are going to have a crazy party. Kitorang nak gi makan je la. Actually, the main point kat sini is I want to buy milk powder. Dah abis kot susu aku, tu pasal kua nak gi beli but...Jeng jeng jeng KEDAI TUTUP.>.<

Spagetti with prawn tempura

Triple chicken pizza


Chicken soup, toasted bread and revive

Waiting for my food

Posing while waiting for our food.^^ 

Kimiyun

Bebylicious
Oleh kerana kedai tutup *sangat sangat bengang sebenarnya*, kitorang pun gerak lah gi makan. Nasib KFC ramai orang, so kitorang move on ke PIZZA HUT. Lagipun dak bebylicious nie cakap, "kite kan kaya,so makan lah kat Pizza." Kitorang amek seat kat atas so memangla tak ramai orang. Trust me, you can hear just ours in that places. Totally crazy.hahahhaa. But, still makes me sad because they don't have ice cream left.>.<. I don't know how many times when I go there, mesti ice cream takde. Aghhhh,,,so tension. Because of tension yang teramat sangat, aku for the 1st time menghabiskan piza aku.hehhehe. You know why,kebiasaaannya aku tal dapat nak abiskan piza tu but maybe I'm a little bit of disappointed because tal dapat makan ice cream, aku berjaya menghabiskan piza yang sebelum ni cukup terkulat kulat aku nak menghabiskannya.hehehe


Finally..\(^o^)/
Finally... I got what I want. Ice cream. Yeay!! \(^o^)/. I'm waiting for such a long time just to eat that ice cream. Hohoho... As if I can't buy it right but I want to eat it with my friend and that accomplished. Together with bebylicious aka Yuss, I manages to eat ice cream..hehhee. So, my entry "OMO...I'm crazy With Her" bukan ditujukan pada Yuss yer p to my ICE CREAM.hehehe..So sorry BEBYLICIOUS^^