My Fellow Followers

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Tak perlu tunggu Mother's Day baru nak ingat kat mak



Situasi: Minggu kedua bulan Mei 2013.. *Perbualan di antara anak dan mak dalam telefon*

Anak: Mak, happy mother's day. Sayang mak ketat-ketat. Rindunya kat mak.
Mak: Terima kasih. Mak pun sayang kamu. Nanti cuti semester baliklah..

Minggu depannya...

Mak: Adik, dah lama tak telefon mak. Sihat ke? Tengah buat apa?
Anak: Busy lah mak. Ada discussion ni. Nanti ada masa adik call mak. Kbai. *terus off telefon*

Okay, cerita di atas takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Renung-renungkan dan selamat beramal. Hehe..


p/s: Bila dengar suara mak, rasa semua masalah terbang jauh...:)

Thursday, February 28, 2013

Wednesday, February 27, 2013

Lagi Kes Anak Hilang


Many thanks to page Ber"Couple" Itu Haram (FB).




Ha, nie sesiapa yang ada account Fesbuk mesti tahu punyalah. Lagi kes budak (erk, budak ke?) hilang. Kali ni seorang remaja berusia 17 tahun. Kita baru je abis cerita pasal mendiang adik William yang ditemui mati selepas seminggu berita kehilangannya dikeluarkan (pergi check paper untuk lebih tahu).

Sesiapa yang ada terserempak ke, selisih bahu ke, tertegur or ter'mengorat' ke diminta menghubungi keluarga remaja terbabit. Sama-sama kita doakan keluarga pakcik ni jumpa balik anak dara dia dalam keadaan yang baik dan hidup. Aamin.

p/s: Kurung Amer tak bagi dia main kat luar. Takooot.


Monday, December 10, 2012

Alahai Emak (~ ̄▽ ̄)~

Assalamualaikum....


Perbualan di antara Yun dengan mak sebaik sahaja abis class.

Situasi: Di lobi Fakulti Sains Sosial.

Yun: Mak, orang balik sekian-sekian haribulan. Sampai Senai pukul 7.30 pagi.

Mak: *Mak ketawa* Awalnya? Dah beli tiket ke?

Yun: Blom, tunggu kawan abis class. Ayah boleh amek orang tak nanti?

Mak: Kenapa pulak tak boleh?

Yun: Eh? Ayah tak keje ke?

Mak: Pe keje ayah kau keje pukul 3 pagi?

Yun: 3 pagi? Bukan ayah gi keje kol 7.30 pagi ke?

Mak: Kau balik pukul 3 pagi ke 7.30 pagi?

Yun: 7.30 pagi lah mak. Sejak bila Air Asia bagi fly pepagi buta.

Mak: Owh...ingat pukul 3 pagi. Balik naik teksi. Apa susah.


(~ ̄▽ ̄)~ Mak Yun yang super duper sporting dan kadang-kadang loyar tapi Yun tetap sayang mak (*^ -^*)


Sunday, December 9, 2012

Alhamdulillah (◡‿◡✿)

Assalamualaikum...




Syukur ke hadrat Illahi sebab pakcik Yun yang pernah Yun ceritakan dulu dah sedar dari koma dan dia dah mula sedikit demi sedikit ingat tentang keluarganya.

Tak tergambar macamana gembiranya kitorang bila dia dah mampu ingat tentang kami cuma dia masih lemah dan masih perlu jalani beberapa rawatan susulan di Singapore. Tak sabar rasanya nak jumpa dia bila Yun pulang ke kampung bulan depan.


p/s: Si dia demam~ Haish kasi risau saja itu orang =.="



Tuesday, November 27, 2012

Sabar Menanti~

Assalamualaikum....

Pernah kan tengok movie Sekali Lagi? Lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Adik Mia Sara. Dalam cite nie, Sam jadi lelaki yang menghidap Autisme kan?


Autisme

  • Individu yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran (Leo Kanner, 1943)
  • Kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, 2010)
Kenapa Yun tertiba bercakap soal autisme? 24 haribulan yang lalu merupakan tarikh keramat bagi keluarga Yun. Pakcik Yun sebelah mak disahkan mengidap ketumbuhan otak di peringkat dua. Sekarang dah masuk hari ketiga tapi pakcik masih belum sedarkan diri. Dia disyaki mengalami komplikasi samada di otak atau di peparunya. 

Orang cakap selepas pembedaha pembuangan tumor, seseorang itu takkan jadi macam dulu lagi. Betol ke? Yun takut sebab pakcik Yun pernah cakap andainya suatu hari dia tak kenal Yun lagi, jangan marah dia.


p/s : Masih menanti...


Sunday, November 18, 2012

Yakin dengan janji Allah SWT (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...

Tika kita dalam kesusahan, siapa yang membantu kita? Ibu bapa? Kawan-kawan? Mungkin ya tapi sebenarnya mereka hanya perantaraan daripada Allah SWT. Terpulang kerana bagi Yun setiap kali Yun dalam kesusahan, mereka inilah yang membantu Yun. Ya, memang lah kita meminta kepada Allah SWT dan tahu kah anda Allah SWT membantu kita dengan 'menghantar' insan-insan seperti ibu bapa, kawan-kawan untuk datang membantu kita. Jadi?? Yakinlah pada Allah SWT dan janji-Nya. (◕‿◕✿)

Ayat 1000 Dinar yang sepatutnya kita dah hafal dan tersemat kemas dalam hati (◕‿◕✿)


Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dicukupkannya (keperluannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendak-Nya. Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah.

p/s : bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan keluarga yang sentiasa disisi tika suka dan duka.

Thursday, November 8, 2012

Banjir sudah~

Assalamualaikum....


Antara pesanan ringkas yang Yun dapat dari kawan Yun dan mak...

"Weyh, dah banjir ar area rumah aku. Nak tidur mana malam nie?"
"Rumah dah masuk air. Tidur dalam khemah la malam nie." 

Musim hujan macam nie memang tak boleh duga apa yang bakal terjadi. Tetiba Yun teringat banjir besar yang berlaku kat Johor dulu sampaikan Mersing jadi daerah terpisah sebab jalan yang menghubungkan ke bandar terputus.

p/s: Hilang ayam serama gara-gara banjir.. T_T



Wednesday, September 28, 2011

Kata2 menjadi kenyataan~~

Assalamualaikum...


Lepas satu, satu dugaan yang menimpa Yun dalam masa 2 hari. Ya, 2 HARI! Tengahari tadi masa tengah lunch, tetiba nset Yun bergetar menandakan ada mesej masuk (Yun wat silent mode masa dalam kelas).

"Atok kritikal kat hospital jb."

Ya Allah, menggigil tangan Yun. Makanan dalam mulut terasa susah nak telan. Yun teros call mak. Sekali tak angkat. Yun telefon lagi dan bile dengar suara mak, Yun teros tanya mak pasal atok. Menurut mak, atok dimasukkan ke Hospital Kulai seawal 1 pagi sebab die mengalami kesukaran nak bernafas (atok mengidap penyakit asma yang kronik) then after that pihak hospital rujuk ke Hospital Besar kat JB coz he has to undergo an operation tuk tebuk saluran pernafasan. Mak cakap jangan risau in fact kawan2 Yun pun cakap perkara yang sama. Hope he will be fine tapi then around 5pm, once again along antar mesej.

"Atok dah meninggal."

Berjuraian manik2 mutiara yang Yun tahan. Rasa macam nak flight back to JB right away. Terngiang2 kata2 yang arwah pernah ucap kat Yun masa Yun mule2 nak berlepas ke Sarawak.

"Jangan nanti masa aku mati, kau tak dapat balik."

Terasa ralat sangat2 sebab tak dapat bersama arwah. Thanks to my friends sebab support Yun especially kat si dia yang tak jemu2 bagi sokongan dan dorongan kat Yun. To all of you, thank you so much and to atok, angah minta maaf tak dapat bersama atok cuma doa yang angah kirimkan dari perantauan. Al Fatihah untuk atok.




Tuesday, June 14, 2011

Salah Faham Yang Melucukan

Assalamualaikum pembuka bicara.
Annyeong chinguya..^^

Insiden ni berlaku masa Yun bersama BF and adik lelaki Yun pergi pasar tani Bandar Putra....
Makcik Penjual Otak-otak: Semangatnyer anak kamu. Comel pulak tue.
Yun: Err...Terima kasih tapi nie adik saya bukan anak saya..
Makcik Penjual Otak-otak: La..yeke? Makcik ingat anak kamu. Maaf yer. Ini otak-otak kamu.
Yun: =.=

Huwaaaaa...Yun nie nampak tua sangat ker?huhuhu... BF Yun ketawa macam dah tak jumpa esok. Lepas tue masa balik boley lagi die perli Yun.

"Boleh tak awak jangan marah2 kat anak?"


P/S: Lepas nie takley bawak adik lagi. I muda lagi tau..>.<


Monday, May 9, 2011

I'm Happy Just to see your SMILE,,,

Assalamualaikum

Update malam ini masih bertemakan Hari Ibu. Sepanjang hari nie, Yun bersama dengan mak. Memula pagi tadi, Yun teman mak gi Kulai lepas selesai urusan kat hospital. Kitorang singgah Hypermarket Kulai yang dulunyer tempat Yun lepak2 lepas balik sekolah.*sekolah Yun sebelah Hypermarket jewk*

Yun belikan mak tudung dan lepas tue, kitorang anak beranak cuba kerusi urut yang ader kat mall tue. Giler best sampai adik Yun perli. Dia kata Yun JAKUN! >.<
Lepas 3minit sesi urutan, bawu kitorang gerak balik umah. Dan tadi around 9pm, sekali lagi Yun bawa mak kua makan kat lua. Memang kitorang layan mak baik punya walaupun hari ibu dah lepas semalam but hey, there always mother's day for me.^^!

Apa yang mak nak makan, Yun pesan sampai mak kekenyangan. Yun suka tengok mak senyum. Cantik sangat, agaknya itulah yang membuatkan ayah terpikat ngan mak 28tahun lepas. Hehehehe... Yun happy bila mak happy, Yun tak suke tengok mak nangis tapi lau nangis sebab tengok cite sedih kat tv takkan nak gi marah director cite 2 pulak an. Pe la Yun nie.

p/s: tengok cite Attack on Pretty Boy kat Astro dan mak buley kenal Heechul Super Junior. Mantoppp..*thumbs up for u la mak*


Sunday, May 8, 2011

Everything for you mom..^^V

AssalamualaikumMySpace
 Lama kan tak update? Almaklumlah, tengah mood happy dapat duk kat umah. Setahun kowt Yun tak balik Johor. So, bile dah balik agak jakun la sikit.hehehhe

Oh ye, arinie Hari Ibu kan? Apa korang bagi kat mama korang?
Yun tak dapat bagi apa2 tapi seawal pagi Yun dah bangun dan buat semua kerja rumah.
Mula dari basuh kain, kemas umah, basuh simen... Semua Yun buat. Masak? Yun buat nasi goreng kampung untuk sarapan pagi.

Frankly saying, sangat2 penat. Yun rasa cam nak pengsan buat semua tue. Sekarang, bawulah Yun rasa apa yang mak rasa tiap hari buat kerja yang sama. Nie pun belakang rasa sakit sangat. Lepas Zohor, Yun teros gi interview untuk kerja. Fuh, mintak2 la dapat kerja kat situ. Amin..

Dah alanng2 update nie kan, Yun nak show korang gambar yang Yun amek masa dalam flight tapi tak banyak la coz Yun amek sorok2 takut flight attendant marah.Hee...



Masa nie belum berlepas lagi so, Yun ley lagi amek pic nie.





p/s: Lepas nie dari Johor ke Kuching pulak..huhhu





Monday, May 2, 2011

Aku Rindu Kat....

Assalamualaikum..
Firstly, thanx sebab doakan keselamatan adik Yun.
Alhamdulillah, dia dah okay sekarang cuma tue lah dah tak hansome cam sebelom nie.
Handsome ker? Handsome sebab akak die cute2 belaka.^^!

Mak called Yun semalam and bagitahu keadaan die and Yun agak terkejut bila mak bagitahu along pun ikot menangis. Whoa,,along la paling susah nak nangis untuk adik dia and semalam die nangis. Aish, rugi lak tak dengar die nangis. Hehehhe.. Mak cakap lagi, adik Yun gelak tak ingat dunia bila dia tahu kakak2 die menangis untuk die. Dush! Aku balik nanti jagalah ko. Tak ley blah ayat die masa call Yun malam tadi.

"Aku dengar cite kau nangis."
*Yun dengan adik2 memang guna bahasa panggilan pertama cuma bila dengan along, kitorang guna bahasa panggilan 'orang'. P depends gak la situasi macamana.^^*

Lepas tue, tadi die mesej Yun yang buatkan Yun takley nak berkata pape.
Amy: Angah balik bile?
Yun: Sabtu nie.
Amy: Amy bowink tau ark.
Yun: Eh, kan acik de. Berbual lah ngan die.
Amy: Ngan die? Bowink. Amy nak pinjam laptop.
Yun: Ko tanya bila akak balik sebab nak pinjam laptop? Bukan sebab ko rindu akak?
Amy: Huhuhu <----sengal tak sengal die? Sabar jewkla.(-.-")


p/s: Berdarah hidung tengok Kikwang dalam Oh! My school.X_X..hehehe. Nak boipren cam die~~

Sunday, May 1, 2011

Kejutan di sebalik kegembiraan Yun~~

Assalamualaikum korang~~

Yun sebenarnya....Aish, tak tahu nak mula dari mana~~
Yun tak sangka kegembiraan Yun rupa2nya membawa kedukaan di sebelah sana.
Mak Yun hantar mesej yang adik lelaki kesayangan Yun selepas Amer ACCIDENT!

YA ALLAH, time tue rasa nak luruh jantung, Yun teros call mak tapi mak cakap mak tak dapat tengok die lagi coz die dalam wad kecemasan. Ayah ajew yang masuk tengok. Nak ajew Yun terbang balik Semenanjung sekarang tapi kawan Yun nasihatkan Yun supaya abiskan exam dulu. Thanks kawan.^^!

Masa Yun call adik2 yang laen, adik Yun yang sorang nie melalak2 nak balik. Yang sorang lagi, de final exam petang nie. Bila Yun call along, die mintak Yun jangan pikir sangat sebab Yun nak exam. Okay, Yun boley tapi....hati nie tetap risau keadaan adik lelaki Yun.

My dearest brother yang rapat dengan Yun~

Tak lama lepas tue, kakak Yun bagitahu yang adik Yun takde pape. Mata die kena jahit and kaki die kemungkinan patah. Cuma tunggu keputusan xray macamana. Sebelum nie, die pernah terlibat dalam kemalangan juga dan patah tangan kanan. Tak pasti kebetulan atau suratan, die accident pada bulan yang sama. Tahun lepas, 29hb Mei dan tahun nie pulak 1hb Mei.

p/s: Yun tak ley nak berhenti menangis lau ingat sal family~


Friday, April 29, 2011

Gift for my dearest mother

Assalamualaikum,,,,

Korang tahu tak bile hari Ibu?*garu kepala*MySpace
Hari ibu jatuh pada Ahad kedua iaitu pada 8hb Mei ini!
Kyaaaaahhhh!! Time tue Yun dah de kat umah
Boley celebrate ngan ibunda tercinta. ^^!


Tapi,,,,,, Yun de masalah kat cnie.
Apa hadiah Yun nak bagi kat mak ek?
Yun habis final 6hb lepas tue ingat nak gi bandar Kuching cari kek lapis ngan ikan terubuk masin tapi haloooo....
Takkan nak bagi mak ikan terubuk masin jadi hadiah kowt.

MySpace
 Oh yeah,,, Yun dah tahu nak beli per kat mak.
Tadi duk bincang2 dengan kawan lam phone and die pun bagi la cadangan baeeekk punya.
Hehehehe,,,,nak tahu per die?
Tettt,,,mana buley bagitahu, t korang bagitahu kat mak Yun.
Dah tak surprise. ^^! Dems!!! cam dorang nak bagitahu

p/s: nak tunggu 7hb bukan kemain lama~~

Tuesday, April 26, 2011

Adik nampak HaNTU??!!

Assalamualaikum..
I wanna tell you a tue story happened in my own family.
But...Is it possible for a 4 years old kid can see any unseen figure such as a GHOST??

Malam semalam, masa Yun call mak, mak kata adik Yun demam. Demam terkejut mak cakap. That time mak tak bagitahu sebab apa so Yun consider as a normal fever for an active kid like him sampailah this morning mak mesej and tell me everything. He saw it! He saw it under his brother's bed. Yun tanya mak, camne rupe makhluk tue and mak pun lupe nak tanya adik. Yun rasa rupe ghost tue mesti camni

--------------
----------
---------
-------
------
-----
----
---
--
-


Cute right? Hehehhe... But what if it look like this? Rambutnyer panjang mengurai, muka hodoh..Omaigah! if Yun kat situ pun buley pengsan. But Alhamdulillah, nothing had happened to my lil brother. After my dad cured him I can hear he screaming to my mom because tak dapat nak ambil mainan yang mak simpan kat tempat tinggi. Kehkehkehkehkeh..

p/s: used to handle histeria students. Seriously, it so scared. Don't ever ever look at their eyes or you'll be the next victim. Jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTERI..


Sunday, April 24, 2011

Selamat Pengantin Baru dan Nak 1 ke 2?

Assalamualaikum.
Dan jugak goooood morning...
2 ari tak update belog kesayangan Yun? Why? Exhausted sangat past two days.
Tapi Yun nak cite sikit kisah yang berlaku dua hari nie.

Kisah pertama berlaku hari Jumaat lepas masa dinner Malam Temasya Anugerah yang bertemankan Prince of Persia.Dinner pada malam tue memang superb sebab buat pertama kali kitorng held dinner kat hotel. Sebelum2 nie, mereka buat dinner dekat Dewan Unimas saja tapi tahun nie dinner dibuat di Hotel Penview. Nama pun dinner kan, mesti lah ada sikit aktiviti2 macam lucky draw, karaoke and of course makan2..^^!. Tapi Yun nak fokus more to sesi karaoke. Why? because it was fun and hilarious. Presiden dan bendahari kehormat kami, Abg Robert dan Doublin (I'm suppose to call both 'abg' but don't know why Yun call Doublin instead of Abg Doublin), nak menyanyikan lagu special for all of us. Siap buat gimik ni membelakangkan audience. Time tue, masing2 fikir, okay, dorang nak nyanyi lagu rock sekali.......SELAMAT PENGANTIN BARU,,,jengjengjengjeng,,,

Duh, masing2 dah terbahak2 tahan ketawa tengok dorang berdua. Gaya dah cantik macam nak nyanyi lagu rock, sekali nyanyi lagu kahwin. Alahai, sabor je la melayan dorang nie sume.

Kisah kedua pulak berlaku semalam kat rumah mak angkat Yun di Kampung Ulu Semera, Asajaya. Actually banyak scene2 lucu campur lawak Yun kat sana. Totally awesome dan meninggalkan kesan yang mendalam pada kawan2 Yun yang secara otomatiknyer menjadi anak mak Yun gak. Mak takde anak perempuan (anak perempuan dah pindah ikot suami kat Semenanjung), so bile abg angkat Yun dan Yun sendiri pergi umah mak bawak another girls, mak memang happy. Sampai jewk rumah mak, kitorang teros masak. Kitorang bakar ikan, masak lemak udang cili api. Pergh, memang masyuk. Mie dengan Yus orang paling happy sekali sebab nie la pengalaman pertama dorang datang umah mak angkat Yun. Lepas makan tengahari( kitorang makan tengahari dalam kol 4lebih), rehat2 and then kol5 petang camtu, kitorang gerak gi jetty. Ingatkan dapatlah tengok orang naikkan ikan tapi sebab kitorang datang lewat, so ikan2 sume dah dibawa ke pasar.


Dah puas tengok orang mancing, kitorang gi pasar sebab mak cakap mak nak beli lauk untuk makan malam. Mak beli ikan terubuk dengan ikan.... Yun lupe nama ikan tue.Hehehehe.. Okay, cite sal ikan terubuk. Mak tanya Yun, nak beli berapa? Yun dengan penuh confidennyer gi cakap 1 je la mak. Then, mak tanya lagi sebab mungkin mak ingat nanti tak cukup lau beli sekor jewk. Yun pun cakap la kat umah, de lagi 2 ekor ikan bakar nanti tak abis pulak tapi lau mak nak beli 2 ekor, t masak sekor jewk. Yang lagi sekor, simpan dalam peti ais. Pendek cite, time dinner ikan terubuk yang kononnya nak simpan dalam peti ais tue dah selamat 'disimpan' di dalam perut Yun. Hahahaha.. Natijahnyer? Yun kena perli dengan mak, abg n dak2 sengal Mie ngan Yus. Dush!(-.-")

Time balik la Yun paling tak suke. Mak menangis. Haish, Yun pun pe lagi meleleh la jugak. Okay, Yun ngaku dah lama Yun tak balik umah mak..Waaaaa...jahat kan Yun? Abg pun selalu perli Yun sebab tak balik jenguk mak. Bukan taknak jenguk, Yun tak tahu jalan gi umah mak..kikiki..;p Tapi papepun, Yun sayang mak walaupun just mak angkat dan yang penting skunk Yun dah tahu jalan gi umah mak. Sebelum kami balik, mak bekalkan kitorang pisang dengan sagun. Best tau. Kami sayang mak kami.


p/s: psni bile balik umah mak, abg tak dapat ikot sebab sem nie die last kat Sarawak tapi die tak sampai ati nak bagitahu kat mak yang kunjungan die semalam adalah kunjungan terakhir. Takot mak nangis.:(


Sunday, April 17, 2011

Peristiwa di sebalik kelahiran Amer

Assalamualaikum

Arinie 17 April, birthday adik kesayangan Yun yang ke 4 tahun. Rindunyer kat die. Sangat2.

17 April 2007
Yun ingat lagi tarikh nie.. Pagi tue, Yun bangun tido (dalam pukul 7pagi). Yun tengok mak bawak beg. Yun tanya nak buat apa. Then mak cakap, saja prepare. Masa tue, Yun rileks jewk sebab ikot jangkaan doktor, mak dijangka bersalin 21 April.

Lepas tue, pukul 10 pagi mak tak balik2 lagi. Eh, mana pulak mak nie sebab selalu checkup pukul 10 dah balik. Yun pun teros start enjin motor and merayap umah makcik Yun. Tengah2 duk main2 ngan sepupu (masa tue makcik Yun bawu bersalin anak ke 5 bulan Januari aritu), tibe2 Cik Izah dapat call.
Abis jewk call, cik Izah teros tanya Yun,

"Ngah, mak ko dah bersalin. Ko nak ikot tak gi tengok?"

Masa tue, macam nak nangis jewk. Teros pecut balik umah. Tak lama lepas tue, ayah balik. Yun teros terpa kat ayah tanya pasal mak. Ayah cakap, dapat adik lelaki. Melompat Yun masa tue. Hahaha..Maklumlah, umor dah 18 dapat adik kecik lagi. Ayah minta Yun tolong bersihkan uri adik. Kelakarnya time tue, lepas dah bersihkan uri semua tue. Ayah bersihkan uri dengan air asam jawa, then Yun buley tanya kat ayah: 

"Kena taruk kunyit sekali ker yah?"
Lepas tue, ayah buley lak balas:

" A'ah, lepas tue masak bagi ko makan."

Yun dah mula blur2,takkan la kena masak? Lepas tue, ayah senyum jewk. Dah tengok ayah senyum, tahu ler yang Yun dah kena tipu.>.<

Siap je urusan tanam uri tue, Yun teros ikot ayah gi hospital tengok mak. Nenek dengan Cik Izah pun ikot sekali. Adik2 Yun xikot sebab dorang gi sekolah time 2. Sampai wad bersalin, Yun tengok kiri kanan mak takde. Masa tue, Yun nampak de katil kosong dengan bayi kat situ p mak takde. Lepas tue, ayah masuk and teros gi kat katil kosong tue. Okay, that's my brother. Kecik sangat adik masa tue. Menangis Yun waktu tue.

Malam tue, ayah call along and mintak dia carikan nama untuk adik.Selepas beberapa nama direject, akhirnya kitorang sepakat bagi adik nama NOOR AMER AZFAR yang bermakna, "cahaya pemimpin yang berjaya". Esokya, ayah potong janggut ayah tapi misai die tak potong. Bila kitorang tanya, asal tak potong sekali? Jawapan ayah:

"Mana buley potong, misai nie aset ayah"


Lepas tiga tahun kelahiran Amer, ayah mula merungut kat kitorang.

"Korang nie la. Bagi nama kat adik yang berat2. Selagi tak dapat pe yang die nak, selagi tue lah die wat perangai. Kerjanya nak memerintah orang jewk. Kopak duit ayah lau ari2 camnie."

Mana taknya, nama pun Amer maksud pemerintah. Ye kejenya memerintah. Selagi die tak dapat pe yang die nak, selagi tue la die mintak. Sebab tue, lau Yun bawak die jalan2, kat umah lagi Yun dah pesan jangan mintak mainan. Mintak buku takpe.;p

Tapi, kadang2 tak sampai ati tengok die nangis. Last2, belikan jugak pe yang die mintak. Pagi belikan, malam dah jahanam.(-.-")

Tahun nie, sekali lagi tak dapat celebrate birthday adik. Haish, napelah Yun mohon U jauh2. Lau mohon kat Semenanjung, dah ley celebrate birthday die. P takpela, semalam dah video cam ngan die sebab kebetulan along balik umah.^^,.

p/s: adik Amer dah makin chubby sekarang nie..hohoho

Monday, April 11, 2011

Akhirnya,,,saya berjaya lupakan awak~~~

Assalamualaikum..

Update sekejap.
Pejam celik, pejam celik..
Rupanya dah 2 tahun 3 bulan Yun tanpa seorang boipren disisi.
Camne cara Yun melupakan si dia? Yang penting, bukan cam dak Virusz punya tips yang tah pape tue.
Sorry Virusz.


Untuk permulaan, sememangnya sangat perit nak lupa.
Yela..1st love kowt.
Cara Yun bertahan selama nie cukup simple.

  • Tahun pertama, semua barang-barang yang si dia bagi kat Yun, Yun jauhkan dari pandangan Yun. Teddy Bear yang dia bagi masa birthday Yun dulu Yun bagi pada adik Amer sebab Yun tahu semua barang yang ada pada adik mesti jahanam. Cincin couple kitorang Yun dah lupa mana pergi. Hilang lah tue namanyer. Takpun, korang pulangkan balik. Lau dia taknak, gi jual. Untung boleh jual,dapat duit.hehehe
  • Yun delete no phone die. Yun jenis yang bile dah delete sesuatu nombor tue n tibe2 nombor tue mncul, Yun xlayan. Tak kuasa aku.
  • Jangan sesekali simpan gambar bekas kekasih. Kalau ader, sila la buang. Taknak buang, pulangkan balik. Jangan pulak gi guna2 lak. Mati orang tue, jadi kes polis pulak.
  • Sibukkan diri. Benda nie lah yang Yun selalu buat. Yun akan sibukkan diri walaupun takde bende yang nak disibukkan. Tak kisahla janji dapat lupakan die.
  • Jangan duduk sensorang. Hak nie sangat2 perlu dielakkan. If duduk sensorang, lepas tue mulalah nak teringat kat die. Dush! Syuh3, p main jauh!
  • Yang paling penting, benda yang selalu mak ingatkan kat Yun, banyakkan berdoa pada Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang sesuai untuk kita.
See, simple kan? Bukan susah mana pun. Tapi, adat lah. Kadang2 Yun teringat gak but once Yun teringat, Yun akan call along or mak. Then, dengarlah bebelan yang maha power daripada mereka berdua. Lepas tue, hilang sendiri.




Sekarang, nie lah 'boyfriend' merangkap bodyguard Yun tiap kali Yun balik rumah.
Pada yang tahu mamat nie sape, dorang tahu tapi pada yang tak tahu and tanya die nie sape, Yun akan cakap, "Nie boipren baru aku"
Biarpun Yun tahu, die mesti mengamuk lau Yun cakap macam tue.;p
Pedulik hapa aku, janji aku nampak cam de boipren tiap kali kuar ngan die.

p/s: yang tak bestnyer kua dengan die nie, selalu Yun yang kuar duit.(-.-")


Tuesday, March 29, 2011

Ayah,,,Sorry..:(

Assalamualaikum..
Annyeong..

Macam biasa, aku mesti call mak lepas solat Maghrib.
Tapi entah kenapa, ayah pulak yang angkat phone mak tadi.
Lepas tanya khabar, sekali ayah cakap sesuatu yang buatkan aku sangat2 sedih.

Ayah, angah minta maaf kalau angah susahkan ayah.
Ayah dah banyak tolong angah.
Lau ayah takde, angah tak mungkin berada kat tempat sekarang.

Ayah, I'm so sorry.
Walaupun ayah cakap ayah tak kisah tadi tapi....
Angah tahu ayah sebenarnya susah hati...
Ayah susah hati sebab kitorang.

Walaupun ayah tak luahkan pada sesiapa...
Ayah... Ayah jangan risau..
Angah takkan lupa janji angah dulu.