My Fellow Followers

Thursday, November 8, 2012

Banjir sudah~

Assalamualaikum....


Antara pesanan ringkas yang Yun dapat dari kawan Yun dan mak...

"Weyh, dah banjir ar area rumah aku. Nak tidur mana malam nie?"
"Rumah dah masuk air. Tidur dalam khemah la malam nie." 

Musim hujan macam nie memang tak boleh duga apa yang bakal terjadi. Tetiba Yun teringat banjir besar yang berlaku kat Johor dulu sampaikan Mersing jadi daerah terpisah sebab jalan yang menghubungkan ke bandar terputus.

p/s: Hilang ayam serama gara-gara banjir.. T_T



Wednesday, November 7, 2012

Ahakz....Finally! (≧◡≦)

Assalamualaikum....






Akhirnya....Berjaya jugak Yun membuat header sendiri dengan bantuan tutorial dari Si Gadis Merah. Gomapta berbanyak yer dik. Lalalala...(●*∩_∩*●) Sangat-sangat happy sebab dapat wat sendiri. ◤(¬‿¬)◥

p/s: Hati ai berbunga-bunga sekarang nie..hohoho...





Monday, November 5, 2012

Mencari waktu terluang

Assalamualaikum....


Okey, berhabuk sudah blog Yun ni. Macam tak tahu apa yang nak dicerita kat semua. Trafik? Memang tak ada lah macam blog Abg Ben. Cerita menarik? Lagi lah tak setanding Kak Yana. Ehhh...apa yang kau mengarut nie Yun????

Yun nak tanya if sape-sape la ea yang ader menyinggah and terbaca entry ni (ader ke orang nak baca? Takde infomatif langsung (─‿‿─)..) Yun nak mintak tolong ader tak sape-sape yang tahu camne nak men'update' blog nie jadi lagi cantik? Dasar amateur tol Yun nie kan? (╯︵╰,).

Tolong yer.. Sekian terima kasih.Kbai~¸,¤°´'`°•.¸¸.•°´'`°¤,¸



Wednesday, August 8, 2012

Miss Google? ~(*-.-*)~

Assalamualaikum~

Sedar tak sedar dah 19hari kita berpuasa kan? Alhamdulillah...semakin dekat dengan Aidilfitri maka semakin dekatlah hari pembebasan syaitan yang selama ini dibelenggu dengan rantai. Hari-hari yang semakin hampir dengan Aidilfitri nie lah sepatutnya kita isi dengan amalan-amalan seperti solat di waktu dinihari, membaca Al-Quran sebab who knows kita dipertemukan dengan Malam Seribu Bulan yang sememangnya kita nantikan tu kan? InsyaAllah jika kita dipilih menjadi insan yang bertuah itu olehNya.

Owh..bukan nie sebenarnya nak kongsi. Yun dapat satu nama gelaran baru masa dalam kelas Warisan dan Budaya tadi. Budak-budak nie semua panggil Yun 'Miss Google'. Why? Sebab cuma Yun yang tahu sal seni budaya Zapin dengan Kuda Kepang. Member dalam group Yun tu semuanya budak-budak Sarawakian so mereka bukan tak tahu cuma tak pasti dengan seni persembahan di Semenanjung.

Well, sedap jugak kan nama 'Miss Google' tue? hehehe...ni je sebenarnya nak bagitahu.. Tak de pe pon sebenarnya.. Bubye.. See u later on..

Saturday, August 4, 2012

Aidilfitri Bersama Air Asia


Assalamualaikum semua....




Dah beli tiket balik raya? For students yang belajar kat Semenanjung mesti dah beli tiket bas sebulan sebelum puasa lagi kan? Macam kami orang yang belajar kat area Sabah or Sarawak lagi lah..Tapi tah pe silapnya,,Yun lambat beli tiket balik. Bila tengok tiket nak balik 17hb,,ha amek ko...500+MYR kot. 18hb pun sama jugak. Last-last, Yun cakap kat ayah Yun balik 19hb ini bermakna Yun balik pagi raya...T_T



Ayah memula marah lah jugak tapi bila Yun cakap tiket sehala aje dah macam harga emas 916, ayah terus cakap, "Err....takpelah. balik je la 19hb." Memang terbaik kan...nanti sampai airport terus balik kampung ayah kat Muar. Tak sempat pun nak ziarah kubur arwah atok. Mungkin lepas beraya rumah atok sebelah ayah, Yun berkesempatan ziarah arwah atok.. Haish,,belum pernah dalam seumur hidup Yun beraya dalam flight. Nak jugak merasa, mana lah tahu steward ngan stewardess pakai baju raya ke nanti..hihihihi...



p/s: Time raya nie lah banyak jemputan kahwin. Memang takde can nak diet..(-.-")



Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Lembaran Baru


Assalamualaikum....






Fuh! Fuh! Fuh! *sambil buat aksi tiup habuk*. Lamanya Yun tak menulis di sini kan? Sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan. Dah 4 hari umat Islam menyambut puasa tapi baru hari ini Yun tergerak hati nak kemaskini blog Yun. 

Nak tahu,,bulan Ramadhan tahun nie la tahun yang paling sayu untuk Yun dan keluarga Yun sebab buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut puasa tanpa atok di sisi. Tahun ni juga Yun tak dapat sambut puasa bersama keluarga sebab masih lagi di sini, di UNIMAS sebab Yun ambil short sem. Takpelah sekurang-kurangnya dapat Yun hilangkan rasa sayu puasa tanpa arwah atok.

Puasa di UNIMAS? Sama jer macam tahun-tahun sebelum nie cuma tahun nie berpeluang lah sambut dengan adik-adik Asasi batch 2012/2013. Baru 4 hari berpuasa tapi dah bermacam pengalaman yang Yun tempuhi. Paling best masa bangun sahur, yelah di Sarawak waktu sahurnya pukul 3 pagi sebab imsak pukul 5 pagi. Seawal 3 pagi, fizikal dan mental mesti kena bersiap sedia sebab akan ada tukang kejut sahur tak official kat Kolej Seroja nie. Tak tahu lah kalau hamba Allah tersebut diamanahkan untuk kejut semua penghuni kan. Tapi,,biasanya bila 'siren tak official' tu berbunyi, Yun makin tarik selimut. Pukul 4 atau 4.30 pagi baru Yun bangun. Biasanya menu Yun untuk bersahur segelas nesvita dengan sepaket biskut. *Aik, diet ke Yun.*

Waktu berbukanya pula mestilah awal kan walaupun tidak seawal kawan-kawan di UMS. Seawal pukul 5 petang ramai dah berduyun ke bazaar Ramadhan di Desa Ilmu. Semalam Yun dengan kawan-kawan Yun; Jenny, Mith, Steph dan Joyce pergi bazaar dan alang-alang tu mereka semua nak berbuka puasa dengan Yun. Tapi,,yang Yun rasa nak gelaknya mereka beli makanan mengalahkan Yun yang berpuasa. Yun cuma beli 2 cucuk hati ayam panggang sebab makanan lain macam tak menarik selera Yun tapi Steph? Kiri kanan dengan plastik makanan. Akhirnya, kami pergi kedai Sajian Kampung dan Yun pesan Nasi Goreng Daging untuk berbuka sebab takkan Yun nak berbuka dengan 2 cucuk hati ayam panggang aje kan? Seriously, kalau korang tengok meja kami semalam memang penuh.

Apa pun, Yun seronok dapat berbuka dengan kawan-kawan non Muslim Yun. Walaupun mereka tak puasa macam kita, tapi mereka ada rasa hormat. Sama-sama tunggu waktu berbuka dengan Yun. Sekurang-kurangnya terubat rindu tak dapat berbuka dengan keluarga tersayang. 

Balik raya? Ermm,,,malam raya baru Yun sampai di bumi Johor. Barulah nampak macam betul-betul belajat di overseas kan? hehehe.. Okay lah,,,dah masuk waktu berbuka pun,,tak elok melambatkan berbuka. Dimulai dengan basmallah..Selamat Berbuka untuk warga Sabah dan Sarawak dan untu warga Semenanjung, sila baca ayat ini 30 minit kemudian..^^

wasalam.

Friday, May 4, 2012

Sweetest memories in Kabong

Assalamualaikum,,,,,,






26 hingga 29 April yang lepas Yun dengan kawan2 satu kelas Politik Negara Membangun berkesempatan ke Kampung Kabong di Saratok untuk kitorang punya fieldwork + community work. Memang best and sweet memory ever...:)

p/s: Nak pergi lagi....