My Fellow Followers

Thursday, February 21, 2019

WELCOME SAYANG

Assalamualaikum...

*sapu² debu, tiup² habuk*

Testing...testing...

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidiladha 1435H

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.. tahun ni tak dapat nak tengok lembu korban sebab kaki belum baik lagi.

0-0 eh..

Thursday, October 2, 2014

My Reddy is back to normal

ASSALAMUALAIKUM|

Syukur Alhamdulillah dh berjaya lepasi tahap kritikal. Semalam kecoh 1 umah sebab Nurul tak berhenti muntah² sampai best friend nak hantar gi hospital takot ada effect internal.

Tapi mujurla petang semalam dah baik. Mr reddy pun dah balik semalam. Kalo sebelum ni mata dia buta sebelah tapi tadi Nurul tengok mata dia dah cantik. Dapat ekzos baru, brake stand baru, handle baru. Semua barula. Best sangat! Tapi....tak boleh bawa lagi sebab kaki Nurul masih belum baik sepenuhnya. Takpela yer...next time.hehehe

Tuesday, September 30, 2014

Nenek kasi tongkat

Assalamualaikum

Sejak tersebarnya cerita tentang excident Nurul, ramai especially kawan² la care. Siap datang rumah konvoi konon melawat. Alamak haiii...sungguh terharu walaupun takdela teruk mana pun.

Yang paling terharu, nenek kasi tongkat. Hehehe.. thanks nenek! ��

I am a SUPER GIRL!!!

اسلام عليكم...

Semalam masa nak ke tempat keje, dgn takdir Allah something happened. Yeup, Nurul kne langgar dek kereta. Allah je tahu sakitnya masa tu. Nurul tak sedar apa² sampailah Nurul diangkat naik kereta.

Orang kata Nurul pengsan. Yang Nurul sempat dengar orang yang langgar Nurul tu taknak mengaku tapi Alhamdulillah ramai saksi yang cakap tu bukan salah ai.

Paling tak boleh blah bila orang cakap Nurul 'terbang'. Huhuhuhu... Akhirnya terima 3 jahitan bersama kepala yang bengkak. Report? Nasib baik yang hantar Nurul gi hospital tu abang polis. Kita kasi setel luar sebab itu orang tak mahu masuk balai. Hehehe...

Saturday, September 27, 2014

Datuk Seri Mukhriz in the house yo!!

ASSALAMUALAIKUM
Huhuhuiiii..pestime tau ai jumpa Datuk Mukhriz ni. Selalu tengok dalam tb ja.. Harini dapat tengok depan².

Suka tengok beliau. Sangat terserlah karisma beliau. Okay, nak cakap tu je.

Monday, September 22, 2014

Bila incik boss bagi pujian!

ASSALAMUALAIKUM.

Pergh! Kembang kempis kena puji dengan incik boss tak habis lagi nih! Paling best bila incik boss cakap,"Good job Nurul. Bulan depan naik gaji." Hoyeah!!! Giler tak suka. Nasib tak melompat je tadi pas kua bilik boss.

Barulah semangat nak balik rumah. Okay nak balik dulu!!

Sunday, September 21, 2014

Jauhnye dia datang untuk kau!

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah akhirnya dapat offer letter sebagai Pengurus Kewangan kat PTPTL College. Budak² yang belajar kat situ pun dah macam kawan². Almaklumlah size badan pun macam deme jugak. Hakhakhak..

Dan yang paling tak sangka bila Nurul berjaya mematahkan operasi pengedaran dadah di kalangan student Nurul. Tapi yang paling tak sangkanya bila pusher yang dikehendaki tu adalah AARON AZIZ kau!!!

"Jauh no roh si Aaron tu datang mimpi kau Ngah"

Oh! Mimpi eh? Hahahaha... Malunyer.~>_<~~>_<~

Saturday, September 20, 2014

Selamat Tinggal Seremban!

Lepas 4 hari 3 malam berkampung dekat sini, arini kena balik semula ke Johor. Esok dah kena kerja. Malam ni sampai rumah, nak taknak kena siapkan brand packaging kalau tak tetangguh lagi.

Tapi yang frustnya tak dapat makan mee udang!!!! Huwaaaa~������

Friday, September 19, 2014

Tazkirah Jumaat #11

Assalamualaikum...

Tengok last entri. Bulan 5. Hamekk ko Jah. 4 bulan tak hapdate blog. Takpe kita start dengan tazkirah dulu eh sebab Nurul nak cari idea dulu.

Saturday, May 17, 2014

Friday, August 30, 2013

Jamuan Untuk Budak Praktikal


Seperti yang korang sedia maklum, arini adalah hari terakhir Yun berpraktikal kat sini. Dan staff-staff PDKj beria-ia adakan jamuan untuk Yun. Pagi tadi, Abg Suhairi tanya Yun "awat taknak sambung lagi?" dan Yun cuma boleh cakap, "It depends to the organization." Betol kan? Kalau organisasi tu nak kan kita terus kerja kat situ, itu adalah keputusan mereka. 


Sedih? Entahlah...mungkin sedih. Yang pasti arini Yun rasa kosong yang teramat. Janganlah Yun nangis. Dahlah kat luar pun 'hujan'. Ada jugak Pejabat Daerah banjir. Hahahaha..

p/s: Dari semalam dorang suruh Yun buat text ucapan. Nak suruh Yun berucap ke hapa? Memang takdelah Yun nak berucap. Gugup hokey. Huhuhu...



Tazkirah Jumaat #10





Senang kata, jangan risau kalau masih tiada jodoh kerana Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Yang penting, kita sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan insan yang telah ditentukan untuk kita.


P/S: Last day in PDKj....sedih tapi happyyyy~~ Hakhakhakhakhakhak

Thursday, August 29, 2013

Cepatlah masa berlalu



29 haribulan.. Yeayyyyyy!!!! Can't wait to end this suffer. Yun pun dah dapat tempat kerja baru untuk start part time sementara tunggu masa untuk graduation. In Sha Allah, jika kita berusaha Allah pasti akan membantu.


Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday #4



28 haribulan....tinggal 2 hari lagi sebelum Yun berlalu meninggalkan Pejabat Daerah ni. Sepanjang Yun praktikal kat sini, macam-macam aktiviti Yun dapat ikut. Yang terbaru program Kembara Mahkota Johor yang baru jer habis semalam. Memang best lah semalam. Dapat tengok orang and yang penting dapat tengok my TMJ ♥♥♥

Dan 30 haribulan ni pula, Yun bakal terlibat secara tidak langsung dalam program Ambang Merdeka dan esoknya dalam perbarisan. At least Yun ada sedikit memori sebelum meninggalkan PDKj ni. :)


P/S: Perasaan kosong giler padahal dah nak tinggalkan PDKj

Tuesday, August 27, 2013

[Eksklusif] Kembara Mahkota Johor 2013



Yarabbi, kemain berhabuk blog Yun ni ek? Sorry geng. Agak sibuk kebelakangan ni. Tapi takpe, Yun tunjuk korang gambar sepanjang Kembara Mahkota Johor 2013 yang berlangsung pagi tadi. Layannnn~





Thursday, July 25, 2013

Penjawat Awam dapat RM500!!





Bebudak intern cam Yun ni xdapat ke? Hehehe...

p/s: Sebelum tamat intern tuntut duit raya kat abang-abang and akak-akak dalam ofis ni. Termasuklah inicik supervisor. =p



Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday #3


Kusss semangat! Hampir-hampir gugur jantung Yun dek dikejutkan Encik Zul. Ciskek tol! Ada ker patot dia pi sembunyi kat balik dinding lepas tu sergah Yun. Hailah, nasib Yun ni tak ada penyakit lemah semangat lau tak ziuuuung!! Dah kena beraya kat sepital. X_X




Ha, rini baru nampak update ek? Almaklumlah minggu lepas agak ke'busy'an sikit. Sebab nak uruskan majlis yang melibatkan Sultan Johor dan ahli keluarganya. Esok ada Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor kat Masjid al-Mubarak, Bandar Putra. Dapatlah jumpa TMJ esok. Sapa-sapa yang duduk and tinggal area situ, jom sama-sama mengimarahkan masjid. Nanti dapat terawih sama-sama. =) In Sha ALLAH.



Friday, July 19, 2013

Tazkirah Jumaat #9



Sedar tak sedar dah masuk 10 Ramadhan kita berpuasa kan? Semoga setiap ibadah yang kita lakukan ini mendapat keredhaan dariNya. In Sha ALLAH.

Sabda Rasulullah SAW: "Pada setiap malam bulan Ramadhan, ALLAH SWT berfirman tiga kali: "Apabila ada orang yang meminta, maka Aku akan tunaikan permintaannya, jika ada orang tyang meminta ampun, maka Aku akan ampun." Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah SAW: "Dikunjungi bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, ucaplah selamat datang atas ketibaan bulan ibadat yang penuh berkat dan rahmat, maka layanlah tetamu yang sedang datang itu." Riwayat Tabrani 

p/s: Dalam ofis dah berkumandang lagu-lagu raya yang dorang amek dalam koleksi Yun. Hehehe~


Wednesday, July 17, 2013

Maggie pun maggie larh~



Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa kan? Syukur semuanya dipermudahkan olehNya. Tapi meh sini nak bagitahu, tadi kamiorang bersahur makan maggie jer gara-gara mak kesiangan. Huish, mujurlah sempat sedar tapi sedarnya pun dah jam 4 lebih. Kebiasaannya, mak akan bangun jam 3 untuk siapkan juadah bersahur tapi mungkin sebab mak letih sangat.

So, jalan penyelesaian kitorang berbuka dengan maggie jer~ P sodap juga apa. Heeeee..=P

p/s: teringat masa zaman belajar dulu. Sahur maggie, berbuka jer macam-macam..