My Fellow Followers

Wednesday, November 14, 2012

Rezeki Kita dah ditentukan oleh Allah SWT (。◕‿◕。)

Assalamualaikum....(✿◠‿◠)



Pernah dengar tak hadis nie? Rasulullah SAW bersabda;
"9/10 daripada rezeki itu adalah datang dari perniagaan." (Riwayat Tirmizi)
Tadi Yun singgah fakulti untuk ambil surat dan lepas tu Kak Mimi ajak pergi karnival jualan anjuran students FSS yang ambil EBX. Wah, macam-macam jenis makanan ada. Ada nasi lemak seri pengantin (kebetulan owner kedai tu bakal pengantin), nasi ayam, nasi ambang, mee goreng, dan macam-macam lah lagi. Tak tertulis Yun kat sini.

Bagus juga sebenarnya subjek EBX ni sebab ia mendedahkan students kepada suasana perniagaan. Macamana mereka nak tarik pelanggan supaya datang tempat mereka dan membeli barang jualan mereka. Kadang-kadang sampai adegan tarik menarik sebab nak kawan datang kedai mereka. Tapi sayangnya Yun tak sempat nak ambil gambar dan abadikan situasi tu dengan korang semua. Takpelah, may be next time.

p/s: dulu jual nasi kerabu tapi tak makan sebab tak makan budu. (⋋▂⋌)



No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^