My Fellow Followers

Friday, May 10, 2013

Tazkirah Jumaat #4



Kelebihan membaca surah al-Kahfi.

Banyak kelebihan membaca surah al-kahfi ni. Antaranya pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat dan dijauhi daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal. Yun kongsi beberapa hadis yang Yun share daripada iluvislam :

Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripadanya Al-Dajjal." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Al Nasai, Al Tarmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata : Daripada Abi Al Darda'i. Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim dan Al Nasa'i)

 Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada NAbi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan akhir surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (Hadis Riwayat Ibnu Katsir) 





Salam Jumaat dan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab :)

p/s: Class cancelled last minute. Terpaksa stuck dalam lab tunggu next bus pukul 4pm.



No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^