My Fellow Followers

Sunday, March 20, 2011

Ben Ashaari : Terima Kasih Ibu!


Assalamualaikum dear bloggers.. Arinie, sekali lagi meng'join'kan diri dalam segmen Abg Ben. Masa segmen ikut negeri tak dapat nak join sebab busy dengan assignment yang mencurah2 macam tsunami kat Jepun tue.

Okay, arinie nak cite sal my mum, Puan Siti Hamidah Wagiman, isteri kepada Encik Atan Sumirin, ibu kepada 4 anak gadis dan 2 anak teruna.. Pengalaman yang dilalui? Buley tak nak cerita time Yun dapat tawaran belajar kat Sarawak? Okay, Yun nie kire cam anak mak jugak la kan. Mana2 mak pergi walaupun gi kedai sekalipun, Yun akan ikot. Masa dapat tawaran belajar kat Sarawak, memang ati berbelah bagi sebab kena berjauhan dengan mak. Then, masa nak bertolak sayangnyer mak tak dapat nak antar sebab adik demam time tue. Memula memang ar tak nangis tapi lepas salam dengan mak, mak terus peluk Yun and mak MENANGIS. Alamak, nie yang tak leh tahan nie. Pe lagi, air mata melelah ar jugak kan.Huhu

Bile dah seminggu kat Sarawak, teros demam. Mungkin homesick kowt. Then, Yun call mak. Yun suh mak Yun marah Yun. Mak cakap, buang tebiat ker nak suruh marah2? Yun cakap, Yun rindu kat mak and nak dengar mak marah Yun walaupun hanya tuk sekali. Lepas tue, cer teka pe jadi? Dua2 nangis.huhu.. Mak, angah rindu kat mak.:(

Antara mak dengan ayah, Yun lebih kepada mak tapi lau bab duit, ayah lah orang pertama Yun call.hehehe...;p

Yun tak suke berjanji pape ngan mak or ayah sebab mak pernah cakap, jangan berjanji dengan mak or ayah if tak mampu nak tunaikan. Tapi, InsyaAllah, Yun nak jaga dorang macamana dorang sanggup jaga kami 6 beradik.

Pasal berebut harta pusaka tue, bagi Yun tak perlu sampai nak berebut sebab bukan harta tue yang jadi pelindung kite bile kite di alam kubur nanti. Amalan dan kebaikan yang kita lakukan untuk kedua ibubapa kita yang menentukan nasib kita nanti. Setakat nie, Yun tak tahu pulak mak ngan ayah de harta pusaka sebab yang Yun tahu harta dorang tue adalah kami 6 beradik.:)

p/s: Yun tak sabar nak balik rumah bulan 5 nie sebab nak celebrate birthday ayah.:)


2 comments:

  1. semoga Allah lindungi ibubapa kita^^

    jom singgah (:
    http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-terima-kasih-ibu.html

    ReplyDelete
  2. salam singgah n follow sini!
    ibu sentiasa bersama kita tika susah dan senang, jadi hargailah ibu kita..

    ReplyDelete

Yun sangat-sangat menghargai komen-komen dari anda kerana dari komen anda Yun ada semangat untuk menulis. Terima kasih ^_^