My Fellow Followers

Thursday, March 31, 2011

"PENULIS SENJA TERAKHIR"

Assalamualaikum..
New update, new entri.
Do click here if you want to know the detail----->"Penulis Senja Terakhir"


Hurm,,actually I'm non of literary person.
But, Penulis Senja dah invite Yun kat FB tadi so tak salah if Yun nak cuba right?
Plus, the winner will get money. *dare tell me sape yang taknak duit? Even mad men pun ley siuman if dapat money.

Lagi satu, Yun tak pandai bermadah kata puitis-puitis nie. Yun lebih kepada cerpen or novel. 

Okay, done mumbling. Cerpen yang Yun post nie berkisar tentang Yun and kawan-kawan Yun. So, enjoy it because it is the true story.

"Sahabat hingga ke akhirnya"

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Jun 2009

"Err, awak student UNIMAS?" Aku memberanikan diri bertanya kepada seorang gadis yang sedang asyik membetulkan tudung.

"A'ah. Saya student UNIMAS. Awak pun student UNIMAS juga ke?" Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Syukur Alhamdulillah, aku jumpa seorang yang sama universiti dengan aku. Sekurang-kurangnya, aku punya kawan baru di tempat baru.

"Ambil course apa?" tanyanya lagi.

"International Studies. Awak?" Aku berharap agar dia pun sama jurusan dengan aku tapi rupanya harapan hanya tinggal harapan.

"Social Work." balasnya. Aku hanya mampu tersenyum. Melihatkan aku, dia turut membalas senyumanku.

Perbualan kami terhenti di situ tatkala ayah memanggil aku untuk bersarapan. Ya, aku ke Sarawak hanya ditemani ayah. Selepas bersarapan, kami menunggu di luar 'airport' untuk dijemput oleh senior-senior dari UNIMAS. Sekali lagi aku bertembung dengan gadis yang kutemui tadi.

"Assalamualaikum, jumpa lagi kita. Awak asal mana?" tanyaku.

"Waalaikumusalam. Pontian, Johor. Awak?"

"Eh, sama lah. Saya pun orang Johor juga tapi area Kulai." Seronok bukan main aku sebab dapat kawan satu negeri.

"Kulai? Orang Mawi la nie eh?" Adus, kenapa tiap kali aku bagitahu aku orang Kulai, orang kaitkan dengan Mawi?

"Eh, tak adalah. Mawi area Taib Andak. Saya area Bandar Putra." Dia hanya tersenyum mendengar jawapannku. Sekali lagi perbualan kami berhenti oleh kerana bas yang akan membawa kami ke UNIMAS sudah pun menunggu. Dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan dia. Kami tak banyak bercakap disebabkan keletihan semasa dalam penerbangan tadi.

"Err, kita still tak tahu nama awak." tiba-tiba die memecahkan kesunyian di antara kami. Aku pun baru teringat yang kami belum lagi memperkenalkan diri.

"Yalah, lupa nak perkenalkan diri tadi. Saya Nurul Aziemah. Awak buleh panggil saya Azie."
Aku menghulurkan tangan dan disambut olehnya. Dia tersenyum. Cantik senyumannya sebab ada tahi lalat di bibirnya yang membuatkannya nampak cantik.

"Saya Hamimahani. Panggil saya Mima.". Sebaik sampai di kolej kediaman, kami mendaftar bersama dan kami ditempatkan di bilik yang sama dan ke mana-mana pergi, pasti akan bersama.

Mac 2011..

Kini, hampir 2 tahun usia perkenalan kami.Tiada siapa menduga perkenalan di lapangan terbang membawa kepada hubungan persahabatan yang indah. Aku bukan sahaja mempunyai Mima (yang kini kupanggil Mami) sebagai kawan. Malah, aku juga mempunyai teman lain seperti Auni, Yus, Shima, Farhana, dan Siti.Mereka lah keluargaku sepanjang aku berada di bumi Sarawak ini.


"Azie, jom kuar malam nie. Kitorang nak kuar makan." panggilan Mima membawa jauh kenangan semasa kami mula-mula berkenalan. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. 

Kami masih lagi menjadi teman sebilik kerana masing-masing tahu perangai masing-masing dan agak sukar untuk kami menukar teman bilik yang lain. Aku berharap persahabatan kami semua akan terus berkekalan walaupun selepas tamat pengajian.

*******TAMAT*****

Ha, amacam? Okay tak? Tak ley panjang2 lau tak jadi novel karang. Nama pun cerpen, CERITA PENDEK Lau nak baca cerita yang lagi panjang, rajin2 lah klik kat cerita yang Yun tulis kat 'Hasil Nukilanku' tue. But, sorry to say la, cerita2 tersebut semuanya in English.

So, Yun nak tag mereka yang Yun rasa2 punya bakat dalam sastera nie.
Dark Virusz<---beliau mmg de bakat lau bab2 nie.;p



p/s : Sayang kawan2 Yun semua.MySpace



1 comment:

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^