My Fellow Followers

Sunday, April 17, 2011

Peristiwa di sebalik kelahiran Amer

Assalamualaikum

Arinie 17 April, birthday adik kesayangan Yun yang ke 4 tahun. Rindunyer kat die. Sangat2.

17 April 2007
Yun ingat lagi tarikh nie.. Pagi tue, Yun bangun tido (dalam pukul 7pagi). Yun tengok mak bawak beg. Yun tanya nak buat apa. Then mak cakap, saja prepare. Masa tue, Yun rileks jewk sebab ikot jangkaan doktor, mak dijangka bersalin 21 April.

Lepas tue, pukul 10 pagi mak tak balik2 lagi. Eh, mana pulak mak nie sebab selalu checkup pukul 10 dah balik. Yun pun teros start enjin motor and merayap umah makcik Yun. Tengah2 duk main2 ngan sepupu (masa tue makcik Yun bawu bersalin anak ke 5 bulan Januari aritu), tibe2 Cik Izah dapat call.
Abis jewk call, cik Izah teros tanya Yun,

"Ngah, mak ko dah bersalin. Ko nak ikot tak gi tengok?"

Masa tue, macam nak nangis jewk. Teros pecut balik umah. Tak lama lepas tue, ayah balik. Yun teros terpa kat ayah tanya pasal mak. Ayah cakap, dapat adik lelaki. Melompat Yun masa tue. Hahaha..Maklumlah, umor dah 18 dapat adik kecik lagi. Ayah minta Yun tolong bersihkan uri adik. Kelakarnya time tue, lepas dah bersihkan uri semua tue. Ayah bersihkan uri dengan air asam jawa, then Yun buley tanya kat ayah: 

"Kena taruk kunyit sekali ker yah?"
Lepas tue, ayah buley lak balas:

" A'ah, lepas tue masak bagi ko makan."

Yun dah mula blur2,takkan la kena masak? Lepas tue, ayah senyum jewk. Dah tengok ayah senyum, tahu ler yang Yun dah kena tipu.>.<

Siap je urusan tanam uri tue, Yun teros ikot ayah gi hospital tengok mak. Nenek dengan Cik Izah pun ikot sekali. Adik2 Yun xikot sebab dorang gi sekolah time 2. Sampai wad bersalin, Yun tengok kiri kanan mak takde. Masa tue, Yun nampak de katil kosong dengan bayi kat situ p mak takde. Lepas tue, ayah masuk and teros gi kat katil kosong tue. Okay, that's my brother. Kecik sangat adik masa tue. Menangis Yun waktu tue.

Malam tue, ayah call along and mintak dia carikan nama untuk adik.Selepas beberapa nama direject, akhirnya kitorang sepakat bagi adik nama NOOR AMER AZFAR yang bermakna, "cahaya pemimpin yang berjaya". Esokya, ayah potong janggut ayah tapi misai die tak potong. Bila kitorang tanya, asal tak potong sekali? Jawapan ayah:

"Mana buley potong, misai nie aset ayah"


Lepas tiga tahun kelahiran Amer, ayah mula merungut kat kitorang.

"Korang nie la. Bagi nama kat adik yang berat2. Selagi tak dapat pe yang die nak, selagi tue lah die wat perangai. Kerjanya nak memerintah orang jewk. Kopak duit ayah lau ari2 camnie."

Mana taknya, nama pun Amer maksud pemerintah. Ye kejenya memerintah. Selagi die tak dapat pe yang die nak, selagi tue la die mintak. Sebab tue, lau Yun bawak die jalan2, kat umah lagi Yun dah pesan jangan mintak mainan. Mintak buku takpe.;p

Tapi, kadang2 tak sampai ati tengok die nangis. Last2, belikan jugak pe yang die mintak. Pagi belikan, malam dah jahanam.(-.-")

Tahun nie, sekali lagi tak dapat celebrate birthday adik. Haish, napelah Yun mohon U jauh2. Lau mohon kat Semenanjung, dah ley celebrate birthday die. P takpela, semalam dah video cam ngan die sebab kebetulan along balik umah.^^,.

p/s: adik Amer dah makin chubby sekarang nie..hohoho

Saturday, April 16, 2011

Aku Marah nie.... Tak takut ker? (o,o)

Assalamualaikum,,,

Entry pantas sebelum tido dan selepas penat main game racing car yang tak pernah2 nak menang.
Marah..semua orang pernah marah kan? 
Even dak kecik umo sebulan pun tahu marah.
Tak percaya?<----sila perhatikan baby yang tak dapat susu.konfirm dorang marah.;p

Marah nie de macam2 jenis pi perkara apa yang seseorang tue selalu buat bile tengah marah?
Jom check kowt2 kalian pun de simptom2 nie.
Nie hanya hasil pemerhatian Yun sepanjang idup di dunia nie yer.

Baling bantal/barang
Ada sesetengah orang yang Yun perhatikan, bila marah suka baling2 bantal or barang. Tah pe yang best baling bantal/barang2 pun Yun tak tahu. Mungkin dengan baling bende2 macam tue, die rasa puas. Hurm..mungkin.

Menangis
Hehehe...lau yang nie, Yun ngaku. Yun tergolong dalam kategori ini. Bila Yun marah, Yun akan nangis. At least, bebanan tue ilang bile kita nangis. Tue pada pandangan Yun la. Korang, Yun tak tahu. Tepuk dada, tanya Iman k?

Tidur
Ada gak orang macam nie. Bila dia marah, dia tidur. Bagus gak macam nie tapi takkan tiap kali marah, nak tido kan? Kata lah korang ngah marah kat tempat keje, takkan nak tido kat pejabat lak? Hurmmm

Makan
Yum,yum... Memang best. Asal marah jew makan. Asal makan jew, mesti tengah marah. Cukup bulan, baju suar dah sendat tak buley nak pakai sebab dah gemuk..;p

Hentak kaki
Hahaha..sindrom nie sebenarnya sindrom kawan baik Yun sendiri. Asal dia marah jew, dia akan hentak2 kaki. Cute sangat.;p. Motif? Dia jewk tau.

Tumbuk dinding
Kalau yang nie, biasanyer Yun nampak pada lelaki. Tiap kali dorang marah, mesti nak tumbuk dinding. Lepas tue, tangan bengkak baru tahu sakit. Masa tumbuk tue, tak pikir lak.-.-

Hurm,,pe lagi ek? LAu de pape tambahan, bagitahu buley? Nak wat kajian tentang sifat2 manusia nie.hehehe..Yun cayang korang walaupun tahu korang tak cayang Yun..ngee..tata..


BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualaikum


Abang Ben wat segmen lagi. Jom ler join ramai2.
Ley tambah ramai kawan.
Sejak masuk segmen abg Ben, Yun dapat ramai kawan.
Seronok tau. Thank Abg Ben.^^

Nak join------> Klik sini

Pe nak buat?

Assalamualaikum,,,
Specially kat dak virusz
Suke2 cakap Yun x bangun lagi..Haish =.=

Arinie ari Sabtu, pe nak buat ek?
Tadi baru jewk lepas meeting dengan AJK2 Malam Aspirasi 1 Malaysia.
Balik meeting, tros ngadap Miss Blueky Yun nie.

Petang karang, nak kuar cari barang2 sikit.
Lepas tue, sambung ngadap lappy.
Ish, kalaulah lappy nie buley bercakap.

Aghhhh...sangat2 penat.
Selagi dinner Seroja belum berakhir dan exam last belum abis,
Selagi tue la, Yun duk menghitung ari nak balik rumah..

Friday, April 15, 2011

Mataku mata panda?

Assalamualaikum..

Final exam is around the corner.
Mujur Yun dah siapkan assignment last untuk semester nie.
Dan....gara2 assignment nie jugaklah mata Yun dah jadi ghupa cam panda.=.=



Bile la gamaknyer Yun dapat tidur yang cukup?
Tak sabar nak terbang balik rumah.

p/s: Bile dah jadi panda, mata nie tetiba jadi berat kemain..


Thursday, April 14, 2011

Soalan yang tak sepatutnyer ditanya tapi nak tanya jugak!

Assalamualaikum..
Arinie Yun nak berkongsi hasil mesyuarat tingkap di antara Yun dan anak pakcik Baharom yang baru dapat gelaran 'baby tua' arinie.

Apakah soalan yang tak sepatutnyer korang tanya, tapi korang sibuk2 nak tanya jugak? Sebenarnyer bende nie remeh jer tapi bile kite tengok and selidik..bende nie nampak loyar buruk pun ader.

Situasi 1
Korang nampak seorang lelaki/perempuan tengah duk melangut tengok enjin kete yang berasap. Disebabkan korang nie berbudi pekerti lagi mulia, korang pun gi la tengok kowt2 buley tolong ker. Soalan yang tak patut korang tanya tapi korang tetap nak tanya: 
"Kete rosak ker?"

Puff (-.-"), dah terang lagi bersuluh dengan torch light korang nampak enjin tue berasap. Nape mesti tanya lagi?

Situasi 2
Korang kat pasar and selisih dengan makcik yang korang agak2 kenal la. So,sebabkan korang kenal mesti la nak tegur, ye tak tapi soalan yang tak sepatutnyer korang tanya...korang gi tanya gak kat makcik tue.
"Beli ikan/ayam/daging/sayur ker makcik?"

Dah nama pun dekat pasar, mesti la beli barang2 basah kan? Takkan la makcik tue nak beli kain pulak kat pasar. Mahu kena hempuk dengan bakul korang nanti.

Situasi 3
Perkara nie sering berlaku kat klinik. Tak kira lah swasta ker kerajaan ker. Yun rasa soalan nie soalan wajib kowt tuk para doktor tanya pada pesakitnyer.
"Awak sakit apa?"

Tiap kali bile Yun gi klinik and doktor tanya camtu, terasa nak ajer jawab, "Kalau saya tahu saya sakit apa, takdenyer saya datang klinik jumpa doktor" tapi tak sampai hati.hak3..:p

Situasi 4
Korang nampak seseorang yang tengah cedera sebab jatuh ker pe ke kan. Korang kan baik so gi la tolong tapi Yun mintak sangat2 janganlah pi tanya soalan ini:
"Errr...sakit ker?"

Dah sedia maklum orang tue ngah mengerang kesakitan, korang gi tanya mahu korang yang masuk ICU.

Situasi 5
Korang adalah jiran yang sangat baik,ye Yun sedia maklum. Kire peramah lah kan..Jangan nak kelentong Yun if korang tak mengalami situasi nie.
"Baru balik ker?" or "Nak gi kerja ker?"

Okay,,tue ajer untuk arinie. Nanti lau de pape, Yun update lagi k? Selamat beramal..

Nak terjun dari katil buley tak?

Assalamualaikum..

Yay, finally Yun berjaya menyiapkan assignment Yun yang terakhir.
International Economy bertajuk 'Ivory trade in China's Black Market'.
Puff...penat otak duk pikir sal ivory nie.

Lari topik sat. Tak moh cite sal IE lagi. Tired.(-.-")
Nie nak cite story sdey tahap dewa dewi nie di mana ia tidak ada kena mengena dengan kumpulan Dewa yang nyanyi lagu Dewi.

Sebenarnye kan...isk2..
Jap,Yun nak amek mood nangis dulu..
Okay, cun..sebenarnyer Yun sangat sedey kerana petang tadi Yun tengok carrymark untuk subjek Social Theory ngan International Politic Asia Pacific (IPAP).

Yun dapat....isk3..<---sila baca dengan linangan air mata sambil menghembus hingus di tisu.yAck!

----------
---------
--------
-------
------
-----
----
---
--
-
Yun dapat separuh dari markah penuh!!!
Hahahaha,,,sangat sedey kegembiraan melihat markah kedua2 subjek yang buley diconsider sebagai subjek killer especiall IPAP.

Oppss, sila bawak bertenang ye kawan2.
Markah itu bukan penentu kepada result final exam nanti tapi sekarang ini....
Yun rasa cam nak terjun katil sebab gembira sangat2.

Okay, tue ajew cite saye tuk arinie.
Sila lempar bantal Spongebob anda pada anak jiran sebelah rumah Mak Limah kawan kepada Pak Jabit bapa sedara kepada Usop Wilcha.

p/s: Time nie ler bwu trse pntingnyer English education.(-.-")