My Fellow Followers

Wednesday, September 28, 2011

Kata2 menjadi kenyataan~~

Assalamualaikum...


Lepas satu, satu dugaan yang menimpa Yun dalam masa 2 hari. Ya, 2 HARI! Tengahari tadi masa tengah lunch, tetiba nset Yun bergetar menandakan ada mesej masuk (Yun wat silent mode masa dalam kelas).

"Atok kritikal kat hospital jb."

Ya Allah, menggigil tangan Yun. Makanan dalam mulut terasa susah nak telan. Yun teros call mak. Sekali tak angkat. Yun telefon lagi dan bile dengar suara mak, Yun teros tanya mak pasal atok. Menurut mak, atok dimasukkan ke Hospital Kulai seawal 1 pagi sebab die mengalami kesukaran nak bernafas (atok mengidap penyakit asma yang kronik) then after that pihak hospital rujuk ke Hospital Besar kat JB coz he has to undergo an operation tuk tebuk saluran pernafasan. Mak cakap jangan risau in fact kawan2 Yun pun cakap perkara yang sama. Hope he will be fine tapi then around 5pm, once again along antar mesej.

"Atok dah meninggal."

Berjuraian manik2 mutiara yang Yun tahan. Rasa macam nak flight back to JB right away. Terngiang2 kata2 yang arwah pernah ucap kat Yun masa Yun mule2 nak berlepas ke Sarawak.

"Jangan nanti masa aku mati, kau tak dapat balik."

Terasa ralat sangat2 sebab tak dapat bersama arwah. Thanks to my friends sebab support Yun especially kat si dia yang tak jemu2 bagi sokongan dan dorongan kat Yun. To all of you, thank you so much and to atok, angah minta maaf tak dapat bersama atok cuma doa yang angah kirimkan dari perantauan. Al Fatihah untuk atok.




Thursday, September 15, 2011

Pergh,,nyaman gila aircond tok!

Assalamualaikum


Best kan lau dalam bil Yun nie dipasang aircond? Xde la Yun kepanasan di siang hari tapi kesejukan menggigit hingga ke tulang hitam di malam hari. Tapi jangan salah faham, Yun bukan nak cite sal nie... Cerita yang Yun alami masa nak pergi kelas tadi pagi.



Tengok gambar pun tahu kan? So, tak payahla Yun nak cite lagi... Faham2 sendiri la yer...^^!

sumber imej: Google la...

p/s : pengalaman bersendat dalam bas yang penuh dengan bau...hahahaha



Tuesday, September 13, 2011

bas sesendat tin sardin

Assalamualaikum...



Korang tentu suke makan sardin kan? Bagi penuntut universiti cam Yun nie sardin dah cam makanan asasi pun ade tapi....... Yun bukan nak cite sal sardin tapi keadaan bas yang sendat cam TIN SARDIN. Dari Yun pergi kelas tadi pagi sampai la ke petangnyer nak balik kelas, bas tetap penuh dengan student yang masing2 dah berbau cam ikan sardin.


Korang pernah naik bas yang sendat cam nie? Sardin pun tak de sampai 'melimpah' camnie. Tak guna pakai perfume sebotol lau dah sendat camnie...


sumber : google images dan http://abadiromeo.blogspot.com


Sunday, September 11, 2011

dah nasib badan.... redha je la

Assalamualaikum...

Hadoi yai....letihnyer Yun arini. Semalam sampai, check in bilik then tengok bilik dah macam rumah hantu. Siap kemas bilik, kuar lagi cari barang sebab penyapu Yun HILANG!!

Dah sampai kedai, penyapu yang dicari pulak TAKDE. Alahai, pe la nasib. Badan dah penat, mata dah mintak dipejamkan. Pe lagi sampai bilik, teros landing atas katil. Penat sangat2. Mujurla balik kampus semalam, lau balik arini? Ada gak yang ponteng kelas karang ari Isnin..ngeeee....^^!




p/s: Best kan jadi baby, tak payah pening2 kepala buat kerja.;p

Monday, September 5, 2011

malang yang berbau....Yucks!!

Assalamualaikum and MySpace
Eh, korang pernah tak dengar word 'malang tak berbau'? Mestilah pernah dengar kan? Tipu no lau korang tak pernah dengar. Korang nak tahu tak satu cerita ngeri yang Yun alami semalam?MySpace Semalam Yun ngan kengkawan Yun gi beraya and last place kitorang gi shopping mall. Masa kitorang on the way nak balik kan, tetiba.... BERDEBUM!!

Accidentally in love?

Kitorang berlanggar... Siyesly tak bohong tapi..... Bukan berlanggar kereta dengan kereta tapi....(berapa banyak tapi daaa..) kitorang berlanggar dengan..



ANAK KUCING!!!!!

MySpace....Kami TAK SENGAJA!! Salah kucing tue lah. Sape suruh melintas tak tengok kanan kiri. Kan dah kena langgar. Time tue tuhan je la tahu camne perasaan. Dup dap dup dap bunyi jantung. Kitorang gi balik kat tempat kejadian kononnyer nak bawak anak kucing tue untuk dikebumikan tapi belom sempat kitorang amek anak kucing tue....

Once again, anak kucing yang malang tue dipenyek2 oleh kereta2 yang lalu lalang. Menjerit Yun kat situ, ye ar depan mata kowt kejadian tue terjadi. Dah tak rupa anak kucing masa kawan Yun ambil kucing tue. Persoalannyer sekarang... 

ARE WE GUILTY????

p/s : maafkan kami...isk,isk,isk...:(


Saturday, September 3, 2011

Tangisan Di Pagi Raya

Assalamualaikum semua..

Tadi Yun cerita sal sebelum raya kali nie pulak Yun cerita apa yang terjadi di pagi raya. Sehari sebelum raya, Yun dengan keluarga balik ke kampung ayah di Bukit Banjar, Muar. Segala persiapan raya kitorang buat sama2 kat rumah atok.

1 Syawal hari yang amat kitorang nantikan. Atok dan nenek sabar menantikan kedatangan anak2 yang balik dari perantauan tapi sayangnya cuma keluarga Yun yang ada. Sebabnya tahun nie kebanyakan pakcik2 Yun semua balik ke kampung sebelah isteri masing2. Lepas solat, kitorang berkumpul adik beradik minta maaf pada mak dan ayah Yun. Pagi tue jugakla Yun menangis masa bersalam ngan ayah (cam la sebelom nie tak pernah nangis.;p). Sebab apa tau, sebelum tunggu turn Yun, Yun dah karang ayat dalam kepala tue yang teros melalak bile datang turn Yun.

Tak lama lepas tue, pakcik2 Yun balik dan lagi sekali sesi drama hindustan mula. Nangis lagi sampai naik kering air mata Yun nangis hehehehhe.. Tue pasal la Yun tak berapa suke tengok orang nangis sebab Yun mesti nangis sekali.

p/s: Menitis air mata tengok iklan kat TV3

Satu Hari Sebelum Raye

Assalamualaikum dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan2 blogger Yun. Lama ek Yun tak menulis. Nie sume gara2 laptop wat hal sampai kena 'masuk' hospital seminggu. Tadi baru Yun dapat laptop.

Pape pun tuk edisi raya nie, Yun ada macam2 story nak share ngan kawan2 sume. Tapi Yun cerita masa sebelum raya dulu yer..;)

Macam yang Yun pernah cerita dulu (ade ker O.o??), Yun kerja kat sebuah cafe sebagai cashier and at the same time sebagai waitress sambilan (ahaks..;p). Sepanjang Yun berada kat cafe tue selama 3 bulan, bermacam kerenah manusia yang Yun jumpa. Apa yang paling memeranjatkan Yun apabila di bulan Ramadan di mana orang Islam berlumba2 mencari keberkatannya masih ada segelintir yang menjadikan bulan yang mulia tersebut sama seperti bulan2 yang lain. Lagi tak patut bile ada seorang pakcik nie sanggup gunakan anak sendiri untuk kepentingan perut sendiri tapi dah nama pun budak kecik, mana lah pandai bohong. Sekali amek ko. Anak sendiri cakap ayah tak pose. Hahahahaha..;D

Masa dah nak dekat raya pun masih ada insan2 'istimewa' yang datang. Dah naik berbuih mulut Yun tegur dorang (secara sinis la) tapi langsung tak jalan. Yang paling best, siap bawak botol ubat gastrik lagi. Halooo... Yun pun ada gastrik gak p boley jerk tahan pose. >.<. Pernah ayah tanya pada Yun, tak ada ker pihak agama datang serbu? Masalahnyer, tak de pulak. Tue sebab dorang berani makan or bungkus kowt.

Hurm... Nie lah situasi yang Yun lihat sepanjang Yun kerja kat cafe. Situasi yang pertama kali Yun lihat dengan mata kepala sendiri. Taun depan, Yun tak kan lagi balik kerja kat cafe tue. Tak ar subahat dengan insan2 'istimewa' nie.

p/s: Pasni cerita yang berlaku di pagi raya.