My Fellow Followers

Monday, December 31, 2012

GoodBye 2012,,,Welcome 2013

Assalamualaikum...




"Perkara yang paling sedih tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah."
-Ibn Mas'ud-
Semoga dengan kehadiran tahun baru tahun depan, memberi kita semua 1001 cerita baru yang boleh dikongsi bersama. Insya Allah... ^_^

p/s: single forever starting tomorrow~


Sunday, December 30, 2012

Friday, December 28, 2012

KAJI SELIDIK ATAU PROPAGANZA SEMATA?

Assalamualaikum...

Sebelum tu, tengok kiri kanan. Tepi, belakang takot-takot ada mata yang memerhati bak kata Kiah Propa. Pernah dapat borang kaji selidik kan korang? Ala, yang budak-budak master selalu bagi nak siapkan thesis dorang tu tapi Yun bukan dapat borang kaji selidik tapi panggilan kaji selidik.. Ha, macamana tu? Tak pernah dibuat orang p call student semata-mata untuk kaji selidik. Why me? Why????? Soalan yang ditanya pula soalan yang agak 'panas' gitu. 'Panas' ke? Bolehlah~ Nak tahu pe soalannye??? Jap, nak refresh memory. Almaklumlah, memory Yun ni kecil je. 10GB je jadi lambat sikit lah nak refresh balik. Ha, okay, Yun dah ingat. Dia bagi 5 soalan dan soalannya lebih kurang macam ni :-

Adakah cik dah bersedia untuk mengundi pada pilihanraya akan datang?
 sebenarnya Yun nak je cakap Yun tak bersedia tapi sampai bila? Sekarang dah 23, lagi dua tahun dah kena pilih mana yang patut kita pilih.

Adakah cik sudah memilih mana-mana parti yang bakal cik pilih untuk memenangi pilihanraya ini?
boleh plak dia tanya Yun soalan macam ni? Sorry to say ler ai nak bagitahu. 

Siapakah yang cik rasa sesuai untuk memimpin kerajaan?
yang ni dia bagi Yun 3 pilihan. 1) DS Najib, 2)Muhyiddin, 3)Hishamuddin. Asal semuanya dari parti yang sama? Awat dia takde bagi Anuar ke? Tok Nik ke? Ngeh Koo Ham ke? takpun Karpal Singh ke? Why them? Why?? Err..okay, next soalan...

Pemberian baucer buku 1 Malaysia patut diteruskan atau pun tidak?
Opkos ler..boleh Yun beli buku novel. Hehehe... Ehhhh, dah salah niat tu. Biasanya baucer yang Yun dapat, Yun beli buku adik Yun yang umur 5 tahun tu. Kenapa tak beli untuk Yun? Sebab kami students Social Science ni especially International Studies mana guna buku sangat dalam kelas. Kitorang banyak guna jurnal dan hasil penulisan think tanks. Lagipun harga buku tu ajer 2x ganda dari baucer yang diberi. Baik pergi CAIS, bertapa kat situ sampai beku.

Adakah dengan pengagihan kad siswa 1 Malaysia dapat membantu pelajar masa kini? 
yang ni Yun tak berapa nak setuju. Why? Sebab kebanyakan kedai yang menggunakan kad siswa ini hanya terdapat di bahagian pantai timur dan area KL. Kami yang belajar di UNIMAS dan UMS ni apa cerita? Setakat guna dekat KFC, itupun cuma dapat less berapa sen sangat. 20sen kalau Yun tak salah. lagi satu tempat kedai kasut BATA (-.-"). Cubalah diperluaskan lagi penggunaanya terutama untuk kami students yang belajar di Sabah dan Sarawak yang sah-sah menggunakan duit PTPTN dan PAMA (Papa Mama) untuk membeli tiket. Cubalah bagi murah sikit especially yang menggunakan perkhidmatan Air Asia milik Tony Fernandez tu. Yela, tak semua daripada kami ni berkemampuan nak beli tiket MAS Airlines walaupun ada diskaun untuk pelajar. Plus, nak tunggu Pakcik Tony buat promosi bukan kemain lambat tapi bila dah ada...aik, cepat pulak tempoh tamatnya.

Well... Inilah 5 soalan yang Yun  kena jawab bagi melengkapkan proses soal selidik aritu. Memula kan, dalam kepala Yun masa dapat call ni macam tak logik pula pihak U call untuk Yun jawab soalan yang tiada kaitan langsung dengan course yang Yun ambil apatah lagi dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak U. Bile Yun tanya kawan-kawan Yun in case if they also get the same call but semuanya negative. Ha, nampak tak permainan dia kat situ? Tapi tak tahulah if Yun terlepas pandang tapi yang musykilnya kenapa soalan macam tu? Ha, Yun ingat sapa nama orang yang call aritu. Mohd Farid B........... Entah, lupa plak. Katanya dari Pusat Penyelidikan UNIMAS dibawah Fakulti Sains Sosial.

Ehhh, cop-cop. Yun baru perasan soalan-soalan yang ditanya ni kebanyakan berunsur politik kat negara kita kan? Tapi Yun bukan budak politik. Yun budak International Studies. Yun budak diplomat @ PTD lah, pe kena mengena? Lainlah kalo dia tanya Yun sal pilihanraya Amerika Syarikat 2012 antara Barrack Obama dengan John McCain ke or tanya sal isu rakyat Palestin ke Rohingya ke or cuba tanya yang berkaitan denga tajuk Final Year Project Yun; Morocco Immigrants into Spain. Ha, confirm boleh jawab.

Pape pun, Yun pun dah jawab soalan yang ditanya. Yun tak tahu apa yang mereka nak buat dengan jawapan Yun. Okaylah, Yun pun dah kemain panjang lebar menulis nie. Lotih mato den. Esok pepagi nak kena jumpa lecturer lagi. Belum campur dengan sesi jumpa supervisor untuk FYP lagi. Dr Nizar, sila maafkan student FYP anda ini. Hasil kajian FYP saya belum buat...~

Terima Kasih kerana membaca. 


Tuesday, December 25, 2012

Bajet Artis Je Kau Ni Kan? (⋋▂⋌)

Assalamualaikum....

Nak tanya sikit la kan... ada ker orang yang alergik pada tanah, simen etc? I mean asal pijak semua nie, kaki sensitif? Well, Yun ada kenal dengan seorang hamba Allah nie. Dia camerawoman, cun *bolehlah, ciptaan Allah SWT* tapi satu jer yang Yun tak suka dengan sikap dia. Mengada-ngada. Kenapa Yun cakap macam nie? Bukan nak menghentam tapi sikap dia buat Yun rasa menyampah. Dia suka buat photo shoot kt area kampung, damai katanya. And, tempat yang selalu jadi 'mangsa' dia adalah rumah-rumah kampung. Tapi dia ada letak syarat pada tuan rumah dan syaratnya adalah...........


Perlu sediakan bantal, kain batik even baju untuk dia jadikan alas kasut dia..


Alasan?

Kaki sensitif.

What the fish?? Macam tak boleh pakai stokin jer kan? Actually nak ajer Yun printscreen and tunjuk kat korang. Nasib baiklah Yun nie jenis tak berapa reti nak printscreen nie.

Dia cakap nak buat photoshoot kat umah Yun, kirim salam je lah. Jangan harap ayah nak bagi. Bukan ayah jer, Yun pun takkan bagi. \m/(>.<)\m/

Best Actress of the Year and it MINE (≧◡≦)

Assalamualaikum....





Muahahahahaha....Percaya tak? Percaya tak? Sampai sekarang Yun masih tak percaya taw.. Tapi sekurang-kurangya bukan perempuan gedik tue yang dapat. Hehehehe...(~ ̄▽ ̄)~



Monday, December 10, 2012

Alahai Emak (~ ̄▽ ̄)~

Assalamualaikum....


Perbualan di antara Yun dengan mak sebaik sahaja abis class.

Situasi: Di lobi Fakulti Sains Sosial.

Yun: Mak, orang balik sekian-sekian haribulan. Sampai Senai pukul 7.30 pagi.

Mak: *Mak ketawa* Awalnya? Dah beli tiket ke?

Yun: Blom, tunggu kawan abis class. Ayah boleh amek orang tak nanti?

Mak: Kenapa pulak tak boleh?

Yun: Eh? Ayah tak keje ke?

Mak: Pe keje ayah kau keje pukul 3 pagi?

Yun: 3 pagi? Bukan ayah gi keje kol 7.30 pagi ke?

Mak: Kau balik pukul 3 pagi ke 7.30 pagi?

Yun: 7.30 pagi lah mak. Sejak bila Air Asia bagi fly pepagi buta.

Mak: Owh...ingat pukul 3 pagi. Balik naik teksi. Apa susah.


(~ ̄▽ ̄)~ Mak Yun yang super duper sporting dan kadang-kadang loyar tapi Yun tetap sayang mak (*^ -^*)


Sunday, December 9, 2012

Demam Urat MENAKOTKAN!! (◑﹏◐)

Assalamualaikum...



Dulu Yun jenis tak kisah sangat soal-soal demam nie. Yela, Yun jenis yang susah nak dapat sakit tapi bila dah sakit, makan berminggu kadang makan bulan untuk baik. Tapi kali ni bukan Yun yang kena demam tapi.....Si Dia!! (∩︵∩)

Ye, Mr F Yun demam. Orang kata demam urat. Dia selalu sangat kena demam macam nie. Pernah sekali dia kena demam nie. Esok dah baik tapi selang beberapa hari lepas tue demam balik. Yun dah risau kemain. Yelah, kita duduk jauh kowt kalau nak jaga dia. Nie pun cuma dapat bercakap dengan dia pagi tadi sebelum Yun pergi latihan pementasan drama kat CTF 1.

Sepanjang-panjang tempoh latihan tadi, Yun tak boleh nak fokus sebab dalam kepala asyik fikir pasal dia. Dari malam Sabtu aritu kowt dia kena. Masuk malam nie dah 3 malam.. Haish, esok confirm-confirm tak pergi kerja tue.


p/s: Kerisauan yang teramat~


Alhamdulillah (◡‿◡✿)

Assalamualaikum...




Syukur ke hadrat Illahi sebab pakcik Yun yang pernah Yun ceritakan dulu dah sedar dari koma dan dia dah mula sedikit demi sedikit ingat tentang keluarganya.

Tak tergambar macamana gembiranya kitorang bila dia dah mampu ingat tentang kami cuma dia masih lemah dan masih perlu jalani beberapa rawatan susulan di Singapore. Tak sabar rasanya nak jumpa dia bila Yun pulang ke kampung bulan depan.


p/s: Si dia demam~ Haish kasi risau saja itu orang =.="