My Fellow Followers

Sunday, November 18, 2012

Yakin dengan janji Allah SWT (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...

Tika kita dalam kesusahan, siapa yang membantu kita? Ibu bapa? Kawan-kawan? Mungkin ya tapi sebenarnya mereka hanya perantaraan daripada Allah SWT. Terpulang kerana bagi Yun setiap kali Yun dalam kesusahan, mereka inilah yang membantu Yun. Ya, memang lah kita meminta kepada Allah SWT dan tahu kah anda Allah SWT membantu kita dengan 'menghantar' insan-insan seperti ibu bapa, kawan-kawan untuk datang membantu kita. Jadi?? Yakinlah pada Allah SWT dan janji-Nya. (◕‿◕✿)

Ayat 1000 Dinar yang sepatutnya kita dah hafal dan tersemat kemas dalam hati (◕‿◕✿)


Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dicukupkannya (keperluannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendak-Nya. Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah.

p/s : bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan keluarga yang sentiasa disisi tika suka dan duka.

No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^