My Fellow Followers

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Terawikh di malam 1 Ramadhan



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab kita dipertemukan dengan Ramadhan lagi tahun ni. Tak tergambar betapa happynyer Yun sebab dapat jumpa lagi dengan Ramadhan selain dapat sambut bersama family lepas 4 tahun duk sambut sensorang kat perantauan. Ha, malam tadi pigi terawikh tak korang? Yun malam tadi tak berkesempatan nak terawikh di masjid sebab kena jaga Amer coz mak Yun balik lewat tadi malam. Almaklumlah dah puasa ni, tempahan nak buat baju raya memang banyak. Jadi, Yun terawikh kat rumah jer.

Korang buat berapa rakaat? Ayah Yun cakap, dorang buat 21 rakaat kat masjid. Tapi ayah kata if Yun tak mampu, cukuplah buat 8 bersama witir which mean 11 pun dah Alhamdulillah. Dikesempatan ni, Yun nak wish selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1434H.. ^_^




p/s: Arini cuti peristiwa...Yeay!! boleh tidur sepanjang hari. Opppss..hehehe


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Lembaran Baru


Assalamualaikum....






Fuh! Fuh! Fuh! *sambil buat aksi tiup habuk*. Lamanya Yun tak menulis di sini kan? Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan. Dah 4 hari umat Islam menyambut puasa tapi baru hari ini Yun tergerak hati nak kemaskini blog Yun. 

Nak tahu,,bulan Ramadhan tahun nie la tahun yang paling sayu untuk Yun dan keluarga Yun sebab buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut puasa tanpa atok di sisi. Tahun ni juga Yun tak dapat sambut puasa bersama keluarga sebab masih lagi di sini, di UNIMAS sebab Yun ambil short sem. Takpelah sekurang-kurangnya dapat Yun hilangkan rasa sayu puasa tanpa arwah atok.

Puasa di UNIMAS? Sama jer macam tahun-tahun sebelum nie cuma tahun nie berpeluang lah sambut dengan adik-adik Asasi batch 2012/2013. Baru 4 hari berpuasa tapi dah bermacam pengalaman yang Yun tempuhi. Paling best masa bangun sahur, yelah di Sarawak waktu sahurnya pukul 3 pagi sebab imsak pukul 5 pagi. Seawal 3 pagi, fizikal dan mental mesti kena bersiap sedia sebab akan ada tukang kejut sahur tak official kat Kolej Seroja nie. Tak tahu lah kalau hamba Allah tersebut diamanahkan untuk kejut semua penghuni kan. Tapi,,biasanya bila 'siren tak official' tu berbunyi, Yun makin tarik selimut. Pukul 4 atau 4.30 pagi baru Yun bangun. Biasanya menu Yun untuk bersahur segelas nesvita dengan sepaket biskut. *Aik, diet ke Yun.*

Waktu berbukanya pula mestilah awal kan walaupun tidak seawal kawan-kawan di UMS. Seawal pukul 5 petang ramai dah berduyun ke bazaar Ramadhan di Desa Ilmu. Semalam Yun dengan kawan-kawan Yun; Jenny, Mith, Steph dan Joyce pergi bazaar dan alang-alang tu mereka semua nak berbuka puasa dengan Yun. Tapi,,yang Yun rasa nak gelaknya mereka beli makanan mengalahkan Yun yang berpuasa. Yun cuma beli 2 cucuk hati ayam panggang sebab makanan lain macam tak menarik selera Yun tapi Steph? Kiri kanan dengan plastik makanan. Akhirnya, kami pergi kedai Sajian Kampung dan Yun pesan Nasi Goreng Daging untuk berbuka sebab takkan Yun nak berbuka dengan 2 cucuk hati ayam panggang aje kan? Seriously, kalau korang tengok meja kami semalam memang penuh.

Apa pun, Yun seronok dapat berbuka dengan kawan-kawan non Muslim Yun. Walaupun mereka tak puasa macam kita, tapi mereka ada rasa hormat. Sama-sama tunggu waktu berbuka dengan Yun. Sekurang-kurangnya terubat rindu tak dapat berbuka dengan keluarga tersayang. 

Balik raya? Ermm,,,malam raya baru Yun sampai di bumi Johor. Barulah nampak macam betul-betul belajat di overseas kan? hehehe.. Okay lah,,,dah masuk waktu berbuka pun,,tak elok melambatkan berbuka. Dimulai dengan basmallah..Selamat Berbuka untuk warga Sabah dan Sarawak dan untu warga Semenanjung, sila baca ayat ini 30 minit kemudian..^^

wasalam.