My Fellow Followers

Monday, March 25, 2013

Pie? Kak Ngah? Oh My Allah!!


Yun baru start kerja kat kiosk bawah Cais tadi. Itupun Anis yang me'rekomen' kat bos dia. Nama bos dia Pie. Tak tahulah nama betol Shafie kot. Sementara tunggu Anis masuk pukul 2, Yun jalan-jalan lah memerhati segala benda yang ada kat kiosk tu and Yun terjumpalah Kak Dayang yang dulu pernah jadi supplier kamiorang masa Yun jaga kiosk kat CTF 4 semester lepas. Tetibe dia cakap kat Yun.

Kak Dayang: Kitak dah jumpa belum bos kitak?
Yun: Belum gik. Kamek baru masuk hari tok. Kenak kak?
Kak Dayang: Owh.. Untung kitak kerja sitok. Nya handsome. Akak panggil nya Kak Ngah.
Yun: Kak Ngah? Nya bukan laki-laki ka kak? Kenak akak panggil nya Kak Ngah.
Kak Dayang: Nama timangan.

Lepas tu, Kak Dayang terus balik lepas dia settlekan urusan kuih-kuih dia kat situ. Yun makin tak sabar nak jumpa dia coz Anis bagitahu bos Yun lelaki. Then, masa Yun datang semula kiosk lepas solat Zohor, tetiba datang lelaki yang agak-agak ermmmm..jugaklah tegur Yun.

Mamat ehem-ehem: Hah, ang ni ka kawan Anis tu? Nama ang sapa?
Yun: Err.. yer. Nama saya Azie. (Dalam hati: Siapa pulak mamat sotong ni sibuk-sibuk nak tahu sal aku?)
Mamat ehem-ehem: Ha, baguslah. Ni tuk ang. *sambil hulur pastri kat Yun*

Lepas tu, dia pi join venture dengan kawan-kawan dia. Datang Adam. Dia ni partner Yun untuk hari pertama Yun kerja. Yun tanya dia, siapa tadi tu. Adam jawab.

"Tu lah Pie a.k.a Kak Ngah yang Kak Dayang cakap tadi."

Oh My Allah, Yun tahu yang bos Yun lembut coz Anis pernah bagitahu tapi serius Yun tak tahu selembut itu. Serious seriau hokey!


p/s: Tak tahu kenapa Yun takut ngan golongan ni walaupun takde niat apa-apa.

No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^