My Fellow Followers

Showing posts with label 6 sahabat. Show all posts
Showing posts with label 6 sahabat. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

TEGUR SALAH, TAK TEGUR LAGI SALAH..(¬_¬)

Assalamualaikum...




Takley nak tegur, pi duk dalam hutan nuh. STRESS AKU..d|-_-|b



Wednesday, April 20, 2011

Kaedah Terbaek 'Membasuh' Ikan

Assalamualaikum..

Pernah tak korang menyiang ikan?
Dah lepas siang ikan tue, korang buat apa?

Hehehe,,nie de 1 cite benar yang berlaku pada seseorang yang Yun kenal.
Cara terbaek membasuh ikan yang telah disiang.
Guna SABUN ^^!

Mujurlah sempat dihalang, kalau tak....
Sendiri faham la yer.;p


p/s: bukan baju ngan pinggan mangkuk jewk basuh guna sabun, ikan pun ley basuh guna sabun.


Thursday, March 31, 2011

"PENULIS SENJA TERAKHIR"

Assalamualaikum..
New update, new entri.
Do click here if you want to know the detail----->"Penulis Senja Terakhir"


Hurm,,actually I'm non of literary person.
But, Penulis Senja dah invite Yun kat FB tadi so tak salah if Yun nak cuba right?
Plus, the winner will get money. *dare tell me sape yang taknak duit? Even mad men pun ley siuman if dapat money.

Lagi satu, Yun tak pandai bermadah kata puitis-puitis nie. Yun lebih kepada cerpen or novel. 

Okay, done mumbling. Cerpen yang Yun post nie berkisar tentang Yun and kawan-kawan Yun. So, enjoy it because it is the true story.

"Sahabat hingga ke akhirnya"

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Jun 2009

"Err, awak student UNIMAS?" Aku memberanikan diri bertanya kepada seorang gadis yang sedang asyik membetulkan tudung.

"A'ah. Saya student UNIMAS. Awak pun student UNIMAS juga ke?" Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Syukur Alhamdulillah, aku jumpa seorang yang sama universiti dengan aku. Sekurang-kurangnya, aku punya kawan baru di tempat baru.

"Ambil course apa?" tanyanya lagi.

"International Studies. Awak?" Aku berharap agar dia pun sama jurusan dengan aku tapi rupanya harapan hanya tinggal harapan.

"Social Work." balasnya. Aku hanya mampu tersenyum. Melihatkan aku, dia turut membalas senyumanku.

Perbualan kami terhenti di situ tatkala ayah memanggil aku untuk bersarapan. Ya, aku ke Sarawak hanya ditemani ayah. Selepas bersarapan, kami menunggu di luar 'airport' untuk dijemput oleh senior-senior dari UNIMAS. Sekali lagi aku bertembung dengan gadis yang kutemui tadi.

"Assalamualaikum, jumpa lagi kita. Awak asal mana?" tanyaku.

"Waalaikumusalam. Pontian, Johor. Awak?"

"Eh, sama lah. Saya pun orang Johor juga tapi area Kulai." Seronok bukan main aku sebab dapat kawan satu negeri.

"Kulai? Orang Mawi la nie eh?" Adus, kenapa tiap kali aku bagitahu aku orang Kulai, orang kaitkan dengan Mawi?

"Eh, tak adalah. Mawi area Taib Andak. Saya area Bandar Putra." Dia hanya tersenyum mendengar jawapannku. Sekali lagi perbualan kami berhenti oleh kerana bas yang akan membawa kami ke UNIMAS sudah pun menunggu. Dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan dia. Kami tak banyak bercakap disebabkan keletihan semasa dalam penerbangan tadi.

"Err, kita still tak tahu nama awak." tiba-tiba die memecahkan kesunyian di antara kami. Aku pun baru teringat yang kami belum lagi memperkenalkan diri.

"Yalah, lupa nak perkenalkan diri tadi. Saya Nurul Aziemah. Awak buleh panggil saya Azie."
Aku menghulurkan tangan dan disambut olehnya. Dia tersenyum. Cantik senyumannya sebab ada tahi lalat di bibirnya yang membuatkannya nampak cantik.

"Saya Hamimahani. Panggil saya Mima.". Sebaik sampai di kolej kediaman, kami mendaftar bersama dan kami ditempatkan di bilik yang sama dan ke mana-mana pergi, pasti akan bersama.

Mac 2011..

Kini, hampir 2 tahun usia perkenalan kami.Tiada siapa menduga perkenalan di lapangan terbang membawa kepada hubungan persahabatan yang indah. Aku bukan sahaja mempunyai Mima (yang kini kupanggil Mami) sebagai kawan. Malah, aku juga mempunyai teman lain seperti Auni, Yus, Shima, Farhana, dan Siti.Mereka lah keluargaku sepanjang aku berada di bumi Sarawak ini.


"Azie, jom kuar malam nie. Kitorang nak kuar makan." panggilan Mima membawa jauh kenangan semasa kami mula-mula berkenalan. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. 

Kami masih lagi menjadi teman sebilik kerana masing-masing tahu perangai masing-masing dan agak sukar untuk kami menukar teman bilik yang lain. Aku berharap persahabatan kami semua akan terus berkekalan walaupun selepas tamat pengajian.

*******TAMAT*****

Ha, amacam? Okay tak? Tak ley panjang2 lau tak jadi novel karang. Nama pun cerpen, CERITA PENDEK Lau nak baca cerita yang lagi panjang, rajin2 lah klik kat cerita yang Yun tulis kat 'Hasil Nukilanku' tue. But, sorry to say la, cerita2 tersebut semuanya in English.

So, Yun nak tag mereka yang Yun rasa2 punya bakat dalam sastera nie.
Dark Virusz<---beliau mmg de bakat lau bab2 nie.;p



p/s : Sayang kawan2 Yun semua.MySpace



Friday, March 25, 2011

Onet, Kami sayang kamooo..

Entri ini khas untuk sahabatku yang menyambut hari lahirnya harini, Miss Auni aka Onet.MySpace


Dear Onet,
Pertama kali mengenali kamoo,ku tahu kau seorang yang unik. Kau tidak seperti teman-teman yang lain. Kau punyai personaliti yang tersendiri. Sesiapa yang belum mengenali dirimu, pasti di hati mereka kau seorang yang sombong tetapi tidak bagiku, Farhana, Shima, Yus, Mamie dan Siti.

Selisih faham antara teman-teman dah menjadi asam garam dalam hubungan persahabatan kita. Sedangkan lidah pun boleh tergigit, apatah lagi kita yang telah bersama dari tahun pertama di UNIMAS ini. Kami semua sayangkan dirimu. Andai sepanjang persahabatan kita, ada kata-kata yang telah mengguris hatimu, maafkan kekhilafan teman-temanmu ini..

Onet,
Kami minta maaf andai surprise birthday malam tadi tidak seperti yang kau bayangkan. Hanya itu yang mampu kami sediakan untukmu, kawan. Doa kami agar kau diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan dalam hidupmu. Ketahui la kamu yang kami semua sayangkan Auni Najihah Binti Mat Aris.MySpace
Aku sayang kalian kerana kalian adalah refleksi diriku.



p/s : Friendship never ends with u~~MySpace

Friday, February 11, 2011

110211-My Changing School = My Changing Friends

Terdetik hati nak story sal my changing school equal my changing friends sempena Friendship Day (actually aku xtahu pun tarikh sebenar friendship day nie). Starting from my primary school; dulu, aku sekolah rendah at Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa, Kelantan. Aku cuma ada sorang kawan, nama dia Najibah. Daknya lembut dan yang paling bangga kawan dengan dia nie, dia ngan abang dia wakil qari dan qariah Kelantan. ^^. Banyak kenangan masa dengan dia nie sebenarnya. Gara2 lewat nak ke kelas fardhu ain (kira macam sekolah agama dekat Johor), kitorang jatuh basikal masa turun bukit dan 'hadiahnya' kitorang kena denda.huhuhu. Tapi, after aku pindah sekolah ke Johor on 2001, kitorang terus lost contact. Aku cuba hubungi dia via number yang pernah dia bagi pada aku tapi tak dapat. Sampai sekarang, aku masih berharap dapat jumpa dia lagi. Entah2, dia dah kahwin.ngeh3..;p

lencana Sek. Keb. Kem Pengkalan Chepa (1996-2000). Tak sangka dapt jumpa lencana nie balik.;)
2001, aku berpindah ikut family balik Johor. Ayah yang keje sebagai pegawai tentera dah pun tamat perkhidmatan. So, he decided to move on to Johor bab dekat ngan family dua belah pihak. Kitorang yang anak2 nie, ikut je la. takkan nak duduk Kelantan sensorang kowt. Okay, aku pindah sekolah baru, Sek. Keb. Kulai or most known as SK Kampung Melayu, Kulai. Masa nie, aku belum ada kawan rapat sebab lidah aku still slanga bahasa Kelantan. Nak pulak dorang faham pe yang aku cakap.hehehe. Aku mula ada kawan bila aku naik sekolah menengah.

Lencana Sek.Keb. Kulai (2001)



Lencana Sek. Men. Keb. Kulai Besar (2002-2006)

Sek.Men.Keb. Kulai Besar (SMKKB) or orang panggil 'Sek. Men. Keb. Kandang Babi' (tak tahu per motif kena panggil camtu). Maybe sebab kat area Kulai Besar tue de kedai jual daging haiwan tue. Aku belajar at skool nie starting form 1 sampai lah tamat form 5. Masa skool nie, aku banyak involved dalam aktiviti sekolah (selalu gak la ponteng kelas, especially kelas Add Math;p). Nasib keputusan SPM  tak mengecewakan. Okay, masa taun nie (2002-2006), aku adalah kawan 4 orang yang quite close la. 3 daripadanya sekelas ngan aku. So, memang rapat la kitorang sampai terciptanya tagline 'FRIENDS 4EVER' among us. Tapi tagline tue hanya tinggal tagline sebab there are no such thing of FRIENDS 4EVER sebenarnya. Masing2 bila lepas SPM, dah bawa hal sendiri. Sorang dapat universiti, yang lagi  2 orang politeknik. Cuma aku dan sorang lagi kawan aku meneruskan perjuangan dalam tingkatan enam. Tue pun tak sama sekolah. Dia pergi kelas aliran sains tulen dan aku pulak aliran sastera. Nak kumpul cam zaman sekolah dulu, jangan harap ler. Aku pun teruskan lah ke tingkatan enam. Kat mana? Kat sekolah nie.

Lencana STARP (2007-2008)
Time belaja at STARP nie, aku tak ada close friend dan masa nie memang boleh nampak sikap assabiyah termasuklah dalam diri aku sendiri. Cuma after STPM, barulah aku rapat dengan 2-3 orang yang kekal sampai sekarang. Bayangkan, setaun kat sekolah tue; after exam bwu de close friend. Okay la tue daripada takdela langsung kan? hehehe..Syukur Alhamdulillah.

UNIMAS (sesi 2009/2010)

Jeng3... akhirnya aku berada di sini, UNIMAS. Time nie, aku ley consider aku punya kawan yang ramai but not of them my close friends. Ada certain2 jewk just like my photo above. Agak2 korang lah antara ramai2 kat atas tue (tak termasuk aku dan tukang snap gambar), sapa yang paling rapat dengan aku? Hehehe..I'm not going to tell you but you have to tell me. ^^

Friday, August 6, 2010

MY FRIENDS...

FRIEND..
Enam huruf ini mberi bnyk mkna dlm khidupan seharian kita.Enam huruf ini jgklah yg mberi aku 1001 rse trutama kpd kwn2 aku.Aku tulis blog ni p lgsung xknlkn kwn2 aku kn?Ok la.arinie mood aku baik cket nk knlkn kwn2 aku.Kite brmula dgn rumate aku.



Ok.ni rumate aku.Name die Hamimahani Binti Saimin p lbh mesra ngn pggilan Mamie..Aku jmpe n knl ngn die mse 1st dtg Srwk ni.Then,jd rumate mase 2 mne2 g sntiase sme2.Yela,sme2 ank jhor and xknl sape2 kt cni lg so 2 yg sntiase besme(except for toilet la).Kitorg pn jdla rumate smpai skunk..huhu..Hopefully smpai grad.InsyaAllah.



Ha,yg ni lak namenyer Noorasima Binti Baharom(die mrh lau aku slh eja name die.ADER AKU KISAH??HEHE).Cmne aku knl minah Penang ni?Oh ya,aku knl ngn die dlm surau(fuh,tol2 tmpt pjmpaan yg baik).Kire berkatla pas pknln 2 kitorg tros rpt smpai skunk.De 1 accident mse aku knl ngn die ni.Mse 2,aku tgah frust(bkn sb pkwe k)sb ptptn aku direject(mse 2 la).Aku hmpir2 wt keje bodo(yg aku xnk wt sbnrnyer)then die pnyela berleter kt aku mcm xckup nfs.POTPET POTPET..Last2,kitorg sume ketawa. Itula yg mbuatkan aku sng berkwn ngn die.Peristiwa 2 jgk la yg mbawa kpd pknln aku dgn Auni Najihah Binti Mat Aris.



Cmne ek nk bgthu sal die.Erm..actually aku xbgtu mgetahui cite Auni sb die sorg yg pendiam.X bnyk sgt yg aku bley citekn sal die sb aku mmg xtahu pn..huhuhu..P in the conclusionnyer aku suke berkwn ngn die sb aku rse die xde bg mslh pd aku dan aku pn xkn bg mslh pd die.Yg aku tahu gdis dari Teluk Intan,Perak ni mempnyai aty yg ckup snsitif.Berjiwa lmbut gak bley ckp die ni.Ok,next..



Siti Hajar Binti Mansur.Gadis dari Bandaraya Bersejarah ni lak aku knl die mase kluar rmai2 gi Sarikin for our 1st time.Actually aku de knl ngn die dlm surau gak p mse 2 mmg xknl sgt cme afterward yg knl rpt smpai ke arini.Well,die pn sme mcm Auni xde pe sgt yg aku nk citekan sb aku lom lg de time tuk duk berdua ngn die and bckp from heart to heart.But what I can described bout her is she is kind of energetic person.Xtahu pnt,de je keje die nk wt.Coz of that xheranlah die pgg jwtn Bendahari dlm PSS.Trademark si dak Ct ni "FIGHT FOR YOUR RIGHT"..



Farhana Farhan Binti Abu Hanifah..The more older and youngest among us..hehehhe..Why?Die tua 2tahun dgn kitorng dan mrupakan ank bgsu dlm kluarga die.So,thats why la die older and at the same the youngest among us. Die mmg sweet and cntik.De 1 scene 2,mse kitorg g mkn rmai2 kt KFC Samarahan de 2 org llki follow kitorg.Bkn follow pn,follow sb Farhana la.hehehe..Kitorg tpkse sorokkn die kt sbuah kedai juz sb xnk diggngu lg.Klakar tol wktu 2.Mse 2 gak la kitorg knl ngn Abg Zam,pmilik kdai 2 yg kbtulan org Smnjung gak(sal tbe2 msuk Abg Zam lak ni?).After pstikn sume dh slmt,brulah kitorg jln balik ke kolej.Ala,sbnrnya lau kitorg kluar and Farhana ikut msti akn de kes org ikut sb Farhana kn cntik..Lain kali xmo r bwk Farhana lg..huhu..:P..Ok..NEXT!!!



Ha,ni lak Fairuz Binti Ahmad@Yus..Agk klaka gak cre die ni join kitorg.Pe xnyer siap mnx permission 2 nk join kitorg(egt mafia je ke kne mnx permission nk join?). Die ni ok la,hepy go lucky r gak cm yg lain2.Oh ya,die ni pn org jhor gak.Sme la gak cm Farhana td.Pe yg aku nk cite sal die ni ek?Ermm...pe2 je la..hehehe..Yg pnting die pn kwn aku gak.

Aku syg sume kwn2 aku.Lau kt Semenanjung,aku de keluarga aku p kt sini diorang la keluarga aku.LOVE U GUYS..MAY ALLAH BLESS OUR FRIENDSHIPS AND TOGETHER WE PRAY MAY THIS FRIENDSHIP WILL NEVER ENDS..