My Fellow Followers

Friday, August 30, 2013

Jamuan Untuk Budak Praktikal


Seperti yang korang sedia maklum, arini adalah hari terakhir Yun berpraktikal kat sini. Dan staff-staff PDKj beria-ia adakan jamuan untuk Yun. Pagi tadi, Abg Suhairi tanya Yun "awat taknak sambung lagi?" dan Yun cuma boleh cakap, "It depends to the organization." Betol kan? Kalau organisasi tu nak kan kita terus kerja kat situ, itu adalah keputusan mereka. 


Sedih? Entahlah...mungkin sedih. Yang pasti arini Yun rasa kosong yang teramat. Janganlah Yun nangis. Dahlah kat luar pun 'hujan'. Ada jugak Pejabat Daerah banjir. Hahahaha..

p/s: Dari semalam dorang suruh Yun buat text ucapan. Nak suruh Yun berucap ke hapa? Memang takdelah Yun nak berucap. Gugup hokey. Huhuhu...



Tazkirah Jumaat #10





Senang kata, jangan risau kalau masih tiada jodoh kerana Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Yang penting, kita sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan insan yang telah ditentukan untuk kita.


P/S: Last day in PDKj....sedih tapi happyyyy~~ Hakhakhakhakhakhak

Thursday, August 29, 2013

Cepatlah masa berlalu



29 haribulan.. Yeayyyyyy!!!! Can't wait to end this suffer. Yun pun dah dapat tempat kerja baru untuk start part time sementara tunggu masa untuk graduation. In Sha Allah, jika kita berusaha Allah pasti akan membantu.


Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday #4



28 haribulan....tinggal 2 hari lagi sebelum Yun berlalu meninggalkan Pejabat Daerah ni. Sepanjang Yun praktikal kat sini, macam-macam aktiviti Yun dapat ikut. Yang terbaru program Kembara Mahkota Johor yang baru jer habis semalam. Memang best lah semalam. Dapat tengok orang and yang penting dapat tengok my TMJ ♥♥♥

Dan 30 haribulan ni pula, Yun bakal terlibat secara tidak langsung dalam program Ambang Merdeka dan esoknya dalam perbarisan. At least Yun ada sedikit memori sebelum meninggalkan PDKj ni. :)


P/S: Perasaan kosong giler padahal dah nak tinggalkan PDKj

Tuesday, August 27, 2013

[Eksklusif] Kembara Mahkota Johor 2013



Yarabbi, kemain berhabuk blog Yun ni ek? Sorry geng. Agak sibuk kebelakangan ni. Tapi takpe, Yun tunjuk korang gambar sepanjang Kembara Mahkota Johor 2013 yang berlangsung pagi tadi. Layannnn~