Dikala kita dalam kesedihan, Allah hadirkan 'dia' untuk kita.'Dia' datang menghampiri kita, duduk disamping kita samping memandang tepat ke mata kita. Sinaran matanya seolah-olah memberitahu bahawa setiap yang berlaku adalah dugaan dari Allah.
Gambar hiasan
Entah kenapa tadi hati Yun sayu sangat. Yun duduk kat tangga yang menghala ke tempat basuhan tu. Sambil-sambil Yun panggil nama Putih. Dalam 5 minit camtu, Yun nampak kelibat Putih. Yun panggil dia dan dia terus duduk atas riba Yun. Lepas tu elok je Yun 'hujan'. Huhuhu..tapi Putih cam tahu-tahu jer. Dia cium muka Yun. Dia gesel-gesel kepala dia kat dagu Yun. Lepas tu, macam angin rasa sedih tu hilang.
Ya Allah, makin sedih nak tinggalkan Putih. Tinggal beberapa hari je Yun kat sini sebelum Yun tamat pengajian. Lepas ni, dah tak dapat jumpa Putih. Pernah Yun terpikir nak bawa Putih naik kapal dan jaga kat rumah tapi banyak prosedur. Nak kena jumpa veterinar bagai, inject ler hapa lah. Nampaknya terpaksa juga berpisah dengan Putih. Sobsobsobsob *sambil lap hingus*
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^