Assalamualaikum semua..
Tadi Yun cerita sal sebelum raya kali nie pulak Yun cerita apa yang terjadi di pagi raya. Sehari sebelum raya, Yun dengan keluarga balik ke kampung ayah di Bukit Banjar, Muar. Segala persiapan raya kitorang buat sama2 kat rumah atok.
1 Syawal hari yang amat kitorang nantikan. Atok dan nenek sabar menantikan kedatangan anak2 yang balik dari perantauan tapi sayangnya cuma keluarga Yun yang ada. Sebabnya tahun nie kebanyakan pakcik2 Yun semua balik ke kampung sebelah isteri masing2. Lepas solat, kitorang berkumpul adik beradik minta maaf pada mak dan ayah Yun. Pagi tue jugakla Yun menangis masa bersalam ngan ayah (cam la sebelom nie tak pernah nangis.;p). Sebab apa tau, sebelum tunggu turn Yun, Yun dah karang ayat dalam kepala tue yang teros melalak bile datang turn Yun.
Tak lama lepas tue, pakcik2 Yun balik dan lagi sekali sesi drama hindustan mula. Nangis lagi sampai naik kering air mata Yun nangis hehehehhe.. Tue pasal la Yun tak berapa suke tengok orang nangis sebab Yun mesti nangis sekali.
p/s: Menitis air mata tengok iklan kat TV3
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^