My Fellow Followers

Tuesday, November 27, 2012

Sabar Menanti~

Assalamualaikum....

Pernah kan tengok movie Sekali Lagi? Lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Adik Mia Sara. Dalam cite nie, Sam jadi lelaki yang menghidap Autisme kan?


Autisme

  • Individu yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran (Leo Kanner, 1943)
  • Kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, 2010)
Kenapa Yun tertiba bercakap soal autisme? 24 haribulan yang lalu merupakan tarikh keramat bagi keluarga Yun. Pakcik Yun sebelah mak disahkan mengidap ketumbuhan otak di peringkat dua. Sekarang dah masuk hari ketiga tapi pakcik masih belum sedarkan diri. Dia disyaki mengalami komplikasi samada di otak atau di peparunya. 

Orang cakap selepas pembedaha pembuangan tumor, seseorang itu takkan jadi macam dulu lagi. Betol ke? Yun takut sebab pakcik Yun pernah cakap andainya suatu hari dia tak kenal Yun lagi, jangan marah dia.


p/s : Masih menanti...


Monday, November 19, 2012

Tahniah sahabat...(◕‿-)

Assalamualaikum....


Sekadar pengkongsian di pagi hari. Sahabat Yun disahkan hamil. Alhamdulillah. Yun tumpang gembira untuk dia. Semoga Allah melindungi si ibu serta anak dalam kandungan daripada segala bahaya. Haih...nie yang nak cepat-cepat menikah nie. Kalau lah Yun boleh meminang si lelaki macam Saidatina Khadijah lakukan pada Nabi Muhammad SAW....(●*∩_∩*●)..



p/s: selalu berangan ada anak sendiri. >//<


Sunday, November 18, 2012

Yakin dengan janji Allah SWT (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...

Tika kita dalam kesusahan, siapa yang membantu kita? Ibu bapa? Kawan-kawan? Mungkin ya tapi sebenarnya mereka hanya perantaraan daripada Allah SWT. Terpulang kerana bagi Yun setiap kali Yun dalam kesusahan, mereka inilah yang membantu Yun. Ya, memang lah kita meminta kepada Allah SWT dan tahu kah anda Allah SWT membantu kita dengan 'menghantar' insan-insan seperti ibu bapa, kawan-kawan untuk datang membantu kita. Jadi?? Yakinlah pada Allah SWT dan janji-Nya. (◕‿◕✿)

Ayat 1000 Dinar yang sepatutnya kita dah hafal dan tersemat kemas dalam hati (◕‿◕✿)


Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dicukupkannya (keperluannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala kehendak-Nya. Segala ketentuan itu telahpun ditakdirkan Allah.

p/s : bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan keluarga yang sentiasa disisi tika suka dan duka.

Saturday, November 17, 2012

Dah tak selamat lagi? (◑﹏◐)

Assalamualaikum...

Kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita kelak. Keluar dari bilik pun kadang-kadang boleh ditimpa malapetaka. Jadi, sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada kita, seelok-eloknya kita meminta perlindungan daripada Allah SWT.

Antara doa memohon perlindungan yang Yun peroleh daripada website JAKIM:

Sabda Rasulullah SAW;


Doa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah:


Doa di atas hendaklah dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang. InsyaAllah, akan terhindarlah kita daripada segala bahaya atau mudarat. Waallahualam. (✿◠‿◠)


p/s: dah tak berani nak keluar ke DI sorang-sorang macam time 1st year dulu~



Rinduku Padamu Kerana Allah SWT (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...




Andainya kamu merindui seseorang, pejamkan mata dan ucapkanlah :

"Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah. Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku, tetapi jarak ini untuk MENJAGA aku dan dia.

❤ Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.
❤ Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.
❤ Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.
❤ Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.
❤ Dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia."

copy and share...(≧◡≦)


p/s : Semoga 'dia' selamat pergi dan balik.


Thursday, November 15, 2012

Doa Memulakan Perjalanan (◕‿◕✿)

Assalamualaikum...


Hari ini Yun bersama group mates akan bergerak ke Lundu/Sematan untuk fieldwork project kami. Perjalanan ke Kampung Tanah Hitam, Sematan dari Samarahan agak panjang (Yun lupa berapa jam). Sebelum memulakan perjalanan, mari kita sama-sama memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya perjalanan kami semua dilindungi. (✿◠‿◠)




Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah (◕‿◕✿)

Assalamualaikum..(✿◠‿◠)


Sempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah, Yun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H... "Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah."


Sempena dengan Maal Hijrah nie, marilah kita sama-sama meningkatkan takwa dan iman kita kepada Allah SWT..(✿◠‿◠)