Dear Onet,
Pertama kali mengenali kamoo,ku tahu kau seorang yang unik. Kau tidak seperti teman-teman yang lain. Kau punyai personaliti yang tersendiri. Sesiapa yang belum mengenali dirimu, pasti di hati mereka kau seorang yang sombong tetapi tidak bagiku, Farhana, Shima, Yus, Mamie dan Siti.
Selisih faham antara teman-teman dah menjadi asam garam dalam hubungan persahabatan kita. Sedangkan lidah pun boleh tergigit, apatah lagi kita yang telah bersama dari tahun pertama di UNIMAS ini. Kami semua sayangkan dirimu. Andai sepanjang persahabatan kita, ada kata-kata yang telah mengguris hatimu, maafkan kekhilafan teman-temanmu ini..
Onet,
Kami minta maaf andai surprise birthday malam tadi tidak seperti yang kau bayangkan. Hanya itu yang mampu kami sediakan untukmu, kawan. Doa kami agar kau diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaan dalam hidupmu. Ketahui la kamu yang kami semua sayangkan Auni Najihah Binti Mat Aris.
Aku sayang kalian kerana kalian adalah refleksi diriku.
No comments:
Post a Comment
Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^