My Fellow Followers

Friday, June 28, 2013

Tazkirah Jumaat #8



Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa di Jumaat penghulu segala hari. Hari kelima Yun berpraktikal di Pejabat Daerah Kulaijaya. Dan pukul 8.00 sampai 8.30 pagi tadi ada Majlis Membudayakan Al-Quran. Kata kak Zal, memang tiap-tiap hari Jumaat semua kakitangan kat sini akan buat aktiviti membaca Quran. Tadi, kitorang baca Surah Fussilat, ayat 1 sampai 11. Lepas tu, ustaz yang mengetuai bacaan Quran tadi ceritakan serba sedikit mengenai peristiwa di sebalik surah ni. So, Yun nak berkongsi dengan korang semua. 

Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

A001
Haa, Miim

A002
Turunnya kitab ini dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

A003
Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

A004
Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

A005
Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkaus serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "

A006
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain).

A007
"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".

A008
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

A009

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam.

A010
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

A011
Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut- patuh dengan sukarela"



Selamat beramal kawan-kawan.. Semoga amalan kita hari ni mendapat berkah dari ALLAH SWT. In Sha ALLAH.. =)

Tuesday, June 25, 2013

Aktiviti di hari kedua praktikal




Hehehe...inilah kerja Yun sekarang untuk hari kedua ni memandangkan incik supervisor Yun yang handsome tu ada meeting. Kita layan RunningMan dulu...Hohohohoho...


2nd Day at District Office.



Hari kedua praktikal di Pejabat Daerah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semalam Yun diberi tugas untuk buat slide presentation untuk meeting yang akan diadakan nanti. Itulah kerja pertama Yun lepas dari pagi Yun duk tercongok tak buat apa-apa. Hopefully dapatlah Yun join sekaki meeting tu. Yelah, nak tahulah juga camne public sector punya meeting.

Okey, done about practical. Semalam masa Yun on the way nak balik, Yun ditegur seorang anak kecil. Maybe dalam lingkungan 7 tahun macam tu.

Selamat petang ustazah

Hehehe...macam tak percaya. Yun tengok diri Yun atas bawah. Pakai baju kurung, beg laptop di sisi sambil pegang fail. No wonder she thought me as ustazah. Huhuhu.. Dan tadi pagi, masa nak ke bas stand, *terpaksa naik bas coz ayah masih tak benarkan Yun bawa motor* Yun terserempak dengan Cik Mail yang masa tu on the way nak balik rumah lepas hantar anak dia. Dia tanya,

Cikgu ajar sekolah mana? Sekolah depan tu eh?
Yun cuma mampu tersenyum sebab tak sempat nak balas pertanyaan dia. Yelah, karang tak memasal kena tinggal dengan bas. Tak ke naya. Hehehe... Dah la masa naik bas tadi selamba je jalan ke tempat duduk tanpa bayar tambang. Almaklumlah dah lama tak naik bas tambang. Nasib baik ler pakcik bas tu tak marah. Hohoho




Monday, June 24, 2013

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr. K





Yun join segmen ni atas jemputan dari empunya segmen ni sendiri. Terima kasih yer sebab jemput Yun. :)
Baiklah, jumlah follower terkini adalah 222. Terima kasih juga kat empunya segmen ni sebab jadi follower yang ke 222. Huhuhu.

Masih sempat if yang lain masih nak join. Tarikh tutup jatuh pada tarikh lahir TMJ yakni 30hb Jun. So, jom join ramai-ramai. Dapatlah mengeratkan silaturahim..:)

p/s : Disalah anggap sebagai ustazah tadi. Hehehe



Bila dah takde kerja





Inilah kerja Yun sekarang. Almaklumlah incik supervisor bagitahu arini takde kerja lagi. Esok baru dapat kerja. So, arini sesi membohsankan diri. Huhuhu..


1st Day at District Office




pinjam kat google image

Yuhuuuuuuu~ Alhamdulillah sekarang Yun dah pun bergelar pelajar praktikal kat District Office Kulai. pertama kali jejak kaki kat sini Yun ditemani ayah. Why? Bcoz dia tak bagi Yun bawa motor sendirian berhad. Hokeylah ai kena faham kan sebab my dad kan risau kat anak dia ni. Lalalalala...

Sampai kt DO ni, Yun kena tunggu dulu coz semua staff ada perhimpunan pagi (ai tot sekolah je ada, xtaw pula public sector pun kena ada buat perhimpunan pagi). Lepas tu, barulah Yun jumpa dengan En Azmee a.k.a my supervisor. Handsome kooooooo..... :P

Lepas tu, En Azmee perkenalkan Yun dengan staffs yang lain. One word. They are soooooooo friendly and i loike it. Dah abis kenal tu, akak2 ni semua ajak Yun pergi turun makan. Dan dari situlah baru Yun tahu yang bekas District Officer dulu suka baca blog and when he knew yang Yun ni blogger so he chose me. Omaigucci!!! Hahahaha...

Apapun, Yun harap hari pertama Yun kat sini dapatlah Yun cari bakal suami pengalaman dan if possible dapat terus diserap dalam jabatan ni kan. Hehehehe.. In Sha Allah. :)



Monday, June 17, 2013

Good Bye dear Mr FYP~




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Ni rupa official MR FYP Yun selama ni. Sekarang, masa untuk berpisah dengan MR FYP. Sobsobsob...


p/s: Lepas ni nak buat Master pula.. In Sha Allah.



Thursday, June 6, 2013

Alhamdulillah, finally my FYP officially finish.





Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan syukur Alhamdulillah. Akhirnya selepas bertungkus lumus selama 2 semester, Yun akhirnya berjaya siapkan Projek Tahun Akhir Yun.

p/s: sekarang baru boleh fokus dekat final exam pula..semoga semuanya dipermudahkan.. Doakan sama-sama yer.. :)

Monday, June 3, 2013

Alhamdulillah...ticket for the last semester.






Alhamdulillah...selesai urusan pembelian tiket untuk balik ke kampung. Dan yang paling menariknya, I bought it myself!!! Give a big hand for me!!! *clap, clap, clap, clap*. Selama ni, suruh orang belikan. Semester ni baru dapat beli sendiri. Going back home leaving my Mr FYP, Putih, lecturers, friends and also UNIMAS...sobsobsob~




Naik 20MYR dah~





Baru jer tengok semalam harga 114MYR, hari ni dah naik naik 20MYR. Ada jugak Yun beli flight pukul 1540 tu. Agak-agak sempat tak ek? Hurmm..exam abis pukul 1130. 



Sunday, June 2, 2013

[Tahniah] Majlis Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin



Ini baru betul "Sebenarnya Saya Isteri Dia". So sweet. Kita doakan semoga masjid yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. In Sha Allah..:)

Jom tengok gambar perkahwinan Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin yang juga merupakan pengurus Izzue sendiri. Wah, kali ni memang betul-betul mengurus segala keperluan Izzue. Hehehe..



sumber: norfanil.com


Penawar segala kedukaan



Dikala kita dalam kesedihan, Allah hadirkan 'dia' untuk kita.'Dia' datang menghampiri kita, duduk disamping kita samping memandang tepat ke mata kita. Sinaran matanya seolah-olah memberitahu bahawa setiap yang berlaku adalah dugaan dari Allah.



Gambar hiasan


Entah kenapa tadi hati Yun sayu sangat. Yun duduk kat tangga yang menghala ke tempat basuhan tu. Sambil-sambil Yun panggil nama Putih. Dalam 5 minit camtu, Yun nampak kelibat Putih. Yun panggil dia dan dia terus duduk atas riba Yun. Lepas tu elok je Yun 'hujan'. Huhuhu..tapi Putih cam tahu-tahu jer. Dia cium muka Yun. Dia gesel-gesel kepala dia kat dagu Yun. Lepas tu, macam angin rasa sedih tu hilang.

Ya Allah, makin sedih nak tinggalkan Putih. Tinggal beberapa hari je Yun kat sini sebelum Yun tamat pengajian. Lepas ni, dah tak dapat jumpa Putih. Pernah Yun terpikir nak bawa Putih naik kapal dan jaga kat rumah tapi banyak prosedur. Nak kena jumpa veterinar bagai, inject ler hapa lah. Nampaknya terpaksa juga berpisah dengan Putih. Sobsobsobsob *sambil lap hingus*