My Fellow Followers

Monday, March 28, 2011

Kongsi Pengalaman :: Form Six tak lah seteruk mana.

Assalamualaikum...
Harinie aku terdetik ati nak share cerita tentang pengalaman aku join kelab 'form 6'. Kenapa? Sebab tadi aku bau balik dari BW kat rumah cik Nadiwan. Dia agak kecewa dengan result subjek Ekonomi dan kesudahannya, beliau masuk form six..

Okay,kepada cik Nadiwan, nie pengalaman aku:
SPM 2006, keputusan aku agak tak cemerlang. Daripada 10 subjek yang aku amek, aku hanya lulus cemerlang subjek Bahasa Melayu dan Agama Islam. Subjek yang aku target untuk lulus cemerlang agak mengecewakan. Subjek per? Biologi dan Kimia.

Siyesly cite-cite aku dari kecik nak jadi doktor tapi harapan tue terpaksa dikuburkan. Aku dapat tawaran sambung ke tingkatan enam jurusan sains kemasyarakatan. Time tue, aku down giler2. Kawan-kawan aku sume dapat sambung ke peringkat yang lebih tinggi tapi aku? Sekadar pelajar tingkatan enam yang belum tentu nasibnya.

Aku masuk tingkatan enam atas desakan ayah aku. Sepanjang tahun pertama kat tingkatan enam, aku belajar pun cam nak tak nak jewk. Bila dah masuk enam atas, barulah aku semangat nak belajar. Tue pun sebab cikgu aku cakap student yang amek form 6 nie, sebelah kaki dah kat universiti. Time tue, aku memang tak percaya. Siap buley wat lawak ngan kawan aku tapi sekarang? Kata-kata cikgu aku terbukti benar. Nie mesti die banyak sangat makan garam.;p

Subjek feveret aku masa form 6 Pengajian Am tapi aku tak suke jawab paper 1, aku suke jawab paper 2.hehehe. Aku suke belaja tentang ASEAN, G8, G20, dan sumelah yang berkait rapat dengan isu-isu antarabangsa. Disebabkan minat aku dah berubah dari bidang perubatan ke bidang antarabangsa, aku pun apply course International Studies kat Unimas nie and Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi aku berjaya.

So, moral of the story. Form 6 nie tak lah seteruk dan serendah-rendah darjat. Orang yang ader diploma pun sebenarnya jeles dengan student form 6. Tak percaya? Percayalah sebab kawan aku sendiri jeles dengan status aku sebagai pemegang ijazah nie sebab die baru nak amek ijazah sedangkan aku dah nak abis pun belaja.;p

1 comment:

  1. betul tu.. x kesah ape care pun boleh je wat kte berjaye yang penting usaha ye x? matrik, form 6, diploma akhirnye ke u yang same gak kan..

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^