Masa duk tunggu kelas Puan Nurul tengahari tadi, Yun duk lah bersembang dengan member. Lepas tu, tetibe.. truttt, truttt, truttt.. Hokey, phone ai bunyi. Almaklumlah, phone ai phone murah so memang agak 'classic' lah kan dia punya nada tu. Eh, ayah call ghupenya.
Ayah : Dah kemas-kemas barang ke?
Yun : Belum lagi. Nanti lah baru kemas.
Ayah : Barang-barang tu semua nanti ikut naik kargo ke macamana?
Yun : Eh, , taklah. Hantar guna pos laut. Kalau naik kargo, mahal kot. Sekarang 15kg dah RM25.
Ayah : Kalau pos laut, berapa?
Yun : Tak pasti pulak. Nantilah orang pi tanya. Nak bawak balik semua ke?
Ayah : Bawa yang mana penting je lah. Baldi-baldi tu tak payah bawak balik. Sedekah je kat junior.
gambar hiasan
Yun : Heater dengan iron pun bagi dorang ke? (dalam hati dah tak best sebab beli mahal lepas tu nak kena bagi orang pulak. Mana boleh. >.<)
Ayah : Iron je bawa balik. Heater tu bagi orang. Bawa balik pun nak buat apa? Nanti kira semua berapa dengan tiket. Nanti ayah masuk duit.
Yun : Hokey doki.
Ini baru ayah Yun. Dia taknak Yun bawa balik banyak barang. Lepas tu, Yun called mak pulak sebab Yun tahu mak mesti suruh bawa balik barang-barang tu. Kalau boleh, semua yang Yun ada kat sini, semua nak dibawa balik.
Yun : Mak, ayah tak bagi bawa balik semua barang. Cuma bawa balik iron je. Heater dengan baldi bagi orang.
Mak : Tak payah nak mengada. Beli memahal, nak bagi orang. Bawa je balik semua. Kalau boleh, dengan berus, berus bawa balik. Jangan nak tinggal-tinggal.
Yun : Lorh, kok baldi pun nak bawa balik? Kat rumah kan dah ada baldi? (malas sebenarnya nak memikul. Haha)
Mak : Alah, bukan ko yang pikul pun. Kapal yang bawa. Bawa je semua. Heater tu ada gunanya kat sini. Mak masak air guna heater je nanti.
Yun : Tapi...ayah cakap tak payah bawa balik.
Mak : Yelah, ikutlah cakap ayah tu! Semua nak tinggal. Beli pakai duit, nak tinggal-tinggal.
Yun : Erkk..okey-okey. Orang ikut cakap mak. Hehehe...
Hahaha... Dah agak dah, mesti disuruh bawa balik punya. Bukan Yun taknak bawa balik sebenarnya cuma segan woo..Bawa baldi bagai masuk airport. Hilang kecomelan Yun nanti. Hoho. Kalau nak pos guna laut, takut sampai darat, tinggal baldi jer, barang dalam baldi hilang. Seminggu kot baru sampai Semenanjung. Itu belum kira sampai rumah lagi. Mau dalam 3 minggu baru sampai. Kalau bawak ikut kargo, memang selamat cuma itulah segan....hehehe...
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^