My Fellow Followers

Tuesday, June 25, 2013

2nd Day at District Office.



Hari kedua praktikal di Pejabat Daerah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semalam Yun diberi tugas untuk buat slide presentation untuk meeting yang akan diadakan nanti. Itulah kerja pertama Yun lepas dari pagi Yun duk tercongok tak buat apa-apa. Hopefully dapatlah Yun join sekaki meeting tu. Yelah, nak tahulah juga camne public sector punya meeting.

Okey, done about practical. Semalam masa Yun on the way nak balik, Yun ditegur seorang anak kecil. Maybe dalam lingkungan 7 tahun macam tu.

Selamat petang ustazah

Hehehe...macam tak percaya. Yun tengok diri Yun atas bawah. Pakai baju kurung, beg laptop di sisi sambil pegang fail. No wonder she thought me as ustazah. Huhuhu.. Dan tadi pagi, masa nak ke bas stand, *terpaksa naik bas coz ayah masih tak benarkan Yun bawa motor* Yun terserempak dengan Cik Mail yang masa tu on the way nak balik rumah lepas hantar anak dia. Dia tanya,

Cikgu ajar sekolah mana? Sekolah depan tu eh?
Yun cuma mampu tersenyum sebab tak sempat nak balas pertanyaan dia. Yelah, karang tak memasal kena tinggal dengan bas. Tak ke naya. Hehehe... Dah la masa naik bas tadi selamba je jalan ke tempat duduk tanpa bayar tambang. Almaklumlah dah lama tak naik bas tambang. Nasib baik ler pakcik bas tu tak marah. Hohoho




1 comment:

  1. lol...sebelum ni memang tak pernah naik bas tambang ker? huhu

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^