My Fellow Followers

Showing posts with label simple. Show all posts
Showing posts with label simple. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Dari blog ke TUMBLR

Assalamualaikum....


------
-----
----
---
--
-


Saja sebenarnya nak try menulis kat tumblr. Versi English plak tue.. Sape2 yang ada tumblr,,,follow la Yun t Yun follow korang balik...heee...

ALL MINE (^^!) <---tumblr. Yun

Tuesday, April 17, 2012

Gara-gara dikir barat punya pasal.. (|!-.-)

AssaLamualaikuM... (^^,)

"Seribu erti kata alaf baru bermula....~"

Kelepak! Kelepuk! Clap! Clap! Clap!

Merah2 tangan Yun bertepuk tangan tadi. Yun bukan takat tepuk tangan p tepuk nyamuk.Hahahaha..(^^!) Pejam celik pejam celik tinggal minggu depan jer masa yang kitorang semua ada untuk berlatih dikir barat tapi tadi semuanya berterabur. Suara pun dah jadi serak ala2 Cik Ella. Cuti semester minggu lepas memang kitorang cuti betul2. Berlatih pun tak, buku? Lagi lah,,,kitorang cuti, buku pun ikut cuti sekali.Assignment? eErr.. (-.-")

Minggu depan gak lah nak kena antar assignment En Kelvin. Lepas tue, assignment Dr Poline, Pn Nora'ain, Dr Nizar.. Tak termasuk seminar, presentations, poster presentation..Oh tidak!! Mati lah Yun macam nie...(X_X) Takpe Yun, gambatei kundasai, aja aja hwaiting! jiayouk! \(^0^)/

p/s: KemalAsaN telah berLeluasa..... Mr F,,,,awat tak mesej lagi ni??? 

Sunday, April 1, 2012

Apa Hukum Sambut APRIL FOOLS?? (O.o)

ASsalamualaikum,,,,,,, (^^,)

HUKUM SAMBUT APRIL FOOL
(Bergurau & Berhibur Bagi Tujuan Menipu & Mengenakan Orang Lain )

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan
menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.”
[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan
penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia
membawa kebenaran.”
[HR Ahmad dan At-Thabrani]

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan
seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

*credit to Ustaz Azhar Idrus

Saturday, March 10, 2012

[Kisah Benar] Seekor anjing 'menyahut' panggilan azan

Assalamualaikum....

SubhanAllah,,, hari nie Yun di'tunjuk'kan dengan sesuatu yang mungkin biasa pada orang lain tapi luar biasa pada Yun kerana ini lah kali pertama Yun lihat dan dengar sendiri seekor anjing hitam yang ketika itu tengah rehat di bawah rumah menyalak ketika azan berkumandang di masjid UNIMAS kampus timur seolah2 ia sedang 'menjawab' panggilan azan tersebut.



Masa tue Yun on the way balik kolej dari kompleks sukan sebab ada pertandingan futsal antara program anjuran PSS (Persatuan Sains Sosial) kebetulan pulak time cun2 masuk waktu Zohor. Tetiba Yun dengar bunyi anjing menyalak. Yun mencari2 mana bunyi tue coz takot lah kena kejar tak memasal. Dah la tadi kejar bola sekarang kena kejar dek anjing pulak. At first suara tue macam sayup2 jer hinggalah Yun nampak ada seekor anjing hitam kat bawah rumah menyalak tiap kali azan. Lama gak Yun jadi patung lilin bawah terik matahari sebab tak percaya tapi bila nampak sendiri,,,,,MasyaAllah Kuasa Allah. Dah habis azan baru lah Yun gerak. Kalau dulu Yun cuma dengar dan baca dari pengalaman orang, sekarang Yun merasainya sendiri. Alhamdulillah~ (^.^)



p/s: Kaki terseliuh gara2 futsal. Sakit (T_T)


Wednesday, March 7, 2012

New memories, new friends, new relationship ^^!

Assalamualaikum...

Hai, hai, hai.... Story yang Yun nak share arini memang best sangat. Arini UNIMAS terima lawatan daripada mahasiswa/i dari Universitas Jayabaya. Mereka semua nie sangat2 lah funny and adorable tau. Kitorang ada sesi perbahasan antara dua negara or we call it as 'negara serumpun'.

Habis perbahasan, Yun dengan Steph bawa mereka semua nie ke PKMA atau femes dengan panggilan CAIS (tch,,padahal sama je kowt =.="). Oh ya, sebelum Yun bawa mereka ke CAIS frankly speaking rasa kekok sangat tapi last2 wow! MACAM KAWAN LAMA seyh.. (^^!) Kitorang boleh berbual, bergelak ketawa sama2. Best sangat moment tadi.

Tapi,,,yang tak bestnyer lawatan mereka semua singkat dan tak berpeluang nak berbual lama2. But hey, esok Yun teman mereka semua nie ronda2 bandar Kuching tau. Hehehe... sape nak join? Sila isi ruangan komen di bawah (eceh,,mcm ada org nak komen je kn.. ;p)

p/s: Cakap pn dah slang Indonesia...



Friday, February 24, 2012

Yun say HI to new world..^^!

Assalamualaikum...

Dah lama ek Yun tak menulis kat sini. Bukan sengaja pun, lagipun menulis blog bukan priority Yun sangat. Sekadar menulis untuk suka-suka dan sharing something yang may be you guys out there tak lalui.

Well, tak nak mukadimah panjang-panjang sangat sebab bukan ada orang kisah pun...Hehehehe... Skunx, Yun dah masuk new semester part 6 dan Yun ada lagi 2 part sebelum menamatkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Hubungan Antarabangsa. Heee...tak sabar nak tunggu grad. ^^!

Tempat untuk LI (Latihan Industri) pun Yun dah siap pilih. Yun nak buat kat IPD or may be kat Imegresen. Actually dalam kepala otak nie de 3 tempat Yun nak buat LI. Samada kat Imegresen, kastam atau pun kat IPD tapi kalau boleh biarlah dapat kat IPD sebab dekat sikit ngan rumah Yun. Hehehehe...



Wednesday, January 11, 2012

Nothing to say but something to write (^-^)

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah sebab Yun dapat jawab paper Research Method pagi tadi. Terasa lapang hati bila hampir 90% bacaan Yun minggu lepas dan semalam hampir sama dengan soalan tadi pagi. Yun keluar awal sebelum masa tamat sebab dah kesejukkan kat dalam DeTar tue. Boleh lak ley lupa bawak sweater sedangkan roomates awal2 dah suruh bawak.

Rasanya that all kowt for now. Nothing to except for saying Alhamdulillah.



"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." -Charles Cahier-

p/s: ada 2 paper lagi seblom terbang balik rumah~

 


Tuesday, January 3, 2012

Biar tuan badan saja yang tahu

Assalamualaikum...MySpace

Kalau sebelum nie kecoh pasal kes kat Upsi, start dari semalam kecoh pulak pasal Nur Amalina Che Bakri. Korunk kenal kan? Ala, yang dapat score straight 17 A1 masa SPM 2004 dulu tue.



Semuanya mula bila gambar yang kononnya gambar Amalina tersebar. Boleh tengok kat sini. Daripada keadaan beliau yang di atas dah jadi macam nie..


Wallahu'alam... Yun tak berani nak beri apa2 komen tentang hal nie. Bagi Yun, biarlah Kak Amalina * tua dari Yun kowt * yang bagi jawapan untuk perkara nie sebab kalau orang lain yang cakap, akan timbulkan fitnah. Tapi... baru je jap tadi Yun terbaca dalam satu sumber mengatakan gambar2 yang ditunjukkan itu adalah PHOTOSHOP semata2. Yun sendiri kurang pasti kat mana kebenaran cerita nie.MySpace

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

Andai betul bagai yang ditunjukkan, Yun berdoa agar Kak Amalina dibukakan hatinya untuk berubah. Amin... Okay, tue ajer komen Yun. Nak sambung study method pulak..MySpace


p/s: Menyesal pulak masa SPM tak belajar betul2, lau tak dapat gi sambung belaja kat Korea tapi dah dapat UNIMAS pun dah syukur Alhamdulillah...(^_^)


Monday, January 2, 2012

New Year yang berdarah~

Assalamualaikum...

Baru dapat update blog selepas beberapa hari tersangkut sebab sibuk study. Hye, korunk semua..Sihat tak? Malam New Year ada pergi mana2 sambut ker? Yun tak sambut cuma duduk dalam bilik saja. Dapat gak la dengar bunyi mercun walaupun tak nampak. 

Pagi 1 Jan 2012 kat Upsi gempar bila mahasiswa/i dipukul pihak polis... Korunk ada baca kan paper semalam? Yun ada tanya kawan Yun yang kat sana tapi malangnya dia pun tak tahu apa2 sebab malam sebelum kejadian, dia balik umah mak angkat die.*aiseyman, baru nak jadi kepoh, die pulak tak tahu*

Siyes Yun tak sangka bila ramai mahasiswa yang kena tahan *tak ada rekod siswi kena tangkap*. Itu tak masuk yang kena belasah lau Yun tak silap. Adam Adli kena tangkap *handsome dowh die pi lagi handsome Mr F Yun ;p*, Safwan Anang kena belasah sampai koma. Errrkkk?? KOMA? Tapi Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia beliau.

Lagi berita di sini.

p/s: Polis nie mmg bahaya..=..="


 

Friday, December 30, 2011

Jumaat yang terakhir~

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik kita semakin nak tutup tirai 2011 dan membuka tirai baru 2012 yang kita tak pasti apakah yang sedang menanti kita kelak. Tanpa kita sedar hari ini adalah hari Jumaat yang terakhir untuk tahun nie dan kita takkan jumpa Jumaat yang sama macam hari nie pada tahun depan. Erk, apa yang Yun duk melalut nie? hehehe..sowie guys, a little bit emo sometimes..:D

So, how's ur new motivation for next year? Patotnye dah set up azam tahun baru masa Awal Muharram dulu tapi takpe..You still have time to set up your own motivation sebab...

"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

p/s: ramai yang rasa takot kiamat akan tiba pada tahun 2012..Benarkah? Wallahualam...

 

Tuesday, December 27, 2011

Exam kembali lagi...yeay!!

Assalamualaikum....

Hee..XD dah agak berkurun kan tak update. Yun agak sibuk ngan assignment and exam yang akan 'menampakkan muka' bulan depan..EXAMMMM????!!


Exam dah makin datang pi mood nak study tue tak datang2 lagi..Haish, pe la nak jadi ngan anak En. Atan nie.=,=...Takpe2, asalkan bukan study last2 minit mcm dlu lagi..Yun kne berubah lau nak berjaya..^^!

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

Friday, December 23, 2011

Tazkirah Jumaat #3

Assalamualaikum....

Hari Jumaat, penghulu segala hari datang lagi...Tazkirah arini de kena mengena dengan hubungan persahabatan...

"Sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu...dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu.."
-Saidina Ali r.a-

 p/s: oh,kawan-kawanku...Yun sayang kalian...*hug*

Saturday, December 17, 2011

Kepercayaan itu PENTING

Assalamualaikum....

Susah sangat ker nak PERCAYA? Nak suruh nyanyi lagu Siti Nurhaliza, "Percayalah" baru nak percaya ke apa? Jujur salah, tak JUJUR lagi lah salah....

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah maka mati lah orang itu." ~Whittier~

p/s: lau baik, click la en Nuff Yun mkay? tq.




Friday, December 16, 2011

Tazkirah Jumaat #2

Assalamualaikum....

Something to share today...(^_^)

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"

p/s: best dapat celebrate besday roomate Yun tadi malam..1st and last maybe~


Sunday, December 11, 2011

Tajamnya Lidah..

Assalamualaikum...

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."

Setiap kata2 yang diucapkan tue kadang kala terasa tajam pada seseorang. Bak kata kawan Yun, disebalik gelak tawa dan gurau senda terdapat insan kerdil yang menangis dalam hati hanya kerana kata2 yang diucapkan walaupun pada dasarnya dilihat sebagai gurauan.

p/s: Terasa pada seseorang tapi as usual sabar~~


Friday, December 9, 2011

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum...


"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang paling tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

 p/s: Esok Yun ada conference tuk subjek ASEAN Politik. Doakan Yun mkay..:)




Tuesday, December 6, 2011

:: Just One Word-Sabar ::

Assalamualaikum....


"Sabarlah Yun...."

SABAR. Ye, tak dinafikan sabar tue separuh dari iman. Tapi kadang2 kita akan tewas jugak sebab tak semua dapat bersabar sehingga ke akhir. Yun sendiri bukan orang yang sabar..=.=

Firman Allah SWT, mahfumnya;

"Wahai orang-orang beriman, bersabar kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah , supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."                            
                                                                                                                                                          (Ali-Imran3:200)

 p/s: Sakit itu penebus dosa kecil. So, Yun BERSABARLAH~~





Monday, December 5, 2011

Apa salah si PAYUNG?

Assalamualaikum...


Dengan keizinan Google

"Tak suke bawak payung. Macam orang TUA."

Menggeleng kepala Yun bila dengar words nie? Apalah nasib payung tue. Dah dilindung dari hujan and panas ley lak cakap camtu.Yang tak boleh blahnyer, ayat TUA tue kowt. Agaknye selama die pakai payung tue, die rasa die TUA kowt. Ish3..dunia2..;p

p/s: payung Yun sampai dah berjahit sana sini. Bersyukur de payung dalam keadaan hujan camnie.




Friday, December 2, 2011

Happy moment

Assalamualaikum...

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." -Cecil B. DeMille-

p/s: Dah nak balik umah..\(^^)/

Saturday, November 19, 2011

:: Yun bukan Angry Bird ::

Assalamualaikum...

Korunk belum pernah nampak Yun marah kan? Actually dari dulu Yun tak suka marah2 sebab bila Yun dah marah, Yun akan buat ramai orang benci pada Yun sebab Yun jenis straight forward. Tak suka, akan terus cakap tak suka dan yang paling Yun takut sekali ialah bila Yun dah marah, Yun takkan peduli pe perasaan orang tue. That is what I'm afraid of.


Aku ngah marah nie..

Yun tak suka bila Yun marah sedangkan itu bukan diri Yun. Even mak sendiri cakap bila Yun marah, semua lepas. Apa yang Yun pendam akan keluar sendiri.


Please stay away from me when you see me in this condition


Sebab tue lah Yun cuba sedaya upaya untuk tak marah. Bila ada orang buat Yun marah, Yun akan ambil keputusan dengan cara mendiamkan diri and tak bertegur ngan orang tue. Dengan cara camtu, secara perlahan perasaan marah tue akan hilang sendiri. Tak percaya? Cubalah korunk wat Yun marah..Yun letupkan korang dengan pedang petir pinjam kat Boboiboy..hahahaha..:p


p/s: Kenapa Yun post pasal nie? Ntah..Semua sebab marah  ngan line kat Cais nie ha. Time nak bukak page academic, slow je loadingnyer. Page laen laju plak especially blog nie..huhu