Assalamualaikum...
Sebelum tu, tengok kiri kanan. Tepi, belakang takot-takot ada mata yang memerhati bak kata Kiah Propa. Pernah dapat borang kaji selidik kan korang? Ala, yang budak-budak master selalu bagi nak siapkan thesis dorang tu tapi Yun bukan dapat borang kaji selidik tapi panggilan kaji selidik.. Ha, macamana tu? Tak pernah dibuat orang p call student semata-mata untuk kaji selidik. Why me? Why????? Soalan yang ditanya pula soalan yang agak 'panas' gitu. 'Panas' ke? Bolehlah~ Nak tahu pe soalannye??? Jap, nak refresh memory. Almaklumlah, memory Yun ni kecil je. 10GB je jadi lambat sikit lah nak refresh balik. Ha, okay, Yun dah ingat. Dia bagi 5 soalan dan soalannya lebih kurang macam ni :-
Adakah cik dah bersedia untuk mengundi pada pilihanraya akan datang?
sebenarnya Yun nak je cakap Yun tak bersedia tapi sampai bila? Sekarang dah 23, lagi dua tahun dah kena pilih mana yang patut kita pilih.
Adakah cik sudah memilih mana-mana parti yang bakal cik pilih untuk memenangi pilihanraya ini?
boleh plak dia tanya Yun soalan macam ni? Sorry to say ler ai nak bagitahu.
Siapakah yang cik rasa sesuai untuk memimpin kerajaan?
yang ni dia bagi Yun 3 pilihan. 1) DS Najib, 2)Muhyiddin, 3)Hishamuddin. Asal semuanya dari parti yang sama? Awat dia takde bagi Anuar ke? Tok Nik ke? Ngeh Koo Ham ke? takpun Karpal Singh ke? Why them? Why?? Err..okay, next soalan...
Pemberian baucer buku 1 Malaysia patut diteruskan atau pun tidak?
Opkos ler..boleh Yun beli buku novel. Hehehe... Ehhhh, dah salah niat tu. Biasanya baucer yang Yun dapat, Yun beli buku adik Yun yang umur 5 tahun tu. Kenapa tak beli untuk Yun? Sebab kami students Social Science ni especially International Studies mana guna buku sangat dalam kelas. Kitorang banyak guna jurnal dan hasil penulisan think tanks. Lagipun harga buku tu ajer 2x ganda dari baucer yang diberi. Baik pergi CAIS, bertapa kat situ sampai beku.
Adakah dengan pengagihan kad siswa 1 Malaysia dapat membantu pelajar masa kini?
yang ni Yun tak berapa nak setuju. Why? Sebab kebanyakan kedai yang menggunakan kad siswa ini hanya terdapat di bahagian pantai timur dan area KL. Kami yang belajar di UNIMAS dan UMS ni apa cerita? Setakat guna dekat KFC, itupun cuma dapat less berapa sen sangat. 20sen kalau Yun tak salah. lagi satu tempat kedai kasut BATA (-.-"). Cubalah diperluaskan lagi penggunaanya terutama untuk kami students yang belajar di Sabah dan Sarawak yang sah-sah menggunakan duit PTPTN dan PAMA (Papa Mama) untuk membeli tiket. Cubalah bagi murah sikit especially yang menggunakan perkhidmatan Air Asia milik Tony Fernandez tu. Yela, tak semua daripada kami ni berkemampuan nak beli tiket MAS Airlines walaupun ada diskaun untuk pelajar. Plus, nak tunggu Pakcik Tony buat promosi bukan kemain lambat tapi bila dah ada...aik, cepat pulak tempoh tamatnya.
Well... Inilah 5 soalan yang Yun kena jawab bagi melengkapkan proses soal selidik aritu. Memula kan, dalam kepala Yun masa dapat call ni macam tak logik pula pihak U call untuk Yun jawab soalan yang tiada kaitan langsung dengan course yang Yun ambil apatah lagi dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak U. Bile Yun tanya kawan-kawan Yun in case if they also get the same call but semuanya negative. Ha, nampak tak permainan dia kat situ? Tapi tak tahulah if Yun terlepas pandang tapi yang musykilnya kenapa soalan macam tu? Ha, Yun ingat sapa nama orang yang call aritu. Mohd Farid B........... Entah, lupa plak. Katanya dari Pusat Penyelidikan UNIMAS dibawah Fakulti Sains Sosial.
Ehhh, cop-cop. Yun baru perasan soalan-soalan yang ditanya ni kebanyakan berunsur politik kat negara kita kan? Tapi Yun bukan budak politik. Yun budak International Studies. Yun budak diplomat @ PTD lah, pe kena mengena? Lainlah kalo dia tanya Yun sal pilihanraya Amerika Syarikat 2012 antara Barrack Obama dengan John McCain ke or tanya sal isu rakyat Palestin ke Rohingya ke or cuba tanya yang berkaitan denga tajuk Final Year Project Yun; Morocco Immigrants into Spain. Ha, confirm boleh jawab.
Pape pun, Yun pun dah jawab soalan yang ditanya. Yun tak tahu apa yang mereka nak buat dengan jawapan Yun. Okaylah, Yun pun dah kemain panjang lebar menulis nie. Lotih mato den. Esok pepagi nak kena jumpa lecturer lagi. Belum campur dengan sesi jumpa supervisor untuk FYP lagi. Dr Nizar, sila maafkan student FYP anda ini. Hasil kajian FYP saya belum buat...~
Terima Kasih kerana membaca.