My Fellow Followers

Wednesday, September 28, 2011

Kata2 menjadi kenyataan~~

Assalamualaikum...


Lepas satu, satu dugaan yang menimpa Yun dalam masa 2 hari. Ya, 2 HARI! Tengahari tadi masa tengah lunch, tetiba nset Yun bergetar menandakan ada mesej masuk (Yun wat silent mode masa dalam kelas).

"Atok kritikal kat hospital jb."

Ya Allah, menggigil tangan Yun. Makanan dalam mulut terasa susah nak telan. Yun teros call mak. Sekali tak angkat. Yun telefon lagi dan bile dengar suara mak, Yun teros tanya mak pasal atok. Menurut mak, atok dimasukkan ke Hospital Kulai seawal 1 pagi sebab die mengalami kesukaran nak bernafas (atok mengidap penyakit asma yang kronik) then after that pihak hospital rujuk ke Hospital Besar kat JB coz he has to undergo an operation tuk tebuk saluran pernafasan. Mak cakap jangan risau in fact kawan2 Yun pun cakap perkara yang sama. Hope he will be fine tapi then around 5pm, once again along antar mesej.

"Atok dah meninggal."

Berjuraian manik2 mutiara yang Yun tahan. Rasa macam nak flight back to JB right away. Terngiang2 kata2 yang arwah pernah ucap kat Yun masa Yun mule2 nak berlepas ke Sarawak.

"Jangan nanti masa aku mati, kau tak dapat balik."

Terasa ralat sangat2 sebab tak dapat bersama arwah. Thanks to my friends sebab support Yun especially kat si dia yang tak jemu2 bagi sokongan dan dorongan kat Yun. To all of you, thank you so much and to atok, angah minta maaf tak dapat bersama atok cuma doa yang angah kirimkan dari perantauan. Al Fatihah untuk atok.




1 comment:

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^