Nak dijadikan cerita masa Yun baru balik dari beli sarapan, Yun terpandang seekor anak kucing mengiau depan Yun seolah-olah mahu minta makanan dari Yun. Anak kucing tu duk gesel-gesel kat kaki Yun sedangkan sebelum ni anak-anak kucing kat hallway bilik Yun memang sombong-sombong belaka. Nampak orang ja lari tapi kali ni manjanya rasa macam nak gigit-gigit jer. Sedara anak kucing tu yang lain cuma tengok dari jauh. Kira yang tengah gesel-gesel kat kaki Yun tadi wakil dorang la.(¬_¬)
Eh, kejap. Anak kucing ni macam tahu-tahu jer Yun beli sarapan. Huhuhu... Takpelah. Rezeki Allah SWT bagi kat kita, kita kenalah kongsi. Kan? Yun pun bagilah apa yang ada walaupun tak banyak. Kesian tengok anak-anak kucing tu. Tah mana pergi mak dorang pun tak tahu lah. Cari bapak baru ler tue.(~ ̄▽ ̄)~
Dah alang-alang cerita nie, Yun nak kongsi beberapa amalan murah rezeki yang Allah SWT tunjuk untuk kita supaya kita memperolehi rezekiNya dalam pelbagai cara. Antaranya : (。◕‿◕。)
Mencari masa untuk beribadah
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi ;
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
Banyakkan istighfar
Nabi Muhammad SAW ada bersabda ;
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Abu Daud, an- Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
Meninggalkan perbuatan dosa
Sabda Nabi SAW ;
"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tarmizi)
Sentiasa ingat Allah SWT
Firman Allah SWT ;
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT.. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)
Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar kita berbakti kepada ibu bapa dan mengeratkan tali keluarga supaya kita panjang umur dan murah rezeki. Sabda Baginda SAW ;
" Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, At- Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa pun boleh murah rezeki. Sabda Baginda SAW lagi ;
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah SWT) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Sabda Nabi SAW ;
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
Bersyukur kepada Allah SWT
Setiap apa yang kita perolehi, kita seharusnya bersyukur kepadaNya kerana Dia yang memberi segala nikmat dan pemberian kepada kita. Allah SWT berfirman ;
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmat Ku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab Ku amat keras." (Ibrahim : 7)
FirmanNya lagi ;
"...dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-Imran : 145)
Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan yang kita boleh lakukan untuk memperolehi kemurahan rezeki. Walaupun amalan yang kita lakukan itu hanya sekecil zarah, jika diniatkan dengan ikhlas InsyaAllah pasti akan ada balasan untuk kita. (✿◠‿◠)
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^