My Fellow Followers

Saturday, April 30, 2011

Siyes lepas nie taknak join lagi!..MySpace

Assalamualaikum...
Kyaaaa,,morning guys..MySpace
morning sebab tak sampai dua jam Yun bangun..huahuahuahua

Ala,,,rileks ar. Arinie takde paper. Next paper 4hb, paper Soc. Inquiry.
Chopp,,pe yang Yun ngarut nie? Nampak n3? Pe yang dak nie xnak join?
Ha,,nie nak cite sikit. Yun dah taknak join contest or lucky draw yang menawarkan kereta Ferrari berbagai macam stuff sebagai hadiah.

Waeyo? Sebab Yun memang unlucky!MySpace
Dah banyak Yun join segala contest ngan lucky draw p nasib tidak menyebelahi Yun.
Yun memang tak lucky kowt.
So, Yun dah sebulat suara dah taknak join contest yang mempertaruhkan nasib nie.
But if Abg Ben yang wat segmen, Yun join coz Yun dapat ramai kawan.
Dulu kawan Yun sikit jewk p lepas masuk segmen yang Abg Ben wat, kawan Yun teros bertambah.
Sayaaaaaanggggg kat Abg Ben.MySpace

Tapi kan...kalau Yun menang lucky draw yang ini, Yun join lagi lucky draw yang lain.^^!
Dush! nampak benor tak tetap pendirian.. =,=
MySpaceLau lucky draw nie pun Yun tak dapat, sah kena Yun memang unlucky bab2 lucky draw nie.Kena lari gi batu belah batu bertangkup camni..huwaaaaa


p/s: wat lucky draw yang takde hadiah or pemenang, confirm Yun join.hehehhe



Friday, April 29, 2011

Gift for my dearest mother

Assalamualaikum,,,,

Korang tahu tak bile hari Ibu?*garu kepala*MySpace
Hari ibu jatuh pada Ahad kedua iaitu pada 8hb Mei ini!
Kyaaaaahhhh!! Time tue Yun dah de kat umah
Boley celebrate ngan ibunda tercinta. ^^!


Tapi,,,,,, Yun de masalah kat cnie.
Apa hadiah Yun nak bagi kat mak ek?
Yun habis final 6hb lepas tue ingat nak gi bandar Kuching cari kek lapis ngan ikan terubuk masin tapi haloooo....
Takkan nak bagi mak ikan terubuk masin jadi hadiah kowt.

MySpace
 Oh yeah,,, Yun dah tahu nak beli per kat mak.
Tadi duk bincang2 dengan kawan lam phone and die pun bagi la cadangan baeeekk punya.
Hehehehe,,,,nak tahu per die?
Tettt,,,mana buley bagitahu, t korang bagitahu kat mak Yun.
Dah tak surprise. ^^! Dems!!! cam dorang nak bagitahu

p/s: nak tunggu 7hb bukan kemain lama~~

Khusaini noryazid nak lukis muke korang

Assalamualaikum...
Selamat pagi malam korang,,,,
Kyaaaaaahhh!! Dah kol1am waktu Korea Malaysia p awat tak tido lagi nie?
Dems! Yun bukan nengok cite Korea tapi duk ngadap menelaah nie cz 2molo got exam. 1st exam for my final exam.

Dah, udah merepek Yun. Nampak n3 tue? Tak nampak sila pakai spek mata berdegree 0 yer. Nie nak bagitahu, sedara Khusaini nie dengan rela hati dan bangganya nak lukis gambar Yun yang cute lagi miut nie. Ayat mintak nak baling ngan selipar jewk an.


Malas nak tulis panjang2,, sila guna segala tenaga anda untuk menjengah or menyekodeng tuan tanah kedaung nie kat -----> Lompat katak jewk


Hurm,,Yun rasa gambar nie senang untuk sedara Khusaini lukis sebab Yun rasa simple and Yun tetap nampak cute<-----nak pengsan X_X. Xtually kan, Yun tak pernah dapat lukisan yang tol2 sebijik cam Yun. Aritu kawan Yun lukis gambar Yun. Dia cakap tue muke Yun tapi Yun tengok takde pun rupe Yun sebab tak cute. Hahahahaha.. So, sedara Khusaini,,,buley ea lukis muka Yun sebab t Yun buley tunjuk kat kawan Yun tue..^^!

p/s: Pernah lukis muka arwah sepupu sebijik cam muke die tapi family die mintak cz kata nak wat kenangan. Abis, Yun yang melukis nie takkan takde kenangan? Sabor je la~~


Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum


Kembang kuncup idung kena puji ngan Ezad, blogger yang kadang2 mengarut n3 nyer tapi daebak! ^^!
Oppssi,, bukan nak cite sal Ezad p segemen Abg Ben. Yun lupe dah berapa kali Yun join segmen yang Abg Ben nie buat but many many many many thanks kat abg sebab kenalkan Yun dengan ramai kawan blogger.^^!

Kenapa Yun seorang blogger?
Yun suke menulis. Sebelum kenal dunia belog nie, Yun rajin tulis dalam buku or diary sampai boley wat stok bacaan. Siyes Yun bohong ^^, Yun kenal belog masa 2009. Ala, time tue sesaja nak ader belog sebab tengok kengkawan sume de belog tapi takde n3 pun. Hahaha..;p. Just tak lama lepas tue, barulah mula jinak2 nak merajinkan diri menjadi blogger plus gatal nak promote my story kat asianfanfic. Yun suke sharing knowledge walaupun Yun tahu knowledge Yun pun tak seberapa but orang kata if kita sharing knowledge yang kita ada, kita akan dapat new knowlegde.

p/s: Seronok bile Abg Ujang ngan Kak Yana datang terjah belog Yun yang tak seberapa nie..^^, 

Whoaaaaa,,,,, cepatnyer loading ^^!

Assalamualaikum

Berhenti jap dari menghadap Keynesian Economy..
Tadi Yun terjah jap belog incik yang perasan ncem, Ezad aka Virusz,,,and Yun godek2 belog die cari post2 lame and jumpa la yang nie.


Sila klik lau rabun yer kengkawan ^^!

Omaigah!! Blog Yun loading time cume 3sec! Hahahahahaha.
Tue pun selepas bermacam jenis keperluan yang tak diperlukan Yun remove.

Yun sangat2 berterima kasih kat sedara Ezad yang macho lagi berkarisma<----sila jangan percaya,,,^^!  Bantuan beliau ibarat memberi cahaya dalam hidup belog Yun seperti lampu kalimantang dalam bilik nie.

If korang nak tahu berapa lama belog korang loading, ley la gi kat http://www.iwebtool.com.



I've told Ya!!! ^^!

Assalamualaikum...

Kyaaaaahhh!!! My new header!! ^^!


My new background!!  My new widget!!^^!


Duh! Nie bawu tol2 giler Korea.. Hahahahaha..
Tak suker? Nevermind,,, as long as Yun suker..<---pelempaq sebijik. =.=

Malam tadi Bruno Mars,,,sekarang back to normal.
Back to my oppas!!! Kyaaaahhh!!

Nie jew yang Yun nak bagitahu sebenarnya..
Memang mintak nak pelempaq
Okay,,, sambung study yang tinggal baki2.
Esok Yun dah start exam.huhuhuu

Wednesday, April 27, 2011

Don't blame me if I said I'm admiring you....Bruno Mars

Assalamualaikum....


Kyaaaaaahhh!!! Bruno Mars!!! *hidung berdarah* >.<
Sorry Sungmin, sorry Kikwang, sorry Minho..
Yun sayang korang tapi......omaigah! He so darn handsome!!!<----dush!

Yun suke lagu 'Just the way you are'.
Rasa cam die nyanyikan tuk Yun jewk.Hahahaha...

Oh her eyes her eyes
make the stars look like the're not shining.
He hair, her hair
falls perfectly without her trying

She's so beautiful and I tell her every day
I know, I know
when I compliment her she won't believe me
and it's so, it's so
sad ti think she don't see what I see
But every time she asks me to do I look okay I say

*Chorus*
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing just the way you are

And when you smile the whole world stops and stares for a while
Cause girl you're amazing just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think it's so sexy

She's so beautiful and I tell her everyday
Oh you know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfect you're searching for then just stay the same

So don't even bother asking if you look okay
You know I say

Kyaaaahhhhh!!! pengsan bangun balik tau Yun..
Sungmin ssi, Kikwang ssi, Minho ssi....Mianhae..
Bruno Mars @.@

p/s: Lepak de roomate camnie,,,kejap jewk nie. Pasnie, back to my oppa!!!!!


CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM.

Assalamualaikum...

Rehat sekejap sambil join contest alya


Sila terjah di sini untuk keterangan lebih lanjut-----> Open sesame

Okay, untuk gambar yang dipertaruhkan adalah......


Gambar shoot kat padang api. Kenapa padang api?
Pecahkan telur, konpom telur tue masak..



Gambar masa panjat gunung kat Taman Negara Bako, Sarawak..
Dems!!!....muke giler cuak time nie..


Omakk~~~ anakmu dah berjaya sampai ke puncak!!
Down sne mmg curam sesangat. Silap langkah....syyyyyiiiuuungggg...naek atas nun..

Done! 5 bloggers yang gatal nak di tag..

adik Yun yang baru, ^^!

Tarikh tutup: 30 April 2011.

p/s: Semester depan nak gi Sabah or Pontianak, Indonesia pulak..weeee~~



Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Assalamualaikum..


Petang nie n3 Yun berkisar kepada kenangan masa sekolah dedulu. Sekarang dah tak sekolah tak semestinya lupa kenangan masa sekolah dulu.

Ceritakan apa saja kenangan ( pahit atau manis ) bila korang terkenangkan bekas sekolah anda .. samada bersama rakan , guru atau kegiatan kokurikulum anda .. tak kisah laa.. janji jangan lucah atau mengarut ! 


Yun tak tahu la nak classified kan cite kenangan nie pahit ke manis tapi takpelah. Cite nie masa Yun di hujung tingkatan 5. Yun dengan sorang lagi kawan Yun, Justin merupakan editor untuk majalah sekolah. Kitorang wat satu ruangan seloka untuk guru2 yang mengajar kelas 5 Amal (Sains Tulen) tapi malangnya salah seorang daripada cikgu kitorang tak suka. Dia kata kitorang menjatuhkan air muka dia sebagai seorang guru padahal sebelum kitorang publish majalah, kitorang dah tunjuk pada PK HEM dan guru yang lain. Semua cakap okay takde masalah sebab tue kitorang publish.


Tapi disebabkan kitorang final student kat situ, kitorang pun pergi la minta maaf and seriously! She didn't want to forgive us siap ugut lagi nie. Dia kata akan adukan dekat Menteri Pelajaran dengan kerabat Sultan Johor. Seriously masa tue Yun dengan Justin dah mati akal tapi mujur cikgu2 lain menyokong kami. Benci betol cikgu tue pada kami sampaikan masuk kelas langsung tak pandang muka kitorang. Kitorang pe lagi, wat bodo je la sebab cikgu2 yang lain kata masalah tue kecil tapi die sengaja besar2kan. Yang lawaknya, die cakap die takkan maafkan kami walaupun die dah mati and then Justin dengan selamba badaknyer pi cakap,


It's okay, nanti I gali kubur die and paksa die maafkan kita then baru I kambus balik.

But, masa hari pe tah Yun dah lupa, cikgu tadi peluk Yun and doakan kejayaan Yun dalam SPM and Alhamdulillah Yun dapat B3 untuk paper subjek cikgu tue. Sampai sekarang, if Yun balik and saja singgah kat sekolah tue mesti Yun teringat cite nie.:D

p/s: cikgu tue selalu cakap die de keturunan dengan kerabat Johor.

Adik nampak HaNTU??!!

Assalamualaikum..
I wanna tell you a tue story happened in my own family.
But...Is it possible for a 4 years old kid can see any unseen figure such as a GHOST??

Malam semalam, masa Yun call mak, mak kata adik Yun demam. Demam terkejut mak cakap. That time mak tak bagitahu sebab apa so Yun consider as a normal fever for an active kid like him sampailah this morning mak mesej and tell me everything. He saw it! He saw it under his brother's bed. Yun tanya mak, camne rupe makhluk tue and mak pun lupe nak tanya adik. Yun rasa rupe ghost tue mesti camni

--------------
----------
---------
-------
------
-----
----
---
--
-


Cute right? Hehehhe... But what if it look like this? Rambutnyer panjang mengurai, muka hodoh..Omaigah! if Yun kat situ pun buley pengsan. But Alhamdulillah, nothing had happened to my lil brother. After my dad cured him I can hear he screaming to my mom because tak dapat nak ambil mainan yang mak simpan kat tempat tinggi. Kehkehkehkehkeh..

p/s: used to handle histeria students. Seriously, it so scared. Don't ever ever look at their eyes or you'll be the next victim. Jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTERI..


Monday, April 25, 2011

Dayana AZ dan MiszyDian's buat LUCKY DRAW!

Assalamualaikum..

Once again, my fast update before starting my revision. Tadi kawan blogger Yun, Miszy Dian invited Yun untuk join lucky draw yang die buat ngan Dayana AZ.


Syarat2 Yun rasa korang tengok la kat cnie yer---->Terjah. Terselah kemalasan nak menaip..huhuhu

Hadiah untuk lucky draw nie adalah seperti berikut:

  1. Hadiah utama: Handmade chocolate
  2. Hadiah 2nd sampai 4th place: Blog Header dari DD BSHOP
  3. Hadiah 5th: Keychain dari Sabah.
Cop!, Dian, Yun taknak keychain tapi Yun nak amplang buley?<---betul ker ejaan? Ah, lantaklah. Ahhhh...Yun nak gi Sabah tapi tunggu naik cuti semester buley jejalan..

Okay,,done homework given by you, Miszy Dian. Oh yer..due date lucky draw is on 29 April. Oppss...my first exam, International Economy is on that day too. Ottokke?(-.-"). Girls, wish me luck okay? Mangsa tag Yun ialah....jengjengjengjeng...

Next, continuing finishing my novel because my co-author is going for a holiday so Yun kena ganti tempat die siapkan novel kami. Nak tahu novel per, klik2 la yer..^^!

p/s: selalu sangat Yun join lucky draw tapi sampai sekarang tak pernah nak lucky. Mungkin Yun memang unlucky kowt bab2 lucky draw nie...huhuhu

Basikal, Laut dan TIKUS!!

Assalamualaikum..
Yun de something nak tell korang.

Pada suatu hari yang hening, burung2 pun berkicau aritu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira. Yun berjalan2 menyusuri lorong yang amat cantik tibe2.....


Yun jumpa basikal. Tanpa berlengah lagi Yun pun naik basikal tue. Bestnya naik basikal sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Yun bawa basikal sampai ke pantai. Kat pantai, Yun kayuh basikal menyusuri pesisir pantai.Anehnya, basikal yang Yun menyusur laju macam jalan kat kawasan rata padahal kat situ kawasan pasir. Imagine pasir pantai?


Tibe2....Yun bawa basikal membelah lautan. Yun seberang lautan seolah2 lautan tue umpama jalan bertar. Yun bawa basikal sampailah Yun ke kawasan perindustrian. Huish, jauh gak Yun berjalan Kemudian, Yun berhenti kat satu kedai. Kedai jual haiwan, Yun pun singgah kat situ. Then, tokey tue dengan baik hati dan limpanya membenarkan Yun pilih 10 jenis haiwan untuk dibawa balik. Pilih okay bukan beli. Siyes tak sangka. Yun pun pilih 5 ekor anak kucing, 2 ekor arnab dan 3 ekor....



HAMSTER TIKUS! Yun pun tak tahu kenapa Yun pilih Cik Ti nie. Dah pilih tue sume, Yun tanya tokey tue how about dorang punya makanan? Then, tokey tue tunjuk satu paket kecil makanan haiwan kat Yun. Lau yang tue, kena bayar tapi Yun takde duit tapi tibe2......akak Yun muncul. Dia yang bayar harga untuk makanan haiwan2 peliharaan Yun tue dengan syarat, akak Yun amek 2 ekor kucing dan selebihnya Yun amek.

Then, Yun ader dalam bilik Yun. Tibe2...mulut tikus tadi berubah jadi panjang. Yun takot. Yun teros masukkan dalam satu bekas kecik. Yang peliknye muat la pulak tikus tue dalam bekas kecik tue. Akak Yun muncul lagi and Yun teros cakap kat akak pulangkan tikus tue sebab tikus tue jahat. Akak Yun marah2 Yun tapi Yun tak dengar pe die cakap. Yun dah nangis2 sebab Yun tak dengar pe die cakap tapi....kenapa Yun buley dengar bunyi ketukan pintu and orang bagi salam?

Rupe2nyer.....baru Yun sedar yang Yun sebenarnya mimpi di siang hari.. Kusss semangat. Ingat betol2 tadi. Kawan Yun datang pulangkan buku nota Yun yang dia pinjam minggu lepas. Bile pikir2 balik, kelakar pulak mimpi Yun. Boley pulak bawa basikal lalu atas laut?;p

p/s: tak tahu pe maksud mimpi tue. Mengarut tol.

Stress of exam and my flight departure

Assalamualaikum

Fast update untuk petang nie. Tinggal lagi 4 hari sebelum final Yun bermula dan lepas tue dah boleh syiungggg naek flight balik umah kat Malaysia Semenanjung. First exam, International economy and duh~~. I didn't even  know what I'm reading. Stock market, free market, globalization, capitalism, WTO, GTT and bla bla bla...


Kengkawan yang laen dah kemas awal2 barang2 untuk dimasukkan dalam stor. Tapi Yun? Satu hape tak kemas lagi. Cam taknak balik jewk, karang dah nak dekat2 balik, bawu sibuk nak kemas itu ini. Huuu~~ this semester is really killing me up. Actually dalam kepala is more to counting my way back home instead of counting when is the next exam.

Last exam on Friday and my flight is the next day. Aritu, Yun akan bagitahu korang sume what you should do and what you shouldn't do in flight. Omaigah,,,siyesly can't wait to see my family. 4 bulan cuti, terasa rugi if tak balik. Memula nak wat short sem but then after think banyak kali, Yun rasa better if Yun balik.


K la, tue jewk yang Yun nak melalut kat cnie. Nak sambung baca balik nie. Tata and do wish me for my exam.:D

p/s: buley tak nak tido jap. Letih r..huhuhu



Sunday, April 24, 2011

Selamat Pengantin Baru dan Nak 1 ke 2?

Assalamualaikum.
Dan jugak goooood morning...
2 ari tak update belog kesayangan Yun? Why? Exhausted sangat past two days.
Tapi Yun nak cite sikit kisah yang berlaku dua hari nie.

Kisah pertama berlaku hari Jumaat lepas masa dinner Malam Temasya Anugerah yang bertemankan Prince of Persia.Dinner pada malam tue memang superb sebab buat pertama kali kitorng held dinner kat hotel. Sebelum2 nie, mereka buat dinner dekat Dewan Unimas saja tapi tahun nie dinner dibuat di Hotel Penview. Nama pun dinner kan, mesti lah ada sikit aktiviti2 macam lucky draw, karaoke and of course makan2..^^!. Tapi Yun nak fokus more to sesi karaoke. Why? because it was fun and hilarious. Presiden dan bendahari kehormat kami, Abg Robert dan Doublin (I'm suppose to call both 'abg' but don't know why Yun call Doublin instead of Abg Doublin), nak menyanyikan lagu special for all of us. Siap buat gimik ni membelakangkan audience. Time tue, masing2 fikir, okay, dorang nak nyanyi lagu rock sekali.......SELAMAT PENGANTIN BARU,,,jengjengjengjeng,,,

Duh, masing2 dah terbahak2 tahan ketawa tengok dorang berdua. Gaya dah cantik macam nak nyanyi lagu rock, sekali nyanyi lagu kahwin. Alahai, sabor je la melayan dorang nie sume.

Kisah kedua pulak berlaku semalam kat rumah mak angkat Yun di Kampung Ulu Semera, Asajaya. Actually banyak scene2 lucu campur lawak Yun kat sana. Totally awesome dan meninggalkan kesan yang mendalam pada kawan2 Yun yang secara otomatiknyer menjadi anak mak Yun gak. Mak takde anak perempuan (anak perempuan dah pindah ikot suami kat Semenanjung), so bile abg angkat Yun dan Yun sendiri pergi umah mak bawak another girls, mak memang happy. Sampai jewk rumah mak, kitorang teros masak. Kitorang bakar ikan, masak lemak udang cili api. Pergh, memang masyuk. Mie dengan Yus orang paling happy sekali sebab nie la pengalaman pertama dorang datang umah mak angkat Yun. Lepas makan tengahari( kitorang makan tengahari dalam kol 4lebih), rehat2 and then kol5 petang camtu, kitorang gerak gi jetty. Ingatkan dapatlah tengok orang naikkan ikan tapi sebab kitorang datang lewat, so ikan2 sume dah dibawa ke pasar.


Dah puas tengok orang mancing, kitorang gi pasar sebab mak cakap mak nak beli lauk untuk makan malam. Mak beli ikan terubuk dengan ikan.... Yun lupe nama ikan tue.Hehehehe.. Okay, cite sal ikan terubuk. Mak tanya Yun, nak beli berapa? Yun dengan penuh confidennyer gi cakap 1 je la mak. Then, mak tanya lagi sebab mungkin mak ingat nanti tak cukup lau beli sekor jewk. Yun pun cakap la kat umah, de lagi 2 ekor ikan bakar nanti tak abis pulak tapi lau mak nak beli 2 ekor, t masak sekor jewk. Yang lagi sekor, simpan dalam peti ais. Pendek cite, time dinner ikan terubuk yang kononnya nak simpan dalam peti ais tue dah selamat 'disimpan' di dalam perut Yun. Hahahaha.. Natijahnyer? Yun kena perli dengan mak, abg n dak2 sengal Mie ngan Yus. Dush!(-.-")

Time balik la Yun paling tak suke. Mak menangis. Haish, Yun pun pe lagi meleleh la jugak. Okay, Yun ngaku dah lama Yun tak balik umah mak..Waaaaa...jahat kan Yun? Abg pun selalu perli Yun sebab tak balik jenguk mak. Bukan taknak jenguk, Yun tak tahu jalan gi umah mak..kikiki..;p Tapi papepun, Yun sayang mak walaupun just mak angkat dan yang penting skunk Yun dah tahu jalan gi umah mak. Sebelum kami balik, mak bekalkan kitorang pisang dengan sagun. Best tau. Kami sayang mak kami.


p/s: psni bile balik umah mak, abg tak dapat ikot sebab sem nie die last kat Sarawak tapi die tak sampai ati nak bagitahu kat mak yang kunjungan die semalam adalah kunjungan terakhir. Takot mak nangis.:(


Thursday, April 21, 2011

Adab ketika korang kat majlis rasmi

Assalamualaikum..

Update baru sempena Malam Temasya Anugerah Seroja yang bertema "Arabic Night" yang berlangsung esok di Penview Hotel. Yun nak berkongsi beberapa etika ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Mungkin ader yang dah tahu tapi tak apa kan lau kita berkongsi? Kalau kurang, sila bagitahu Yun oke sebab Yun pun tak tahu sangat sal adab2 majlis rasmi.

Jangan gelojoh
Ye, memang makanan tue nampak sedap. Jangan pulak korang makan macam tak pernah jumpa makanan setahun. Makan slow2 sebab takkan lari ke mana makanan tue.

Jangan letak siku atas meja
Best kan letak siku atas meja? Korang ingat nie kedai mamak? Sebenarnya tak elok sebab andaikata korang berpakaian lengan panjang then korang letak siku atas meja, bimbang lengan baju akan terkena kotoran. Kan nanti dah tak nampak cantik.

Elak sendawa di meja makan
Burrrrpppp~~~ Gempak satu meja kalau dengar korang sendawa kuat sampai camtu. Kalau korang memang dah nak sangat3 sendawa, sila tutup mulut and then cakap 'minta maaf' atau lau korang rse korang ala2 omputih kan, sila cakap, 'xcuse me.'

Buang angin
Nampak kurang sopan di situ. Kenapa? Yun pasti mereka yang berada bersama2 korang pun tak suke bau 'wangian' yang korang baru lepaskan tue. Lau kot ye pun dah tak tahan, gi la lari cepat2 gi toilet. Ish3...

Makan bersepah
Haish, yang nie memang dah sah2 korang kena belajar balik adab masa makan. Dah ghupe budak kecik Yun tengok. Budak kecik pun makan lagi cermat dari korang.

Mencungkil gigi
Lepas makan, cari pencungkil gigi and korek segala anasir2 yang melekat kat gigi korang tue. Yack! memang nampak kurang sopan especially lau korang berkongsi meja dengan perempuan bagi lelaki sebab setau Yun cume lelaki yang cungkil2 gigi nie. Tak salah tapi pergilah tandas atau tempat yang tersembunyi cket.

Sudu dan pinggan berlaga
Dah macam nak pergi berperang. Nama pun majlis rasmi, cuba elak daripada sudu tue berlaga dengan pinggan. Maksudnya, kalau korang nak potong daging, janganlah potong sampai nak terbelah pinggan tue. Karang bukan daging jer yang terbelah, pinggan tue pun terbelah sekali.

Sebenarnya banyak lagi etika makan tapi nie yang nie aje Yun tahu. Lau korang de tahu lagi, sila bagitahu Yun kt kotak komen k?

p/s: tak sabar nak tunggu esok gi dinner.:)

Wednesday, April 20, 2011

Kaedah Terbaek 'Membasuh' Ikan

Assalamualaikum..

Pernah tak korang menyiang ikan?
Dah lepas siang ikan tue, korang buat apa?

Hehehe,,nie de 1 cite benar yang berlaku pada seseorang yang Yun kenal.
Cara terbaek membasuh ikan yang telah disiang.
Guna SABUN ^^!

Mujurlah sempat dihalang, kalau tak....
Sendiri faham la yer.;p


p/s: bukan baju ngan pinggan mangkuk jewk basuh guna sabun, ikan pun ley basuh guna sabun.


Tuesday, April 19, 2011

Aku Bukan Selemah yang Kau Sangka

Assalamualaikum..
Arinie takde mood nak update pape sebab takde aktiviti best yang Yun boleh kongsi dengan kawan2 Yun.

Aku bukan selemah yang kau sangkakan,
Yang bisa kau main2kan,
Ku juga punya hati dan perasaan;
Sama seperti kalian yang mahukan perhatian.

Aku bukan selemah yang kau sangkakan,
Yang bisa kau perolokkan,
Aku diam bukan bermakna kemenangan kuberikan;
Tapi untuk menyediakan 'serangan'.

(-.-")... Daripada Yun teros pikir bende2 camnie, baik Yun gi jalan2 gi blog kawan2. Bile dah down camnie, mulalah kuar ayat2 mengarut. Haish....

Monday, April 18, 2011

Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy

Assalamualaikum
Hola...


Arinie dah start minggu study. Sepatotnyer time camnielah dapat bangun lewat tapi ntah kenapa mata teros segar awal. Mungkin sebab dah terbiasa bangun awal sebab nak gi kelas kowt.;p

Takpelah, at least de gak keje yang nak dibuat. Lepas nie, nak gi print IE assignment sebab pukul4 dah nak kena antar. Then, kena gi kedai Aunty Cecilia untuk urusan P.O for dinner Seroja. Ufff..banyaknyer kerja.=.=

Stop. Entri nie bukan entri mengarut tapi entri untuk dapatkan lucky draw dari Europe.!! Hehehe...Segmen nie kepunyaan Trigyy so lau nak join sila klik---->Trigyy. Segmen nie ditutup 21 April nanti sebab sekarang beliau sedang berholiday (agaknyer la kowt.)

Kenapa Yun suke belog beliau?
Sebab belog beliau macam2 ader. Dah macam iklan Astro lak kan. Tapi seriously, bila Yun tengok belog die, semangat Yun nak belaja kat overseas makin membuak2. Kira Trigyy nie bagi semangat tak langsung untuk Yun untuk further study kat overseas. Tue ajelah review Yun tentang belog Trigyy nie.(tak reti sebenarnya nak review belog orang nie.)

Done! Sekarang Yun nak continue game racing car. Semalam Yun dapat no1.....dari belakang..ngeh3..

p/s: tak mengharap untuk terpilih tapi teringin nak dapat souvenir dari overseas.;p

Sunday, April 17, 2011

Study Week: Masa untuk belajar or main2?

Assalamualaikum

Hola, dah mam?
Hope sudah la yer sebab dah lewat kowt if korang tak mam lagi.

Esok bermulanya minggu ulangkaji bagi students UNIMAS.
Happy la kowt tambahan bila semua assignment dah di hantar.
Okay, minggu study week, pe korang akan wat?
Yun list beberapa kat cnie yang mungkin sama or berlaku kat korang.

Balik kampung
Sesuatu yang sangat2 ditunggu oleh seorang yang bergelar pelajar universiti. Tak caya? Study week belum mula lagi tapi dah ader yang dah beli tiket nak balik rumah sempena minggu ulangkaji. Abis jewk kelas terakhir, teros pecut gi station bas, keretapi hatta airport sekalipun. Kalau la ayah Yun tue tokey balak, ari Khamis aritu lagi Yun dah balik sebab last kelas aritu. Tapi, nie nak tanya sikit. Bile korang kat umah tue kan, korang study ker? Konpom tak..huhuhu


Main Game
Lau hok nie, Yun angkat tangan sebab Yun pun sama.>.<.. Tensen woo lau doploh pat jam kena ngadap buku. Tambah2 lagi course yang Yun amek nie kena lebih banyak membaca. Bila dah main game, jangan arap la nak sentuh buku.


Window Shopping
Nie untuk mereka yang poketnya tebal macam dictionary rumate Yun. Lagi2 kalau dorang jenis yang swap sana swap sini. Bile shopping, tak ingat dunia. Kiri kanan ngan beg. Lau gi ngan boipren, cian boipren korang kena angkat barang2 sume. Lepas tue, ujung bulan? Famili korang gak yang kena bayar utang kad kredit korang.


Tengok movie
Time dah nak dekat study week nie la, students yang tak balik kampung and takde duit nak kuar gi shopping mencari kowt2 de cite baru yang buley ditengok time study week nie. Dalam hard disk Yun ajew, lebih banyak cite Korea daripada cite2 len. Nak citer Melayu? Ader pi de lah dalam 2 3 cite. Lau nak cite korea, sila datang ke bilik Yun bernombor BD***.


Makan, tidur, makan, tidur
Seminggu cuti study week, seminggu la makan tidur, makan tidur. Buku? Haram jadah nak disentuhnya. Sebabnyer, 6 bulan asek bangun awal so bile dah cuti nie lah balas dendam bangun lambat. Lepas tue, tadaaa...time exam pun lambat sebab lambat bangun lepas tue satu hape tak baca. Padan muke.;p



Study smart not study hard
Bagi yang baik macam Yun nie<---perasan. Minggu ulangkaji mestilah kena ulangkaji. Ye tak? Concentrate kat subjek2 teras and baca pe2 yang patot. Buat jadual yang teratur so nanti takde la menggelabah masa nak exam. Bak kata orang, 'study smart not study hard'. Maknenyer jangan study last2 minit. Karang satu hape tak masuk.



So, antara senarai kat atas, korang tergolong dalam mana? Tepuk dada, tanya Aiman k? Aiman tak kisah. Tapi, apapun cara korang, pandai2 lah manfaatkan minggu study week nie. Untuk kebaikan korang jugak. Selamat beramal..

*gambar hasil carian google.