My Fellow Followers

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SOO WHAT ??

Huargggg!!! petang2 nie terasa mengantok lak. Tambah2 lagi senggang takde harini. So, aku dengan selamba malu2 rimaunyer gi ler menerjah blogger2 feveret aku antaranya, encik Ujang. Aku bace entri die and cam tertarik jewk nak join sekali kan. Jadi, dah bace2 tue, aku terjah pulak blog encik Ben Ashaari. Tue yang agak2 tajuk blog aku cam ganas sikit.hehehe



Satu cerita kematian yang menginsafkan?

Memang ada. Aku kehilangan sepupu yang amat2 rapat dengan aku masa tahun 2007. Siti Nur Aisyah Balqis, 6 tahun meninggal dunia akibat kegagalan otaknya untuk berfungsi. Pemergiannya memang sangat2 dirasai especially pada pakcik aku sebab arwah lebih rapat dengan die daripada ibunya sendiri. Hari sebelum kematiannya, aku dengan family terus bergegas gi Hospital Besar Sultanah Aminah dan sebaik sampai kat wad yang menempatkan arwah, kaki tangan aku semua kaku.

Bile turn aku tuk lawat die, aku terus pegang tangan die and cakap kat die, "adik, akak dah sampai. Adik bangunlah. Akak rindu kat Ecah." Takde respon. Bile aku nampak ayah baca sesuatu kat telinga die, aku dah mule jadi tak keruan and pakcik aku terus tarik aku dalam pelukan die. Petang tue, aku balik dengan hati yang berat. Aku ikot pakcik aku balik and then lepas Maghrib, makcik aku call and bagitahu arwah dah pergi tinggalkan kitorang. Aku makin sedih bile tibe2 pakcik aku berlari keluar and jerit nama anak die. Arwah meninggal ari Jumaat dan dikebumikan esoknyer.

Masa arwah dimandikan, aku duduk sebelah pakcik aku sebab die tolong pegang arwah masa tue. Makcik aku lak dah banyak kali pengsan, tambahan masa tue die pregnant 3 bulan. Lepas proses memandikan arwah selesai, tibe2 aku terasa muka aku basah. Rupe2nyer aku tergamam sebab tue pakcik aku sapu air basuhan jenazah kat muke aku. Dah selesai semua, sepupu aku buley cakap, "Kak Ngah, tadi kita nampak mata Ecah gerak. Dia hidup lagi la." Makinlah meraung makcik aku bile dengar sepupu aku cakap camtu. Sampai kat rumah, ayah mintak aku mandi sebab die risau lau pape jadi pada aku. Ye la, anak die nie lemah semangat sangat. Lepass solat Maghrib, kitorang duduk keliling ayah then ayah cakap, "Kematian tak kenal sape. Tua muda semua akan mati. Cuma kite tak tahu bile masa kita. Mungkin tahun depan, esok tak pun time tido nanti pun kita buley meninggal."

Sampai sekarang, bile aku balik cuti semester, aku akan singgah rumah pakcik aku dan mesti aku akan nampak gambar2 Aisyah digantung di setiap sudut rumah. Adik arwah, Haikal pun bile ditanya siapa dalam gambar tue, dia akan cakap,"Tu kakak adik.".

p/s: Walaupun dah 2 tahun lebih arwah tinggalkan kitorang, bile cerita pasal die aku akan menangis. In fact, masa tulis entri nie pun, aku menangis.:((

3 comments:

  1. nice entry...

    jom ktahui plbagai info mngnai dunia n akhirat di blog prince....

    :)

    ReplyDelete
  2. singgah n follow dari segmen abg ben
    salam perkenalan~

    nice entry!

    ReplyDelete
  3. good story....
    Semoga dia tenang di sana...

    bole follow saya kembali?huhu

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^