My Fellow Followers

Thursday, July 25, 2013

Penjawat Awam dapat RM500!!





Bebudak intern cam Yun ni xdapat ke? Hehehe...

p/s: Sebelum tamat intern tuntut duit raya kat abang-abang and akak-akak dalam ofis ni. Termasuklah inicik supervisor. =p



Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday #3


Kusss semangat! Hampir-hampir gugur jantung Yun dek dikejutkan Encik Zul. Ciskek tol! Ada ker patot dia pi sembunyi kat balik dinding lepas tu sergah Yun. Hailah, nasib Yun ni tak ada penyakit lemah semangat lau tak ziuuuung!! Dah kena beraya kat sepital. X_X




Ha, rini baru nampak update ek? Almaklumlah minggu lepas agak ke'busy'an sikit. Sebab nak uruskan majlis yang melibatkan Sultan Johor dan ahli keluarganya. Esok ada Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor kat Masjid al-Mubarak, Bandar Putra. Dapatlah jumpa TMJ esok. Sapa-sapa yang duduk and tinggal area situ, jom sama-sama mengimarahkan masjid. Nanti dapat terawih sama-sama. =) In Sha ALLAH.



Friday, July 19, 2013

Tazkirah Jumaat #9



Sedar tak sedar dah masuk 10 Ramadhan kita berpuasa kan? Semoga setiap ibadah yang kita lakukan ini mendapat keredhaan dariNya. In Sha ALLAH.

Sabda Rasulullah SAW: "Pada setiap malam bulan Ramadhan, ALLAH SWT berfirman tiga kali: "Apabila ada orang yang meminta, maka Aku akan tunaikan permintaannya, jika ada orang tyang meminta ampun, maka Aku akan ampun." Riwayat Tirmizi

Sabda Rasulullah SAW: "Dikunjungi bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, ucaplah selamat datang atas ketibaan bulan ibadat yang penuh berkat dan rahmat, maka layanlah tetamu yang sedang datang itu." Riwayat Tabrani 

p/s: Dalam ofis dah berkumandang lagu-lagu raya yang dorang amek dalam koleksi Yun. Hehehe~


Wednesday, July 17, 2013

Maggie pun maggie larh~



Alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa kan? Syukur semuanya dipermudahkan olehNya. Tapi meh sini nak bagitahu, tadi kamiorang bersahur makan maggie jer gara-gara mak kesiangan. Huish, mujurlah sempat sedar tapi sedarnya pun dah jam 4 lebih. Kebiasaannya, mak akan bangun jam 3 untuk siapkan juadah bersahur tapi mungkin sebab mak letih sangat.

So, jalan penyelesaian kitorang berbuka dengan maggie jer~ P sodap juga apa. Heeeee..=P

p/s: teringat masa zaman belajar dulu. Sahur maggie, berbuka jer macam-macam..

Monday, July 15, 2013

Nikah gantung tu camne ek?



pinjam dari pakcik gugel


Malam tadi, Yun terdengar story sal nikah gantung ni. Jadi Yun wondered, kenapa nak buat nikah gantung? Tak ke nanti jadi dua kali kerja?

Actually, Yun kurang faham sal nikah khitbah ni. Dah banyak artikel Yun godek-godek dalam usaha nak faham apa tu nikah khitbah. Ada artikel yang menyatakan nikah khitbah pasangan ni tak tinggal serumah. Acamne pulak tu? Yun nak tanya mak and ayah tapi karang depa pikir anak dara dorang ni dah gatal nak menikah. Calon pun nan hado. =p

Hokey, nanti tersasar topik, sesapa tau, ley terangkan dengan lebih jelas tak pada Yun?

p/s: Kalaulah T** yang ajak nikah, berjalan tak pijak tanah den =p 


Wednesday, July 10, 2013

[Tahniah] Adik Amer berjaya puasa penuh








Alhamdulillah...akhirnya adik Amer berjaya gak habiskan puasanya walaupun dia hampir-hampir nak 'membuka puasa' kat bazaar Ramadhan petang tadi. Syukur Alhamdulillah..=)



Wordless Wednesday #2



Harini cuti!!! Yeay!! *macam cuti setaun jer.* Alhamdulillah, dapat bersahur sama-sama family pagi tadi. Adik Amer pun ikot bangun sebab ayah suruh dia belajar puasa. Terkenang masa Yun 1st belajar puasa dulu. Yun start belajar puasa masa umur 7 tahun tapi biasalah time tu nama pun bebudak. Kat sekolah dah bantai minum air tapi kat rumah cakap lah puasa kat mak. Wakakaka... =P.

Sekarang ni Yun duk godek-godek sambil blogwalking blog kengkawan. Ye ar, nak makan puasa kot. Huhu.. Tetiba Yun dengar ada orang buka peti ais. Paling sebelah, Amer takde! Sah! Dia ler tu yang buka peti ais, mana de orang lagi kat rumah ni melainkan Yun dengan adik Amer jer. Mak dengan ayah pergi dating kat pasar borong cari lauk untuk berbuka karang. HuhuHU..

Tak lama lepas tu, dia masuk bilik Yun. Apa lagi, berlaku lah sesi interbiu dengan si kecik ni.

Yun: Adik minum air eh?
Adik Amer: Taklah. Mana ada. *sambil keluarkan lidah*
Yun: Okey. Tahan tau. Baru pukul 10. Nanti petang baru makan eh.
Adik Amer: Ok. 

Wat muka kesian, macam aku kisah lah pulak kan. Hahaha.. Mudah-mudahan anak kecilku ini tahan sampai waktu berbuka karang. 


Terawikh di malam 1 Ramadhan



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab kita dipertemukan dengan Ramadhan lagi tahun ni. Tak tergambar betapa happynyer Yun sebab dapat jumpa lagi dengan Ramadhan selain dapat sambut bersama family lepas 4 tahun duk sambut sensorang kat perantauan. Ha, malam tadi pigi terawikh tak korang? Yun malam tadi tak berkesempatan nak terawikh di masjid sebab kena jaga Amer coz mak Yun balik lewat tadi malam. Almaklumlah dah puasa ni, tempahan nak buat baju raya memang banyak. Jadi, Yun terawikh kat rumah jer.

Korang buat berapa rakaat? Ayah Yun cakap, dorang buat 21 rakaat kat masjid. Tapi ayah kata if Yun tak mampu, cukuplah buat 8 bersama witir which mean 11 pun dah Alhamdulillah. Dikesempatan ni, Yun nak wish selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1434H.. ^_^




p/s: Arini cuti peristiwa...Yeay!! boleh tidur sepanjang hari. Opppss..hehehe


Monday, July 8, 2013

Bila Cik Yun kelaparan~








Sebelum ni memang tak pernah Yun keluar lunch sejak Yun start praktikal kat Pejabat Daerah ni. Mungkin sebab kat rumah, Yun dah breakfast so keinginan untuk lunch tu kurang. Tapi harini walaupun dah breakfast jejemput masa kat rumah, perut ni dah minta untuk diisi. Kononnya nanti nak turun pergi kafetaria kat bawah tapi tutup pulak.*kemain, kafe tutup harini padahal puasa lusa kot*. Masa tu, dah nak redha je, ye la datang pun drebar bas yang bawak, jadi macam malas lah kan nak balik and menyusahkan incik drebar. Takpelah, Yun puasa je la.

Tapi sekali Kak Yati ajak pergi lunch. Wah, apa lagi. JommmmmmMMMMM....



Alhamdulillah. Nak ambil gambar makanan yang Yun makan tadi, karang korang terkejut pulak. Hahaha... So, emoticon nie je la sebagai ganti. =p

p/s: Esok dapat join meeting Puspanita. Yang pasti incik supervisor ada.. Huhuhu


Friday, July 5, 2013

Chat FB dulu dan sekarang



Dulu bila kita chat dengan kengkawan kat fesbuk cmnie kan ghupenye...



Gambar ni Yun rembat kat google images. Almaklumlah sekarang chat fesbuk Yun dah jadi macam ni..




Yang paling best bila ada sticker besor gedabak. Terasa lah jugak macam sms guna iphong iphone walaupun sebenarnya hanyalah chat fesbuk..hahaha




p/s: tak payah pakai wassap ke wechat segala. kat fesbuk pun boleh..=P


Tazkirah Jumaat #9






Okey, cukup dengan Izzue Islam. Sekarang time for tazkirah Jumaat pula. Sedar tak sedar, Syaaban bakal menutup tirai dan Ramadhan bakal menampakkan muka. Ya Rabbi, rindunya dengan Ramadhan. Rindu sebab Ramadhan tahun ni adalah tahun pertama Yun akan berpuasa bersama keluarga selepas 4 tahun berpuasa di perantauan.


p/s: Tak sabar nak jumpa Ramadhan. Semoga ALLAH panjangkan umur untuk jumpa next Ramadhan. In Sha ALLAH.



Firash Arshad recognize me!!! Mode: Happy ^_^




Mengada kan.. Saja nak bagitahu yg Firash Arshad a.k.a Izzue Islam  retweet ai punya twitter. Wakakakaka. *sila lempar pen anda* =P

Terus hilang rasa bosan duk dalam office sensorang bila tengok Izzue retweet mine. Alahai incik Izzue. Awk buat Yun tak keruan. Waaaa...larrrriiiiii, nanti kena lempar periuk ngan cik Puan Awin. Hoho


p/s: Pagi ni incik supervisor pun pakai baju biru. Tah-tah dia pun peminat SSID. Ngeh3..


Thursday, July 4, 2013

Giveaway Ramadhan DJH



DONE!

Mangsa tang adalah: 

  1. cik nuna
  2. cik zizie

Okey, dah siap incik angah. Bab2 follow menfollow pun sudah. Bab klik menklik pn sdh.

p/s: follow twitter ngn blog Yun skali eh..=p Hehehe..no mare.. *peace sign* 


Autumn Dihatiku vs Autumn in My Heart






Korang dah tengok cerita ni? Yun baru tengah tengok ni kat tonton. Cerita Autumn dihatiku ni kawan Yun yang suruh tengok sebab dia tahu Yun ni hantu cerita korea. Lagipun dia cakap ada artis korea berlakon dalam cerita ni. Kim Jin Sung tapi bila Yun search nama dia, dia ni lebih fofular sebagai model kat sana berbanding lakonan. Kalau ada pun, cuma watak kecil jer. Tapi hokeylah kan, rezeki dia dapat berlakon di samping Hanez Suraya.

Kawan Yun bagitahu lagi, cerita ni tajuk dia sama dengan Autumn in My Heart. Jalan cerita pula tak pasti sebab baru episod 3. Cerita ni takde tayang kat tv taw, so tengok kat tonton jer. Jom tengok ramai-ramai.

p/s: Autumn in My Heart baru episod 1 dah meleleh air mata. Sedih woo~



Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday



Ahakz... Dah lama tak buat entry sal wordless wednesday ni. Eceh, padahal tak pernah buat pun =p. Tadi Yun baru jer dapat laporan kedatangan masa bulan Jun yang lepas. Yun masuk / lapor diri kat Pejabat Daerah pukul 8 pagi, balik pulak pukul 5 petang. Tapi berdasarkan dari 5 hari dari Yun start lapor diri, Yun lah student praktikal yang datang pukul 7.30 pagi dan balik dalam lingkungan 5.10 ke 5.15 petang. Nak cakap yang Yun ni pelajar praktikal contoh lah kan =p. 





p/s: patutlah tak nampak incik supervisor, upenye dia pergi KL. Ish, tibe2 terindu pulak. Oppps...=p


Bila Supervisor Takde





Hohoho... macam opis ni Yun yang punya especially bila incik supervisor tak masuk arini. Nasib ler sume kerja yang dia bagi pada Yun semalam dah disiapkan. So, rini kita berblogwalking sambil makan biskut kering. Akak-akak and abang-abang dalam opis ni dorang de kerja dorang sendiri so, tak dapat lah nak menolong. Hehehe

p/s: Dah nak dekat puasa ni, makin kerap pulak Pejabat Daerah buat meeting.