
Alhamdulillah Yun dapat selesaikan interview Bahasa Arab dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Mujur juga Ustaz Yahya banyak membantu. Kalau tak, ada juga yang tergagap-gagap dalam bilik tu.



Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripadanya Al-Dajjal." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Al Nasai, Al Tarmizi daripada Qatadah)
Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Al Darda'i. Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim dan Al Nasa'i)
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada NAbi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan akhir surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Ahmad)
Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (Hadis Riwayat Ibnu Katsir)
