My Fellow Followers

Thursday, May 23, 2013

Blackout lagi?



Hoho...ini entri tiada kena mengena dengan isu blackout masa PRU13 haritu. Nak dijadikan cerita tadi pagi, Yun pergi kelas seawal jam 9 pagi walaupun kelas Arab Yun start pukul 10 pagi. Alkisahnya sebab Yun nak  singgah fakulti dulu ambil surat jawapan latihan industri. Punyalah excited nak pergi ambil surat sampai sanggup naik tangga ke tingkat 3. Dengan penuh keayuan dan penuh berhati-hati, Yun panjatlah tangga sampai tingkat 3 dan bila sampai je office, punya terkejut beruk Yun dibuatnya. Beruk pun tak terkejut macam Yun taw. Rasa macam nak menangis pun ada masa tu. Kenapa?

Yun terpandang notis kat pintu office.

"The office will be closed due to electricity problem and will be opened after the electricity problem has been solved. We are truly sorry for any convenience."
Patutlah tadi Yun tengok kemain ramai lecturer duk mengajar kat lobby FSS. Rupanya takde api. Dengar cerita elektrik takde dari petang semalam dan dijangka esok pun takde. So, nak taknak kena lah datang fakulti Isnin ni sebab nak ambil surat jawapan tu. Dan ini bermakna Yun kena turun dari tingkat 3 guna tangga. Sampai level G, Yun dah tercungap-cungap. Nasib ler pagi tadi tak tergerak hati nak pakai heels. Kalau tak, ada gak yang berkaki ayam turun tangga. Haha..

p/s: Tak sabar nak menghabiskan belajar. Hihi

No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^