My Fellow Followers

Sunday, November 27, 2011

Dems!! Die tahu cara aku tidur??

Assalamualaikum...

Masa Yun duk mengodek2 segala laman web yang ada gara2 kebosanan, Yun terpandang 1 pic nie.


Tetibe teringat lak masa zaman bebudak hingusan dulu. Dulu Yun dengan kakak suka tangkap mentadak nie *sekarang tak lagi sebab takut*. Lepas tue, kitorang sekali ngan geng2 bas sekolah kumpul ramai2 nak tengok si peramal tidur dari cik mentadak nie. Time nie, Yun ngan akak percaya yang haiwan kecil nie ley ramal orang tidur sebab dorang yang cakap.

Adalah sorang kawan laki Yun nie *lupa nama die*, lepas kitorang baca ayat mentera die gi terbalikkan mentadak tue pastu cakap,

"Ha, camnie la mu tido dak kecik"

Agak lama jugak la Yun percaya mentadak nie ley tiru orang tido sampai Yun tingkatan 5 baru Yun tahu yang semua itu hanya TIPU BELAKA. Dems!! mati2 Yun ingat that little thing SKODENG Yun tidur.


Friday, November 25, 2011

Watson Nyambek Tabik Sprrrrriiiing Wa Cakap Lu..

Assalamualaikum..

Di satu petang yang mendamaikan. Yun bersama geng2 terejalnyer berjalan dengan penuh keganasan keayuan menuju ke bus stand sambil ralat memerhatikan kanak2 ribena berkejaran. Tetibe dengan tak semena2.....

Yun: Wey, matrik aku ner? http://www.emocutez.com
Kawan 1: La..ang letak mana?
Kawan 2: Pulok doh..tinggal la tue kat tempat tadi.
Yun: Eh, korang. Aku nak gi amek jap. Sempat kan aku amek b4 next bas? *larilah Yun selaju boleh merentasi bukit tangga yang setinggi Gunung Santubong (nampok benor nipunyer =.=)*

5 minit selepas itu...
Kawan 2: Rilek2 lu.Bas dop maghi lagi nih.
Kawan 3: Okay la tue. Kurang dah 5kg..
Yun: What the??!!! 

Betol Yun cakap ngan korang... Serious laju Yun lari gara2 taknak matrik kad hilang. Hambek ko. Hilang semua ciri2 wanita melayu terakhir. Watson Nyambek pun ley tabik spriiing taw tapi natijahnye??? Macam nie keadaan Yun sekarang-----> http://www.emocutez.com

p/s: make sure bende tak tertinggal.



Monday, November 21, 2011

Yun bangga Yun Anak Johor ^^!

Assalamualaikum...

Aii,,korunk ^^! Sape anak Johor kat sini? Cepat angkat tangan, tak tangan, kaki pun boleh..heee :D
Nak tahu camne nak trace seseorang tue orang Johor? Yun nak kongsi sikit kat sini sebab Yun dapat artikel nie dari kawan Yun kat MukabukuSenang jerk nak trace.

  1. Setiap dari hujung soklan, mesti ada word Ekk. Word nie dah kire cam trademark bagi orang Johor. Contoh: Korang beli benda nie kat mana ekk? Nama awak pe ekk? Ha, lebih kurang camtu la soklannya.
  2. Selalunya bila orang nak ke bandar, mereka akan cakap nak ke bandar or etc kan? Tapi kami orang me'refer' Johor itu sebagai JB. Contoh: Esok aku nak gi turun Johor, nak ikut?
  3. Orang Johor pronounce MUAR as MUOR. Just tukar AR ke OR. Contoh pagAR ke pagOR, besAR ke besOR.
  4. Orang Johor mmg terkenal dengan loyar buruk dan sense of humour di tahap gaban. Pernah korang tengok orang Johor muka serius tak? Contohnya macam Yun nie ha..<---bajet mintak lempang..hahaha
  5. Endut. Endut nie maknanyer boipren or girlpren. Contoh: Korang ada endut tak? Korang selalu berendut kat mana? Orang ada endut, dia pun nak ada endut.
  6. Kami suka makan gula tarik, sagon.. Kat Sarawak pun Yun boleh makan sagon tau. Jangan tak tau. Mak angkat Yun yang buat untuk Yun. Korang ade? ;p
  7. Telur Pindang. Tiap2 kali kenduri mesti de telur pindang nie.
  8. Orang Johor panggil almari GEROBOK. Tido pulak pakai GEBOR and kat Johor jerk ada words JAJAN. Tak caye? Yun cakap kat kawan Sarawak Yun nak gi beli jajan, dia tanya balik jajan tue apa. Hehehe..;p
  9. Lepas tue, cara orang Johor sebut pegang. Bukan e pepet tau p e taling. Tak tahu e pepet ngan e taling tue hape? Pi rujuk buku BM Form6.
  10. Orang Johor dapat tengok channel Singapore..Hehehe
p/s: Mood tengok bola walaupun tengok online. Geram sangat2.=.=

You have smart phone? I'll show you my STUPID phone

Assalamualaikum...

Korang,,Yun nak tanya..smartphone tue menatang per? O.o.. Sila jangan marah sebab siyes Yun tak tahu langsung pasal phone yang canggih manggih nie. Kalau baju sekolah Amy yang jenama Canggih tue, Yun taulah. Kenapa Yun tanya? Sebab tadi dalam kelas method, Dr Peter minta one of the student switch off phone die coz it ringing during the class. Then, dia cakap:

"I know you have smartphone but I do have one too. I don't call my phone smartphone but STUPID phone. Why? Because it keep ringing whenever I want to sleep and I hate it. So, please switch off your smartphone before it turned like my STUPID phone." (Dr. Peter, 2011)

Smartphone or STUPID phone?

Okay, Yun dah tahu camne upenyer stupidphone smartphone yang Dr Peter bagitahu sebab dua dari kiri kawan Yun ada pakai. Almaklumlah Yun nie buta bab2 phone yang canggih nie. Tapi Yun curious la, is it my phone termasuk dalam smartphone or stupid phone?


Pinjam gambar kat en Google sb xde mase nk upload gmbr phone Yun. ;p


p/s: Moral story nie jangan on phone dalam class..Sekian, terima kasih baca..^^

Saturday, November 19, 2011

:: Yun bukan Angry Bird ::

Assalamualaikum...

Korunk belum pernah nampak Yun marah kan? Actually dari dulu Yun tak suka marah2 sebab bila Yun dah marah, Yun akan buat ramai orang benci pada Yun sebab Yun jenis straight forward. Tak suka, akan terus cakap tak suka dan yang paling Yun takut sekali ialah bila Yun dah marah, Yun takkan peduli pe perasaan orang tue. That is what I'm afraid of.


Aku ngah marah nie..

Yun tak suka bila Yun marah sedangkan itu bukan diri Yun. Even mak sendiri cakap bila Yun marah, semua lepas. Apa yang Yun pendam akan keluar sendiri.


Please stay away from me when you see me in this condition


Sebab tue lah Yun cuba sedaya upaya untuk tak marah. Bila ada orang buat Yun marah, Yun akan ambil keputusan dengan cara mendiamkan diri and tak bertegur ngan orang tue. Dengan cara camtu, secara perlahan perasaan marah tue akan hilang sendiri. Tak percaya? Cubalah korunk wat Yun marah..Yun letupkan korang dengan pedang petir pinjam kat Boboiboy..hahahaha..:p


p/s: Kenapa Yun post pasal nie? Ntah..Semua sebab marah  ngan line kat Cais nie ha. Time nak bukak page academic, slow je loadingnyer. Page laen laju plak especially blog nie..huhu


Friday, November 18, 2011

Voucher or cash money?

Assalamualaikum...


-sample- Hutang ngan en Google

Tadi around pukul 11, mak Yun hantar sistem pesanan ringkas atau bahasa modennyer SMS. Antara contoh2 message yang dihantar mak kat Yun...

Mak: Da dpt voucher rm200? Amy da amek td.
Yun: Voucher mende?
Mak: Aii, PM yg wt pengumuman kt tv IPTA IPTS pn dpt tau..<---okay, nampak sangat Yun tak mengikuti perkembangan semasa.(-.-") Hey, don't blame me. I'm innocent. ;p
Yun: Takde pun notis kat fakulti. Lau dpt pun bkn cash, voucher beli buku jer.
Mak: Mmg pn. Tok Najib suh korg beli buku bukan cash money..jgn jeles..

Erk? Apakah? o.O Sampai ati mak cakap Yun camtu...Waaa...nie yang nak pi jmpe TNC tanya..hehee

p/s: antara cash money ngan voucher, Yun pilih cash money. Atleast ley beli tiket balik Johor..huhuhu

Thursday, November 17, 2011

Antara Sport Car, Lembu dan Durian Kacukan

Assalamualaikum..


Di suatu pagi yang tenang sambil Yun menikmati keenakkan roti berintikan sosej bersama air mineral yang tidak sejuk. Pepagi minum ais tak elok yer kawan2. Datang dua jejaka yang tak kurang machonya minta izin nak mengorat duduk kat meja Yun. Dengan penuh senyuman dan mulut yang penuh, Yun mengangguk. <---Gila nak cakap, tersembur karang, Yun gak yang malu. (-.-")

Dipendekkan menaip, dengar je la pe 2 orang jejaka malaya terakhir ini berkata2

Jejaka 1: Lembu kat Malaysia skunx dah mahal. Mau 40k lau nak export dari lua. <--fakta atau auto?nobody knows..
Jejaka 2: Yeke? Kenapa tak ternak jerk? Aku bleh beli kete sport ngan wet banyak tue.
Jejaka 1: Aritu aku makan durian..
Jejaka 2: Durian kacuk tue pe nama ek? Besar kan durian tue?

Errr...konpius aku dengar perbualan dorang.=.=

p/s: cerita nie takde kena mengena ngan yang hidup ataupun yang mati. Sekian...


Wednesday, November 16, 2011

::Angry bird yang angry::

Assalamualaikum...




Takde pape pun yang nak ditulis just nak bagitahu Yun ngah main game angry bird kat Google punya kawan, Chrome. Hehehehe...;p

p/s: study 5 minit, main game dekat 1 jam. Nie kalo tahu dek ayah, mau die rampas balik berukband Yun.


:: More Merapu From Yun ::

Assalamualaikum...

Okay, per ek nak buat tuk edisi merapu kali nie?


Ermmm..pe ek?



Sambil tue jom pekena nescafe ka..arak is not allowed


Hamtaro pun nak pikir gak..

Tapi kan, Yun rasa Yun tahu per nak wat...



Kite gi mam dulu la...Yun sangat2 lapar tau..

sumber: mintak izin pada en Google dulu

p/s: Gara2 minum nescafe kaw, Yun xley tido langsung..Mata dah jadi macam ni--->O.=

Monday, November 14, 2011

::Edisi Merapu::

Assalamualaikum...

Tadi masa Yun duk berFacebooking, Yun terjumpa 1 petua daripada kenalan Yun. Rasa2nyer petua nie memang boleh membantu mereka yang memerlukan.

  1. Petua cepat dipinang- Banyakkan minum air pinang
  2. Menegangkan kulit muka- Stapler tempat yang kendur tue
  3. Menghilangkan cagu- Potong jari yang kena cagu tue
  4. Menghilangkan bau badan- Berendam dalam minyak wangi
  5. Melembutkan rambut- Rendam kepala dalam air yang menggelegak
  6. Melentikkan bulu mata- Pakailah bulu mata palsu
  7. Melebatkan rambut- Cari baja rambut
  8. Mengurangkan dengkur- Kurangkan tidur
  9. Menghilangkan ketuat/kutil- Potong guna pisau cap buaya
  10. Mengempiskan perut- Jangan makan/minum
  11. Mengekalkan kecantikan- Jangan tanggalkan make-up, jangan sesekali basuh make up tue
  12. Menyegarkan mata- Gunalah eye mo
  13. Mengelak rambut gugur- Lumur rambut dengan gam gajah
  14. Menghilangkan kelemumur- Gunakan lah syampoo Rejoice (guna jari pun boleh;p)
  15. Menurunkan berat badan- Turun guna tangga kecemasan
  16. Mengatasi tumit pecah-pecah- Jalan berjengket-jengket
  17. Memerahkan bibir- Pakai lipstick la
  18. Menghaluskan kulit muka- Gosok dengan kertas pasir
  19. Menaikkan seri muka- Makan kuih seri muka sambil naik tangga
  20. Menghilangkan bau mulut- Minum minyak wangi
Amacam? Agak2 boleh tak membantu korunk? Hehehehe... Selamat beramal 


p/s: sebelom korunk sume kejar Yun dengan penyapu, baik Yun cabut lari dlu...hahahahaha MySpace



Bangga giler seyh..;p

Assalamualaikum....MySpace


Kenapa Yun MySpace  sangat nie? Sebabnyer...cer tengok kat sidebar sebelah kanan korang? Hehehehehe...Widget Tik tok gambar Yun. Thank you la bebanyak kat crew widget sebab approve request Yun and watkan Yun widget yang super duber cute nie.

Sangat MySpace kan? Lalalalalala...Mood MySpace arini.

p/s: Mood donlod movie sb line wireless giler laju mencurah2 ke ladang gandum. ;p




Sunday, November 13, 2011

Padan Muka Aku!! MySpace

Assalamualaikum...


Awak "buzz" via Yahoo Massenger, saya tak layan...
Awak sent message via Celcom, saya tak balas...
Awak video call via Skype, saya decline...
Sekarang bila awak tak "buzz", sent message, video call... saya jadi rindu...
Bila saya rindu saya akan tengok wall awak walaupun awak jarang on Facebook...

Haish...nie lah akibatnya kalau dah jual mahal sangat. Bila si dia nak pujuk, Yun tak mau layan. Sekarang si dia pulak yang merajuk. Padan muka kau Yun!! Pe Yun nak buat sekarang nie? MySpace


p/s: Mak call bagitahu Abang Ajak tunang arini. Tahniah bang. ^^!


Saturday, November 12, 2011

Cuti Sekolah jadi Rebutan

Assalamualaikum...

Tadi Yun call mak and berbual2 ngan mak. Mak cakap minggu depan cuti sekolah dan time tue banyaklah acara makan free. Apakah acara itu?? 




Nanti Yun bagitahu.....kalau rajin.. ;p



BUNUH DIRI KERANA EXAM

Assalamualaikum....MySpace




Daejeon, Korea Selatan- Seorang pelajar berusia 18 tahun bunuh diri beberapa jam sebelum dia dijadualkan mengambil peperiksaan kemasukan ke kolej / universiti. Berita penuh di sini.


Peperiksaan kemasukan ini sangat2 diambil perhatian oleh kerajaan Korea Selatan. Sepanjang peperiksaan berlangsung, sebarang aktiviti perniagaan hanya beroperasi selepas tamat peperiksaan. Kapal terbang tidak dibenarkan berlepas atau mendarat semasa peperiksaan. Seluruh warga Korea Selatan akan memastikan tiada satu pun pelajar yang akan terlepas menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan kemasukan ini akan menentukan nasib generasi muda dalam sektor pekerjaan dan juga perkahwinan. Selanjutnya di sini

Suasana dalam dewan peperiksaan

Pelajar2 junior beri sokongan kepada senior2 mereka yang akan menduduki peperiksaan


p/s: Exam SPM pun dah stress apatah lagi kalau ada exam macam nie. Bersyukur Malaysia tak buat exam macam nie.

sumber: Al-Jazeera, Wall Street Journal dan google imej.


Friday, November 11, 2011

Errr....erm....huh? o_O

Assalamualaikum...



Err...ermmmm...




Ermmmm....




Argh...ermmmm....>.<


Ermmmm......o_O ?




Huh???????? O_O

Mode:: blurrrr.....





111111-Single Day?

Assalamualaikum semua..MySpace


*regang2 badan* Sesi merapu bermula lagi. Baru2 nie Yun MySpace kat satu belog *Maaf, Yun lupa link belog tue* nie. Isi kandungan belog tue memang teramat SUPER DUPER BEST! Tapi tue la Yun lupa link belog tue, kalau tak ley Yun bagi kat korang sume. By the way, arini 11/11/11 kan? Ramai yang cakap arini hari yang bertuah. Dari sudut mana Yun pun kurang pasti tapi kawan Yun bagitahu arini hari "Single Day" 



Ikot pe yang Yun dibagitahu, *kena cited lau x, dia cakap Yun plagiat =.=* "Single Day" nie tuk orang yang berkapel and cuma arini jerk ley jadi single esok dah xboleh. Pe significant pun Yun tak tahu, better tanya die lagi pasni.

p/s: Ala, die ngah bergaduh ngan bf die dat y la die ckp arini "single day" Apara...


sumber imej: google