My Fellow Followers

Wednesday, February 27, 2013

Baucer Buku Pada Pelajar... Berbaloi ke?




Tahun lepas punya baucar. Warna biru, tak cantik. :P


Haritu, lepas kelas Yun pergi lah ambil baucer buku 1 Malaysia kat Research Room, Level 2, FSS. Kawan cakap tahun ni PM bagi baucer RM250 tak macam tahun lepas cuma RM200. (hokey, nampak sangat tak tengok perbentangan bajet ritu. huhuhu)..

Tahun ni punya baucar, nampak sikit macam duit. Huhu

Inilah dia. Hambik kau, siap dengan ucapan PM lagi. Kau hado? Meh Yun nak share sikit pe PM cakap.
"Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini akan melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara."

Ramai sebenarnya yang keliru dengan pemberian baucar ni. Kenapa? Sebab tak semua kos pengajian di universiti menggunakan buku. Ambil aje contoh Yun, Yun bukan guna buku sangat pun. Jadi baucar tu banyak habis beli barang-barang sekolah adik Yun yang masih kecil tu. Ada lebih, Yun rembatlah novel 2-3 buah. Itu masa baucar RM200. Sekarang, dah jadi RM250. Nak beli hape?

Seorang senior Yun ada bertanya pada seorang pekerja di sebuah kedai buku (kalau tak silap kat POPULAR), dia tanya kot-kot baucar tu dapat digunakan untuk beli peralatan komputer such as hard disk, mouse, etc. Jawapan yang diberikan pekerja tu, boleh tapi 200 ringgit hanya boleh digunakan untuk membeli buku dan peralatan belajar sahaja. Baki 5o ringgit baru boleh beli barang-barang macam yang Yun cakap tadi. 

Aiyoooo....buku apa aje kitorang nak beli? Abis-abis pun novel. Kamus? Tahun lepas punya kamus pun ada takkan nak beli lagi kot? Ada kawan Yun cakap kenapa baucar tu tak boleh digunakan untuk membeli tiket pengangkutan awam such as bas, train or yang macam belajar jauh ni tiket flight misalnya. Kan berbaloi. Kekadang bila pikir, betul gak cakap mamat ni. Berpandangan ke depan sungguh dia.


p/s: Setakat ni masih tak usik baucar sebab memikir nak beli apa. Ada cadangan?


No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^