My Fellow Followers

Friday, May 31, 2013

Tazkirah Jumaat #7



Adab-Adab Menuntut Ilmu


  1. Niat yang ikhlas
  2. Beradab kepada orang yang memberi ilmu
  3. Bersabar dalam menuntut ilmu
  4. Tulis setiap apa yang dipelajari
  5. Rendah diri
  6. Menjauhi daripada kenyang berlebihan
  7. Tidur yang sedikit
  8. Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat




p/s: Last class untuk sem ni..Yippi!!



Thursday, May 30, 2013

First Giveaway by Ina and Ija




Dah dijemput, orang kata wajib kena join. Hahaha..Tarikh tutup 8 Jun 2013. Sempat lagi kalo korang nak join..:)



Surat cerai dah siap ditaip, selamat tinggal Mr FYP





Selama seminggu ni, duk menghadap Mr FYP. Lepas ni, dah boleh lepas dari 'cengkaman' dia. Kita dating dengan Mr. Final pulak. 



Ayark!!! Camne ley lupa ni??



Adus...Yun ley lupa harini besday ayah. Adoi..banyak sangat yang dipikirnya sampai lupa besday ayah sendiri. Ayah, Happy birthday. Semoga Allah SWT memberkati dan melimpahkan rezekiNya untuk kita sekeluarga..


p/s: Nasib ler Amer called bagitahu. Kalau tak esok baru tahu..

Friday, May 24, 2013

Tazkirah Jumaat #6



Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang telah diberikan. Semoga nikmat yang diberi tidak 'membutakan' hati ini untuk terus mengucap syukur pada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda : Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dikurniakan sesuatu dia bersyukur. Maka, jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya. (Hadith Riwayat Muslim)



Thursday, May 23, 2013

Segment Follow Mollow Dan Menang


Jom isi masa lapang join segmen ni.. :D



Klik banner untuk join sekaki.. (:



Pengikut Jenny Pa-Un yang ke-  1718. Wah, cantik seyh nombor. Hehehe...

Pengikut AmerCorner yang ke-2973.



Jumlah terkini pengikut-pengikut setia Yun adalah 214. Jauh beza dengan follower dorang kan. Hihi


Jom join. Hadiah sangat-sangatlah best. 

Hadiah Dari Jenny Pa-Un
   1. Camera Lomo Aquapic x1
   2. Topup Rm10 x1
   3. Topup Rm5   x2
   4. Blog Review   x10
   5. Bloglist sampai 31.12.13.  x10.


    Hadiah dari AmerCorner.
    1. Camera lomo aquapic x1.
    2. Topup RM5 x4
    3. Review Blog  x5.
    4. Bloglist sehingga 31.12.13  x10.


Tarikh tutup adalah pada 21hb Jun 2013. Sempat lagi if u'olls nak join sekaki..

p/s: Baru perasan yang kita ni 'berjiran'. Entah-entah pernah selisih dekat Unaco Desa Ilmu. Hehehe..


Yelah, ikutlah cakap ayah tu!



Masa duk tunggu kelas Puan Nurul tengahari tadi, Yun duk lah bersembang dengan member. Lepas tu, tetibe.. truttt, truttt, truttt.. Hokey, phone ai bunyi. Almaklumlah, phone ai phone murah so memang agak 'classic' lah kan dia punya nada tu. Eh, ayah call ghupenya.

Ayah : Dah kemas-kemas barang ke?

Yun : Belum lagi. Nanti lah baru kemas.

Ayah : Barang-barang tu semua nanti ikut naik kargo ke macamana?

Yun : Eh, , taklah. Hantar guna pos laut. Kalau naik kargo, mahal kot. Sekarang 15kg dah RM25.

Ayah : Kalau pos laut, berapa?

Yun : Tak pasti pulak. Nantilah orang pi tanya. Nak bawak balik semua ke?

Ayah : Bawa yang mana penting je lah. Baldi-baldi tu tak payah bawak balik. Sedekah je kat junior.

gambar hiasan

Yun : Heater dengan iron pun bagi dorang ke? (dalam hati dah tak best sebab beli mahal lepas tu nak kena bagi orang pulak. Mana boleh. >.<)

Ayah : Iron je bawa balik. Heater tu bagi orang. Bawa balik pun nak buat apa? Nanti kira semua berapa dengan tiket. Nanti ayah masuk duit.

Yun : Hokey doki.

Ini baru ayah Yun. Dia taknak Yun bawa balik banyak barang. Lepas tu, Yun called mak pulak sebab Yun tahu mak mesti suruh bawa balik barang-barang tu. Kalau boleh, semua yang Yun ada kat sini, semua nak dibawa balik.

Yun : Mak, ayah tak bagi bawa balik semua barang. Cuma bawa balik iron je. Heater dengan baldi bagi orang.

Mak : Tak payah nak mengada. Beli memahal, nak bagi orang. Bawa je balik semua. Kalau boleh, dengan berus, berus bawa balik. Jangan nak tinggal-tinggal.

Yun : Lorh, kok baldi pun nak bawa balik? Kat rumah kan dah ada baldi? (malas sebenarnya nak memikul. Haha)

Mak : Alah, bukan ko yang pikul pun. Kapal yang bawa. Bawa je semua. Heater tu ada gunanya kat sini. Mak masak air guna heater je nanti.

Yun : Tapi...ayah cakap tak payah bawa balik.

Mak : Yelah, ikutlah cakap ayah tu! Semua nak tinggal. Beli pakai duit, nak tinggal-tinggal.

Yun : Erkk..okey-okey. Orang ikut cakap mak. Hehehe...



gambar hiasan


Hahaha... Dah agak dah, mesti disuruh bawa balik punya. Bukan Yun taknak bawa balik sebenarnya cuma segan woo..Bawa baldi bagai masuk airport. Hilang kecomelan Yun nanti. Hoho. Kalau nak pos guna laut, takut sampai darat, tinggal baldi jer, barang dalam baldi hilang. Seminggu kot baru sampai Semenanjung. Itu belum kira sampai rumah lagi. Mau dalam 3 minggu baru sampai. Kalau bawak ikut kargo, memang selamat cuma itulah segan....hehehe...


Blackout lagi?



Hoho...ini entri tiada kena mengena dengan isu blackout masa PRU13 haritu. Nak dijadikan cerita tadi pagi, Yun pergi kelas seawal jam 9 pagi walaupun kelas Arab Yun start pukul 10 pagi. Alkisahnya sebab Yun nak  singgah fakulti dulu ambil surat jawapan latihan industri. Punyalah excited nak pergi ambil surat sampai sanggup naik tangga ke tingkat 3. Dengan penuh keayuan dan penuh berhati-hati, Yun panjatlah tangga sampai tingkat 3 dan bila sampai je office, punya terkejut beruk Yun dibuatnya. Beruk pun tak terkejut macam Yun taw. Rasa macam nak menangis pun ada masa tu. Kenapa?

Yun terpandang notis kat pintu office.

"The office will be closed due to electricity problem and will be opened after the electricity problem has been solved. We are truly sorry for any convenience."
Patutlah tadi Yun tengok kemain ramai lecturer duk mengajar kat lobby FSS. Rupanya takde api. Dengar cerita elektrik takde dari petang semalam dan dijangka esok pun takde. So, nak taknak kena lah datang fakulti Isnin ni sebab nak ambil surat jawapan tu. Dan ini bermakna Yun kena turun dari tingkat 3 guna tangga. Sampai level G, Yun dah tercungap-cungap. Nasib ler pagi tadi tak tergerak hati nak pakai heels. Kalau tak, ada gak yang berkaki ayam turun tangga. Haha..

p/s: Tak sabar nak menghabiskan belajar. Hihi

Wednesday, May 22, 2013

Biar betol dia ni??



gambar hiasan


gambar hiasan


Jangan buat kerja gila wey...Yun muda lagi (muda ke?). Belajar pun belum habis, kerja pun belum tentu terjamin. Tetibe diajukan persoalan macam tu. Memang tak dapat nak jawab lah.

p/s: Nak balas jasa dulu baru pikir hal lain.


Kalau dah terlalu rajin pun susah juga


gambar hiasan


Habis satu bilik Yun kerjakan harini dengan roomate. Semua kitorang kemas 'cause kitorang akan terima roomate baru. Ini semua gara-gara kemasukan student foundation yang diluar jangkaan sampai student degree kena kongsi satu bilik 3 orang. Tapi takpelah, sebab kitorang pun dah final year so takdelah kisah sangat pun.

Tapi itulah, baru kemas sikit Yun dah start bersin. Alergik habuk. Tak sampai seminit lepas tu, hidung mula tersumbat. Gatal tak payah cakaplah. Rasa macam nak cabut jer hidung ni garu guna fork lepas tu pasang balik. Hahaha..boleh ek camtu? :P

p/s: Esok dah start role play Arab.



Tuesday, May 21, 2013

Bahasa Arab itu Indah...




اسمي نور لعزيمه. انا عمري اربع وعشرين عاما. أنا أدرس في كلية العلوم الإجتماعية بجامعة سرواق الماليزية.

Hehehe... Dalam hanya 6 bulan, In Sha ALLAH Yun akan fasih berbahasa Arab. Lepas ni bolehlah pergi kerja kat Dubai jadi PTD kat sana. In Sha ALLAH.. (:

p/s: sedang menghafaz dialog untuk role play hari Khamis ni.


Monday, May 20, 2013

Omak!!! Malunyer Saya!!!





Oh tidak!!!! Yun tak tahu mana mau diletakkan muka yang cantik comel ni. 



Hukhukhuk....siyes malu. Kenapalah mesti dia? Kenapa? Mengapa? Alahai~ Anak mak....

p/s: lepas ni kena lebih berhati-hati.



1 perkataan Alhamdulillah, 1 rasa Syukur








Syukur Alhamdulillah. Pertama, Yun dapat kembali telefon Yun yang hilang 3 hari lepas (rujuk entri ini), Kedua, Yun dapat tempat untuk latihan industri hujung bulan 6 nanti. Bukan 1 tapi 2 tempat. Macam tak percaya tapi inilah realiti. Meh sesape tolong cubit Yun takut Yun bermimpi di siang hari.

p/s: Sentiasa percaya pada janji Allah. In Sha Allah...(:



Yeay!!!! Hari ni Isnin!!!!




Mungkin ada orang tak suka Isnin tapi Yun sangat-sangat suka Isnin (mungkin minggu ni je kowt) sebab Yun akan berjumpa dengan someone something yang Yun dok tunggu selama 3 hari ni. Owhh~ can't wait to have you back.

Just for you. I've woke up at 7am sedangkan sebelum ni lepas je solat Subuh Yun akan sambung tidur sampai 8am. What a deal. My class at 10am. :P


Sunday, May 19, 2013

Timbanglah blog anda...:)



Terima kasih sangat-sangat kat Kucing Hitam sebab tegur Yun. Katanya blog Yun berat. Memula Yun pikir gak, apa yang buat blog Yun berat? Lepas Yun timbang kat sini, baru Yun tahu. Hamek ko, 129KB. Mana lah tak berat. Hahaha...

So, selepas diedit dan diremove mana yang tak perlu. Jadilah macam kat bawah ni. At least, berat tu tak lebih dari 100KB. Kalau lebih, Yun tak tahu nak remove apa lagi..Huuu~



Actually dah lama Yun nak timbang blog tapi memandangkan bila Yun buka blog Yun, loadingnya okey so diabaikan. Tak sangka pulak jadi berat pada korang. No wonder takde orang datang baca blog Yun. Hahahaha...

p/s: Timbanglah demi kesejahteraan bersama.. (:


The Best Fried Rice Ever... (^.^)



































































































































































































































































Yewww~ Kalau korang, korang nak ke makan? Tengok pun dah geli..hihihii


sumber: blogterbaik

p/s: Miss my phone~ Huuuu


Saturday, May 18, 2013

Tanpamu....




Takde kena mengena dengan lagu "Tanpa" Sixth Sense tu. Yun punya handphone hilang!!! Huwaaa... Itulah satu-satunya harta yang Yun ada. Sob, sob, sob..T_T

p/s: Hilang punca tanpamu...ooooo~


Follow my blog with Bloglovin



Baru berjinak-jinak dalam Bloglovin.. Hehehe.. Follow Yun yer

Follow my blog with Bloglovin

Friday, May 17, 2013

Tak tahu siapa bercakap benar sekarang...



Pelik...pelik... Si ibu cakap lain, anak pula kata lain. Tapi macam ramai yang menyebelahi si ibu. Apa pun, kita doakan agar hubungan mereka kembali pulih..:)



Tazkirah Jumaat #5



Sejak dua tiga hari ni, Yun selalu gagal dalam mengawal perasaan. Terutama bila melibatkan hati. Sempena bulan Rejab dan hari Jumaat, penghulu segala hari ni. Yun ingin share sesuatu yang berguna dengan korang semua.


Pesanan Imam Al Ghazali dalam membersihkan hati daripada penyakit riak, bangga, ego, etc.

  • Bila berjumpa dengan orang yang lebih tua, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana mereka lebih lama hidup dan telah banyak amalan yang dilakukan.
  • Bila berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana dosa mereka sangat sedikit berbanding dengan dosa kita yang telah lama hidup dari mereka.
  • Bila berjumpa dengan orang yang melakukan maksiat, hendaklah berkata bahawa mereka itu jahit tentang dosa dan pahala sedangkan kita melakukan maksiat sedangkan kita mengetahuinya.
  • Bila berjumpa dengan ulama' atau orang alim, hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kita kerana mempunyai banyak ilmu berbanding kita yang kekurangan ilmu.

Terima kasih kepada albesuty


Thursday, May 16, 2013

Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda





Tema Hari Guru tahun ni "Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda". Anyways, ucapan untuk semua gurr-guru di Malaysia yang telah banyak melahirkan anak didik yang berjaya. Bukan senang nak jadi cikgu ni. Kesabaran perlu kuat.

p/s: Terasa nak buat KPLI lepas degree ni. Agak-agak mampu ke Yun jadi cikgu yang tidak garang? Huhuhu



Tuesday, May 14, 2013

Aku mengantuk kot?






Kalau lama-lama mengadap huruf, macam ni lah jadinya...ayark..(+.+)

p/s: Huruf-huruf ni macam menari gangnam style pun ada. Hahaha.