My Fellow Followers

Friday, October 21, 2011

Be PROFESSIONAL okay?

Assalamualaikum...

Sejak2 nie, Yun agak malas nak update blog. Lagipun, ada ke orang yang datang jenguk blog Yun nie?  Terima kasih pada kengkawan yang sudi jenguk Yun. I'm so appreciate it. Dalam masa Yun duk lama di dunia realiti nie, Yun rasakan yang makin ramai orang simpan gunting dalam kain. Bukan sebab nak jahit baju tapi buat rodok hati, perasaan hatta perut pun nak dirodoknyer tanpa segan silu.

Kenapa? Kenapa mesti ada insan2 istimewa macam tue? Baru-baru nie, Yun terbaca dalam satu blog kepunyaan seorang kenalan. Bukan main marah die tapi kenapa mesti nak lepaskan kemarahan dalam blog. Okay, Yun tahu Yun bukan siapa2 yang berhak nak menegur orang sebab Yun pernah marah2 orang dalam blog nie. Tapi, tah kenapa Yun rasa penulisan beliau tidak menunjukkan yang beliau adalah PROFESSIONAL. Why?

Tak salah kalau nak melepaskan rasa ketidakpuasan hati tapi biarlah melalui cara yang betol. Kalau rasa tidak puas hati sangat, buka gelanggang dan berdepan. Baru bertemu buku dan ruas. Kalau setakat tag nama orang yang korang tak puas hati dalam facebook, itu bukan PROFESSIONAL tapi keanak-anakan. Entahlah, mungkin bagi pihak sana, dia rasa puas bile dapat tag nama orang dalam facebook dan sekaligus menjatuhkan maruah orang tersebut. Yelah, the whole world kowt baca status tersebut. But, bagi orang yang di tag tue? Atleast, think about their feeling too. Apa yang Yun tulis dalam sini langsung tak ada kaitan antara yang mati ataupun yang masih diberi nyawa untuk bernafas. Apa yang Yun tulis berdasarkan pengalaman dan pmerhatian Yun. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tue datangnya dari kita semua. Wallahualam.