My Fellow Followers

Saturday, September 3, 2011

Satu Hari Sebelum Raye

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan2 blogger Yun. Lama ek Yun tak menulis. Nie sume gara2 laptop wat hal sampai kena 'masuk' hospital seminggu. Tadi baru Yun dapat laptop.

Pape pun tuk edisi raya nie, Yun ada macam2 story nak share ngan kawan2 sume. Tapi Yun cerita masa sebelum raya dulu yer..;)

Macam yang Yun pernah cerita dulu (ade ker O.o??), Yun kerja kat sebuah cafe sebagai cashier and at the same time sebagai waitress sambilan (ahaks..;p). Sepanjang Yun berada kat cafe tue selama 3 bulan, bermacam kerenah manusia yang Yun jumpa. Apa yang paling memeranjatkan Yun apabila di bulan Ramadan di mana orang Islam berlumba2 mencari keberkatannya masih ada segelintir yang menjadikan bulan yang mulia tersebut sama seperti bulan2 yang lain. Lagi tak patut bile ada seorang pakcik nie sanggup gunakan anak sendiri untuk kepentingan perut sendiri tapi dah nama pun budak kecik, mana lah pandai bohong. Sekali amek ko. Anak sendiri cakap ayah tak pose. Hahahahaha..;D

Masa dah nak dekat raya pun masih ada insan2 'istimewa' yang datang. Dah naik berbuih mulut Yun tegur dorang (secara sinis la) tapi langsung tak jalan. Yang paling best, siap bawak botol ubat gastrik lagi. Halooo... Yun pun ada gastrik gak p boley jerk tahan pose. >.<. Pernah ayah tanya pada Yun, tak ada ker pihak agama datang serbu? Masalahnyer, tak de pulak. Tue sebab dorang berani makan or bungkus kowt.

Hurm... Nie lah situasi yang Yun lihat sepanjang Yun kerja kat cafe. Situasi yang pertama kali Yun lihat dengan mata kepala sendiri. Taun depan, Yun tak kan lagi balik kerja kat cafe tue. Tak ar subahat dengan insan2 'istimewa' nie.

p/s: Pasni cerita yang berlaku di pagi raya.


No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^