My Fellow Followers

Showing posts with label relaks. Show all posts
Showing posts with label relaks. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Soalan dan jawapan yang sengal...Jom tengok (∩▂∩)

Assalamualaikum...(◕‿-)

Tadi Yun ader terbaca dalam status kawan kat Facebook. Soalan dan jawapan yang sengal yang boleh mengundang gelak. Jom baca meh.

Bila orang nampak korang tengah berbaring and tutup mata
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah. Aku tengah training macam mana nak mati nanti.

Korang bawa TV yang rosak jumpa technician untuk di 'repair'
S : Ye, nak repair TV?
J : Taklah. Aku bosan. Saja bawa TV nie jalan-jalan.

Time korang baru bangun tidur
S : Kau dah bangun tidur?
J : Ish, tak lah. Aku tengah tidur sambil jalan ni. Tak nampak?

Kawan korang call rumah korang
S : Weyh, kau kat mana?
J : Aku kat bus stop nie ha.

Kawan korang nampak korang keluar bilik air dalam keadaan basah
S : Kau baru mandi ke?
J : Tak lah. Aku jatuh dalam lubang jamban tadi.

Pukul 7 malam, korang buka pintu baru balik dari kerja
S : Baru balik ke?
J : Tak lah..Aku baru nak pergi.

Situasi bila korang dalam toilet, pintu berkunci tapi orang ketuk pintu
S : Ada orang kat dalam?
J : Tak ada. Tak tahu siapa kat dalam


Actually banyak lagi soalan dan jawapan yang sengal yang kita boleh nampak hari-hari. Mood yang tengah tak baik pun boleh kembali sedia kala bila baca status nie.. (~o ̄▽ ̄)~o





Tuesday, April 17, 2012

Gara-gara dikir barat punya pasal.. (|!-.-)

AssaLamualaikuM... (^^,)

"Seribu erti kata alaf baru bermula....~"

Kelepak! Kelepuk! Clap! Clap! Clap!

Merah2 tangan Yun bertepuk tangan tadi. Yun bukan takat tepuk tangan p tepuk nyamuk.Hahahaha..(^^!) Pejam celik pejam celik tinggal minggu depan jer masa yang kitorang semua ada untuk berlatih dikir barat tapi tadi semuanya berterabur. Suara pun dah jadi serak ala2 Cik Ella. Cuti semester minggu lepas memang kitorang cuti betul2. Berlatih pun tak, buku? Lagi lah,,,kitorang cuti, buku pun ikut cuti sekali.Assignment? eErr.. (-.-")

Minggu depan gak lah nak kena antar assignment En Kelvin. Lepas tue, assignment Dr Poline, Pn Nora'ain, Dr Nizar.. Tak termasuk seminar, presentations, poster presentation..Oh tidak!! Mati lah Yun macam nie...(X_X) Takpe Yun, gambatei kundasai, aja aja hwaiting! jiayouk! \(^0^)/

p/s: KemalAsaN telah berLeluasa..... Mr F,,,,awat tak mesej lagi ni??? 

Sunday, April 1, 2012

Apa Hukum Sambut APRIL FOOLS?? (O.o)

ASsalamualaikum,,,,,,, (^^,)

HUKUM SAMBUT APRIL FOOL
(Bergurau & Berhibur Bagi Tujuan Menipu & Mengenakan Orang Lain )

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan
menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.”
[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan
penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia
membawa kebenaran.”
[HR Ahmad dan At-Thabrani]

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan
seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

*credit to Ustaz Azhar Idrus

Saturday, March 10, 2012

[Kisah Benar] Seekor anjing 'menyahut' panggilan azan

Assalamualaikum....

SubhanAllah,,, hari nie Yun di'tunjuk'kan dengan sesuatu yang mungkin biasa pada orang lain tapi luar biasa pada Yun kerana ini lah kali pertama Yun lihat dan dengar sendiri seekor anjing hitam yang ketika itu tengah rehat di bawah rumah menyalak ketika azan berkumandang di masjid UNIMAS kampus timur seolah2 ia sedang 'menjawab' panggilan azan tersebut.



Masa tue Yun on the way balik kolej dari kompleks sukan sebab ada pertandingan futsal antara program anjuran PSS (Persatuan Sains Sosial) kebetulan pulak time cun2 masuk waktu Zohor. Tetiba Yun dengar bunyi anjing menyalak. Yun mencari2 mana bunyi tue coz takot lah kena kejar tak memasal. Dah la tadi kejar bola sekarang kena kejar dek anjing pulak. At first suara tue macam sayup2 jer hinggalah Yun nampak ada seekor anjing hitam kat bawah rumah menyalak tiap kali azan. Lama gak Yun jadi patung lilin bawah terik matahari sebab tak percaya tapi bila nampak sendiri,,,,,MasyaAllah Kuasa Allah. Dah habis azan baru lah Yun gerak. Kalau dulu Yun cuma dengar dan baca dari pengalaman orang, sekarang Yun merasainya sendiri. Alhamdulillah~ (^.^)



p/s: Kaki terseliuh gara2 futsal. Sakit (T_T)


Monday, March 5, 2012

The Crazy Evening

Assalamualaikum....

Hari nie mood Yun sangat baek nak share something dengan you ols. Petang tadi dalam sejarah, Yun together gether dengan Gwen ngan Stephanie gi lah joggging kat kawasan padang kawad. Mission kitorang nak abiskan 2 lap keliling padang kawad tapi.......


Baru setengah lap, Yun dengan Gwen dah 'pancit' dulu. Kitorang dah tak larat nak habiskan 2 lap cuma Steph ajer yang excited habiskan 2 lap. Tue pun sebab dia ada kelebihan sebagai ahli suksis. Memang lah berstamina giler kan? So, sementara nak tunggu Steph abiskan larian, kitorang abiskan bateri telefon snap picture kitorang sampaikan budak2 asasi yang ngah relax gelak2 tengok aksi kebudak2an kitorang. Hahahaha...muka lau chantek tak pe.(pedulik hapa, henfon kitorang kowt).

Abis jer larian + sit up = cool down, baru lah kitorang gerak. Gerak gi mana? Gi MAKAN!!!! ^^! Hahahaha...jogging tak seberapa, makan yang lebih. Compom lah badan makin 'sihat' lepas nie..;p

p/s: Sempat beli beg sama tadi..Sok nak melaram dalam class..

Friday, February 24, 2012

Yun say HI to new world..^^!

Assalamualaikum...

Dah lama ek Yun tak menulis kat sini. Bukan sengaja pun, lagipun menulis blog bukan priority Yun sangat. Sekadar menulis untuk suka-suka dan sharing something yang may be you guys out there tak lalui.

Well, tak nak mukadimah panjang-panjang sangat sebab bukan ada orang kisah pun...Hehehehe... Skunx, Yun dah masuk new semester part 6 dan Yun ada lagi 2 part sebelum menamatkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Hubungan Antarabangsa. Heee...tak sabar nak tunggu grad. ^^!

Tempat untuk LI (Latihan Industri) pun Yun dah siap pilih. Yun nak buat kat IPD or may be kat Imegresen. Actually dalam kepala otak nie de 3 tempat Yun nak buat LI. Samada kat Imegresen, kastam atau pun kat IPD tapi kalau boleh biarlah dapat kat IPD sebab dekat sikit ngan rumah Yun. Hehehehe...



Monday, January 2, 2012

New Year yang berdarah~

Assalamualaikum...

Baru dapat update blog selepas beberapa hari tersangkut sebab sibuk study. Hye, korunk semua..Sihat tak? Malam New Year ada pergi mana2 sambut ker? Yun tak sambut cuma duduk dalam bilik saja. Dapat gak la dengar bunyi mercun walaupun tak nampak. 

Pagi 1 Jan 2012 kat Upsi gempar bila mahasiswa/i dipukul pihak polis... Korunk ada baca kan paper semalam? Yun ada tanya kawan Yun yang kat sana tapi malangnya dia pun tak tahu apa2 sebab malam sebelum kejadian, dia balik umah mak angkat die.*aiseyman, baru nak jadi kepoh, die pulak tak tahu*

Siyes Yun tak sangka bila ramai mahasiswa yang kena tahan *tak ada rekod siswi kena tangkap*. Itu tak masuk yang kena belasah lau Yun tak silap. Adam Adli kena tangkap *handsome dowh die pi lagi handsome Mr F Yun ;p*, Safwan Anang kena belasah sampai koma. Errrkkk?? KOMA? Tapi Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia beliau.

Lagi berita di sini.

p/s: Polis nie mmg bahaya..=..="


 

Sunday, December 11, 2011

Eclipse yang sgt cntik...:)

Assalamualaikum...

Hye korunk...:) Tadi dapat tak tengok eclipse? Cantik kan? Yun tunggu dari pukul 10 sampai pukul 12 baru dapat tengok full. Nak tergelak rasa bile mak Yun antar mesej pada Yun tadi.

"Bila bulan timbul, adik cakap bulan dah bersih."

Hahahaha...cute sungguh adik Yun. Yun tunjukkan kamu orang gambar yang kawan Yun amek tadi. Gambar yang Yun amek tak clear, maklumlah fon cokia..;p


Bulan main cilok bah ngan Yun.. Heheheh.. (/_\) \(^_^)/


Bulan dah bersih.. macam adik Yun cakap..^^!


p/s: Pak guard suruh kitorang naik bilik sebab dah lewat sangat. Hish, baru ingat nk duk lama kat lua..=.=



Friday, December 9, 2011

Tazkirah Jumaat #1

Assalamualaikum...


"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang paling tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

 p/s: Esok Yun ada conference tuk subjek ASEAN Politik. Doakan Yun mkay..:)




Tuesday, December 6, 2011

:: Just One Word-Sabar ::

Assalamualaikum....


"Sabarlah Yun...."

SABAR. Ye, tak dinafikan sabar tue separuh dari iman. Tapi kadang2 kita akan tewas jugak sebab tak semua dapat bersabar sehingga ke akhir. Yun sendiri bukan orang yang sabar..=.=

Firman Allah SWT, mahfumnya;

"Wahai orang-orang beriman, bersabar kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah , supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."                            
                                                                                                                                                          (Ali-Imran3:200)

 p/s: Sakit itu penebus dosa kecil. So, Yun BERSABARLAH~~





Friday, December 2, 2011

Happy moment

Assalamualaikum...

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." -Cecil B. DeMille-

p/s: Dah nak balik umah..\(^^)/