My Fellow Followers

Friday, February 22, 2013

Haih~ Nak Minta Barang Sendiri Pun Susah ~(-.-")~


Cikucakkk!! Heee.... Pekabo pembaca blogku. Yang terang ataupun yang main sembunyi-sembunyi. Rindu tak? Rindu tak? Hehehe... Sengaja Yun jarang menulis sebab takde bahan nak diceritakan. Lagipun kalau cerita pun, ada ke yang nak membacanyer??

Yun nak mengadu sikit ni. Ada lah seorang hamba Allah ni mengadu pada Yun (so Yun pun mengadu lah pada Mr. Blog nie), dia kata dulu dia ada bagi kawan dia pegang barang dia (tak tahu lah pe barangnya, tak pulak dia bagitahu pada Yun). Tapi, bila dia nak minta semula barang dia pada si kawannya tu, kawannya tu buat-buat tak tahu ajer. Macam takde pape. Itu yang buatkan kawan Yun nie terasa hati. Yelah, katanya dia bagi pada si kawan tue pinjam sebab dia nak tolong kawannya tu. Tapi tak sangka pula kawan dia buat macam itu.

Sekarang ni, datang menangis pada Yun sebab barang dia tak dipulangkan semula. Haih~ Barang awak kowt. Pergilah minta sebab itu hak awak. Melainkan awak dah jual kat dia. Huhuhu~


p/s: Isnin ni dapat Baucer buku RM250. Nak beli apa???


No comments:

Post a Comment

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^