Assalamualaikum...(◕‿-)
Tadi Yun ader terbaca dalam status kawan kat Facebook. Soalan dan jawapan yang sengal yang boleh mengundang gelak. Jom baca meh.
Bila orang nampak korang tengah berbaring and tutup mata
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah. Aku tengah training macam mana nak mati nanti.
Korang bawa TV yang rosak jumpa technician untuk di 'repair'
S : Ye, nak repair TV?
J : Taklah. Aku bosan. Saja bawa TV nie jalan-jalan.
Time korang baru bangun tidur
S : Kau dah bangun tidur?
J : Ish, tak lah. Aku tengah tidur sambil jalan ni. Tak nampak?
Kawan korang call rumah korang
S : Weyh, kau kat mana?
J : Aku kat bus stop nie ha.
Kawan korang nampak korang keluar bilik air dalam keadaan basah
S : Kau baru mandi ke?
J : Tak lah. Aku jatuh dalam lubang jamban tadi.
Pukul 7 malam, korang buka pintu baru balik dari kerja
S : Baru balik ke?
J : Tak lah..Aku baru nak pergi.
Situasi bila korang dalam toilet, pintu berkunci tapi orang ketuk pintu
S : Ada orang kat dalam?
J : Tak ada. Tak tahu siapa kat dalam
Actually banyak lagi soalan dan jawapan yang sengal yang kita boleh nampak hari-hari. Mood yang tengah tak baik pun boleh kembali sedia kala bila baca status nie.. (~o ̄▽ ̄)~o
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^