My Fellow Followers

Thursday, April 21, 2011

Adab ketika korang kat majlis rasmi

Assalamualaikum..

Update baru sempena Malam Temasya Anugerah Seroja yang bertema "Arabic Night" yang berlangsung esok di Penview Hotel. Yun nak berkongsi beberapa etika ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Mungkin ader yang dah tahu tapi tak apa kan lau kita berkongsi? Kalau kurang, sila bagitahu Yun oke sebab Yun pun tak tahu sangat sal adab2 majlis rasmi.

Jangan gelojoh
Ye, memang makanan tue nampak sedap. Jangan pulak korang makan macam tak pernah jumpa makanan setahun. Makan slow2 sebab takkan lari ke mana makanan tue.

Jangan letak siku atas meja
Best kan letak siku atas meja? Korang ingat nie kedai mamak? Sebenarnya tak elok sebab andaikata korang berpakaian lengan panjang then korang letak siku atas meja, bimbang lengan baju akan terkena kotoran. Kan nanti dah tak nampak cantik.

Elak sendawa di meja makan
Burrrrpppp~~~ Gempak satu meja kalau dengar korang sendawa kuat sampai camtu. Kalau korang memang dah nak sangat3 sendawa, sila tutup mulut and then cakap 'minta maaf' atau lau korang rse korang ala2 omputih kan, sila cakap, 'xcuse me.'

Buang angin
Nampak kurang sopan di situ. Kenapa? Yun pasti mereka yang berada bersama2 korang pun tak suke bau 'wangian' yang korang baru lepaskan tue. Lau kot ye pun dah tak tahan, gi la lari cepat2 gi toilet. Ish3...

Makan bersepah
Haish, yang nie memang dah sah2 korang kena belajar balik adab masa makan. Dah ghupe budak kecik Yun tengok. Budak kecik pun makan lagi cermat dari korang.

Mencungkil gigi
Lepas makan, cari pencungkil gigi and korek segala anasir2 yang melekat kat gigi korang tue. Yack! memang nampak kurang sopan especially lau korang berkongsi meja dengan perempuan bagi lelaki sebab setau Yun cume lelaki yang cungkil2 gigi nie. Tak salah tapi pergilah tandas atau tempat yang tersembunyi cket.

Sudu dan pinggan berlaga
Dah macam nak pergi berperang. Nama pun majlis rasmi, cuba elak daripada sudu tue berlaga dengan pinggan. Maksudnya, kalau korang nak potong daging, janganlah potong sampai nak terbelah pinggan tue. Karang bukan daging jer yang terbelah, pinggan tue pun terbelah sekali.

Sebenarnya banyak lagi etika makan tapi nie yang nie aje Yun tahu. Lau korang de tahu lagi, sila bagitahu Yun kt kotak komen k?

p/s: tak sabar nak tunggu esok gi dinner.:)

2 comments:

  1. nsib baik sy xsuke pergi mjlis yg rmai org..ekekeke

    ReplyDelete
  2. hehe mummy selalu letak siku bawah dagu..

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^