My Fellow Followers

Thursday, February 28, 2013

Wednesday, February 27, 2013

Lagi Kes Anak Hilang


Many thanks to page Ber"Couple" Itu Haram (FB).




Ha, nie sesiapa yang ada account Fesbuk mesti tahu punyalah. Lagi kes budak (erk, budak ke?) hilang. Kali ni seorang remaja berusia 17 tahun. Kita baru je abis cerita pasal mendiang adik William yang ditemui mati selepas seminggu berita kehilangannya dikeluarkan (pergi check paper untuk lebih tahu).

Sesiapa yang ada terserempak ke, selisih bahu ke, tertegur or ter'mengorat' ke diminta menghubungi keluarga remaja terbabit. Sama-sama kita doakan keluarga pakcik ni jumpa balik anak dara dia dalam keadaan yang baik dan hidup. Aamin.

p/s: Kurung Amer tak bagi dia main kat luar. Takooot.


Baucer Buku Pada Pelajar... Berbaloi ke?




Tahun lepas punya baucar. Warna biru, tak cantik. :P


Haritu, lepas kelas Yun pergi lah ambil baucer buku 1 Malaysia kat Research Room, Level 2, FSS. Kawan cakap tahun ni PM bagi baucer RM250 tak macam tahun lepas cuma RM200. (hokey, nampak sangat tak tengok perbentangan bajet ritu. huhuhu)..

Tahun ni punya baucar, nampak sikit macam duit. Huhu

Inilah dia. Hambik kau, siap dengan ucapan PM lagi. Kau hado? Meh Yun nak share sikit pe PM cakap.
"Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini akan melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara."

Ramai sebenarnya yang keliru dengan pemberian baucar ni. Kenapa? Sebab tak semua kos pengajian di universiti menggunakan buku. Ambil aje contoh Yun, Yun bukan guna buku sangat pun. Jadi baucar tu banyak habis beli barang-barang sekolah adik Yun yang masih kecil tu. Ada lebih, Yun rembatlah novel 2-3 buah. Itu masa baucar RM200. Sekarang, dah jadi RM250. Nak beli hape?

Seorang senior Yun ada bertanya pada seorang pekerja di sebuah kedai buku (kalau tak silap kat POPULAR), dia tanya kot-kot baucar tu dapat digunakan untuk beli peralatan komputer such as hard disk, mouse, etc. Jawapan yang diberikan pekerja tu, boleh tapi 200 ringgit hanya boleh digunakan untuk membeli buku dan peralatan belajar sahaja. Baki 5o ringgit baru boleh beli barang-barang macam yang Yun cakap tadi. 

Aiyoooo....buku apa aje kitorang nak beli? Abis-abis pun novel. Kamus? Tahun lepas punya kamus pun ada takkan nak beli lagi kot? Ada kawan Yun cakap kenapa baucar tu tak boleh digunakan untuk membeli tiket pengangkutan awam such as bas, train or yang macam belajar jauh ni tiket flight misalnya. Kan berbaloi. Kekadang bila pikir, betul gak cakap mamat ni. Berpandangan ke depan sungguh dia.


p/s: Setakat ni masih tak usik baucar sebab memikir nak beli apa. Ada cadangan?


Sunday, February 24, 2013

Kpopers Vs Mpopers



Good morning!!!!!!!!!!!.... Sebelum itu, nak check mai. Ada sesiapa sini yang giler korea? Or yang anti korea?? Atau ada tak di kalangan pembaca blog sini yang minat sangat-sangat dengan artis Malaysia kita?

Okay, kenapa tetiba Yun buka topik ni ek? Takde apa sebenarnya, semalam masa Yun godek-godek satu page kat Fesbuk, Yun terjumpa satu tagline yang mungkin agak tak baik. Pada Yun lah ye.

Kpop itu tahi dan tahi itu Kpop.

Perlu ke nak kaitkan Kpop dengan najis Mughallazah? Tak faham orang sekarang..~(-.-")~


Friday, February 22, 2013

Haih~ Nak Minta Barang Sendiri Pun Susah ~(-.-")~


Cikucakkk!! Heee.... Pekabo pembaca blogku. Yang terang ataupun yang main sembunyi-sembunyi. Rindu tak? Rindu tak? Hehehe... Sengaja Yun jarang menulis sebab takde bahan nak diceritakan. Lagipun kalau cerita pun, ada ke yang nak membacanyer??

Yun nak mengadu sikit ni. Ada lah seorang hamba Allah ni mengadu pada Yun (so Yun pun mengadu lah pada Mr. Blog nie), dia kata dulu dia ada bagi kawan dia pegang barang dia (tak tahu lah pe barangnya, tak pulak dia bagitahu pada Yun). Tapi, bila dia nak minta semula barang dia pada si kawannya tu, kawannya tu buat-buat tak tahu ajer. Macam takde pape. Itu yang buatkan kawan Yun nie terasa hati. Yelah, katanya dia bagi pada si kawan tue pinjam sebab dia nak tolong kawannya tu. Tapi tak sangka pula kawan dia buat macam itu.

Sekarang ni, datang menangis pada Yun sebab barang dia tak dipulangkan semula. Haih~ Barang awak kowt. Pergilah minta sebab itu hak awak. Melainkan awak dah jual kat dia. Huhuhu~


p/s: Isnin ni dapat Baucer buku RM250. Nak beli apa???