Tadi pagi aku ada kelas Teori Sosial dekat BS20. Punya la excited nak pergi kelas pagi, pukul 6 aku dah bangun(lau time sekolah dulu takde pulak nak bangun pukul4.^^).
Lepas tue, aku gerak awal pergi kelas, bukan sebab excited ke pe tapi sebab aku takut tak jumpa kelas. Yela, mana tak nyer nama jer belajar dah masuk semester 4 tapi selok belok kelas langsung tak tahu. Hehehe^^
Masuk jer kelas, aku tengok studentnye alahai berapa kerat sangat la yang datang. Yang lain belum balik lagi. Teringat lak masa jadi first year student dulu. Balik ke kampus bukan main awal lagi. Lau boley, seminggu sebelum kelas bermula dah terpacak kat kolej tapi sekarang? Kelas dah mula seminggu, minggu depan baru balik. So, tuang kelas seminggu. Alasan, lecturer tak masuk kelas minggu pertama(memang betul pn^^).
Mujur tadi kelas Teori Sosial aku dah bermula walaupun studentnye tak sampai pun 30 orang. Lecturernye pun baru seminggu sampai UNIMAS. Briefing sikit-sikit pastu pe lagi? 'Class dismiss', ini lah ayat yang semua student tunggu-tunggu dari mulut lecturer. Tambah lagi, kelas tue sejuk ya amat memang ramai lah yang angkat kaki keluar pergi 'memanaskan' badan daripada terus jadi Snow Man kat dalam kelas tue.
Petang pulak, aku ada kelas Pendekatan Penilitian Sosial. Sama la jugak macam pagi tadi bukan main excited aku pergi siap bawa sweater lagi sebab bilik kuliah tue la satu-satunya bilik kuliah yang aku rasa suhu air conditioner dia macam suhu kat oversea bawah 16 darjah celcius kowt. Dalam kelas tue agak ramai la jugak studentnya berbeza dengan kelas pagi tadi. Tapi sayang, kitorg tunggu sampai aku rasa dah hampir beku lecturer tak muncul-muncul gak. Pe kes? Suruh student balik awal tapi lecturer pulak yang lewat balik. Gara-gara tak tahan dengan kesejukan bilik kuliah tue, kitorang dengan bangganya mengumumkan CLASS IS DISMISS. Horay!!!
\(^0^)/. Keluar jer bilik kuliah tue, cermin mata aku dah berwap, kena cari wiper nak lap.Hahaha...
Kita tengok lak esok kelas pagi macam mana tapi aku rasa esok kelas memang ada sebab lecturer tue pernah ajar kitorang dulu. Jarang kelas dia tak masuk, student yang tak masuk ada la.^^V
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^